(Bayan Maulana Shawqat hafizahullah-Markaz Nizamuddin-15 Sept 2017)
Tiada suatu perkara yang paling tidak pasti di dunia ini selain dari suatu yg dinamakan sebagai kehidupan dan tiada suatu yang lebih pasti berlaku lebih dari kematian. Orang-orang kafir sekalipun mereka tak percaya kepada Allah swt namun begitu semuanya percaya tentang pastinya kematian itu. Kematian merupakan sebuah misteri yang dirahsiakan oleh Allah swt hingga kita boleh mati di mana saja. Bisa saja di atas katil, kemalangan, lemas di laut, di udara, di kampung maupun dalam safar.
Namun begitu, tiada kematian yg lebih agung dari matinya seseorang itu di jalan Allah swt. Kerana itu Nabi saw, selaku makhluk yg paling mulia di sisi Allah sekalipun tetap merindui syahid. Beliau mengatakan: Aku rindu agar aku mati dibunuh (di jalan Allah) kemudian aku dihidupkan kemudian dihidupkan kembali dan dibunuh lagi. Beliau ulangi ayat ini sampai 10 kali. Mengapa baginda saw begitu rindukan syahid?.
Kerana pertamanya, di dalam riwayat Ibnu Majah seorang yg mati lemas di laut sewaktu keluar di jalan Allah swt maka Allah sendiri akan mencabut nyawanya tanpa menyerahkannya kepada malaikat maut.
Keduanya, ialah kerana seorang yg mati syahid maka Allah swt menjanjikan bahawa akan dibinakan untuknya sebuah mahligai dari sebutir permata seluas jarak antara rumahnya hingga ke tempat dia meninggal.
Sebab itulah para sahabat begitu berghairah untuk mati syahid, mereka rela meninggalkan Madinah Munawwarah, padahal Madinah merupakan semulia kampung, yang dijanjikan sebagai bumi yg terpelihara dari dajjal, yang dijanjikan bahawa iman akan kembali ke Madinah. Bahkan jasad Nabi saw bersemadi di sana kesemua kelebihan ini dikorbankan kerana ketinggian darjat para syuhada'.
Justeru itu tak hairanlah mengapa Khalid Al Walid yg digelar sebagai Saifullah menangis dengan penuh kekecewaan kerana mati di atas katil di rumahnya di Madinah. Ya Allah setiap kali aku keluar berjihad aku sentiasa menaruh harapan utk mati syahid tetapi engkau tidak menghendaki demikian.
Tuan-tuan yg mulia. Hari ini salah seorang dari ahli jemaah Indonesia yang sedang buat usaha di Saharanpur telah meninggal dunia. Oleh itu saya mengucapkan tahniah kepada jemaah tersebut dimana salah seorang ahlinya telah meninggal dunia di jalan Allah.
Sudah pasti tempat di mana dia meninggal dunia akan dihujani dengan rahmat dari Allah swt. Si syahid akan di ampun kan oleh Allah, sepanjang jalan dari Indonesia ke sini akan menjadi saksi buatnya di hari kiamat nanti. Semoga kematian beliau jadi asbab hidayat seluruh alam. Memang kita bersedih dengan berita ini, namun beliau yang di uji dengan kematian di saat ini sedang bersenang-senang di taman syurga.
No comments:
Post a Comment