Tuesday, March 3, 2015

BERADA DI BUMI INDIA

HARI KEDUA.

Tadah tangan syukur tak terhingga bila lihat keadaan keadaan bandar besar di New Delhi. Keluar je dari hotel nak ke masjid lalui keadaan yang sangat berdebu dan dalam keadaan bandar yang banyak sangat sampah.. sampah di mana2.. bukan nak burukan negara India.. tapi saya sendiri pernah tanya orang india..saya nak buang sampah "Bai sab.. where dustbin? Orang india jawab "in india everywhere dustbin"terperanjat saya.. terpaksa buang jugak laa kat mana2 rasa malu jugak.. saya pernah nampak tong sampah hanya dalam airport.

Rupanya ada kawasan di new delhi ada kawasan yang tak selamat.. mereka pesan jangan keluar malam sorang2.. sebab ramai yang mabuk dan they can kill u anytime.. very dangerous brother! Ngeri dengar. Walaupun malaysia masakini dah macam nak hampir ke arah tu. di mana mana dah rasa tak selamat.. tapi masih rasa bersyukur. Sebab tu rasa bersyukur sangat duduk di malaysia dan dilahirkan di malaysia.. tak terhingga.. syukur sangat2.. kadang2 bila kita dah duduk dalam nikmat.. kita jarang bersyukur pada Allah.. rupanya ada negara yang lagi dasyat daripada negara kita..

Sampai markas jumpa ayahanda Dr Sam.. Ayahanda Dr sam nampak saya terus peluk dan pimpin saya bawak pergi makan.. masyaAllah terkesan dengan akhlak ayahanda dr sam yang begitu menghormati orang lain.. malu saya dengan akhlak saya yang buruk ni orang layan saya macam ni.. terkesan saya.. sehingga terus pasang niat.. yaAllah bagilah sifat baik ayahanda dr sam ni pada saya..

Masuk markas tempat jemaah khidmat malaysia.. jumpa syura malaysia haji zaid.. beliau panggil saya "Khalil!! Bukan awak pergi USA ke?"Alamak malunya saya.. tak jadilah haji.. tahun ni 40 hari je.. insyaAllah tahun depan 4 bulan usa.. haji zaid syura malaysia antara orang yang sangat kaya di kuala lumpur bagi nasihat padu pada saya..

"Khalil. dalam satu cawan.. awak masukan bola pimpong 6 biji. dah penuh belum? Belum... awak masukan batu kelikir pulak. dah penuh? Belum.... awak masukan pasir halus pulak. dah penuh? Belum... awak masukan air pulak.. penuh x? Penuh dah kan...? Haaa macam tu jugak dengan pengurusan kita sebagai hamba Allah.."Saya blur tak paham.. haha

Beliau terangkan.. "Kalau anta masukan yang kecil2 dulu dalam cawan sampai penuh... apa yang berlaku yg paling besar bola pimpong tu? Boleh masuk lagi x? Dah tak boleh.. sebab dah penuh.. macam tu jugak.. sepatutnya awak utamakan dulu apa perintah Allah.. sebab tu yang paling besar.. bukan business kita.. business kita kecil je.. tapi kita dah masukan sampai penuh.. apa yang berlaku kepada tugas kita sebagai hamba? Habis.. kita akan bagi alasan. dah tak ada masa.. sedangkan agama kena bagi masa untuk agama.. bukan agama untuk masa terluang.. kita kena taubat dan istighfar sebab kita telah utamakan dunia berbanding perintah Allah.."Terus bergenang air mata dan nangis.. mengenangkan rasa malu dengan Allah dan nabi saw. yaallah ampunilah saya.

Sedihnya kita ni.. selalu utamakan dunia lebih daripada segala galanya.. sedangkan yang bagi maju business pun Allah.. yaAllah ampunilah kami semua amiin.

No comments:

Post a Comment