Tuesday, March 3, 2015

KENAPA HARUS MUSYAWARAH?

Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah menerima ayat yang berbunyi: ".. bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu..."tidak lama setelah perang Uhud usai, beliau menyatakan di depan para sahabat bahawa sebenarnya Allah dan Rasulullah sama sekali tidak membutuhkan musyawarah. Namun Allah telah mengutus Rasulullah sebagai rahmat bagi umat manusia, hingga beliau pun menyatakan bahawa siapapun yang bermusyawarah nescaya akan benar tindakannya, sedangkan siapapun yang mengabaikan musyawarah nescaya akan tersesat.

Jadi, dari perintah Allah yang disampaikan kepada Rasulullah yang sebenarnya tidak perlu meminta pendapat para sahabat beliau, kita dapat mengetahui bahawa setiap pemimpin harus memegang teguh prinsip musyawarah.

Berikut ini adalah beberapa hadits yang menunjukkan urgensi musyawarah:

1). “Tidak akan merugi orang yang beristikharah; tidak akan menyesal orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang berjimat cermat”.

2). “Sama sekali tidak akan sengsara seorang hamba dengan musyawarah dan tidak akan bahagia jika mengabaikan pendapat (orang lain)”.

3). “Sesungguhnya orang yang diajak bermusyawarah (dimintai saran) adalah terpercaya”.

4). “Demi Allah, tidaklah suatu kaum itu bermusyawarah melainkan mereka pasti akan mendapatkan petunjuk ke arah apa yang terbaik bagi mereka”.

Sebab itu, maka para ulama Islam bersepakat bahawa musyawarah adalah salah satu di antara sekian banyak pokok agama Islam (ushul al-islam) hingga hukumnya wajib untuk dilaksanakan. Ketentuan ini telah dilaksanakan dengan berbagai variasi dalam penerapannya sesuai dengan zaman dan keadaan yang dihadapi.

Rasulullah adalah pemimpin yang tak pernah ragu mendengar pendapat orang lain di setiap kesempatan serta menerima pendapat mereka untuk menentukan jalan terbaik demi memujudkan langkah dan rencana yang kokoh. Terkadang Rasulullah meminta pendapat seorang sahabat yang dianggap layak dimintai saran dan terkadang beliau mengumpulkan beberapa orang sahabat untuk melakukan musyawarah secara kolektif.

Berikut ini adalah beberapa peristiwa dalam hidup Rasulullah yang dapat kita jadikan sebagai bukti betapa besarnya perhatian beliau terhadap prinsip musyawarah.

1) dalam peristiwa "hadits al-ifki", Rasulullah meminta saran dari Ali ibn Abi Thalib r.a., Umar ibn Khaththab r.a., Zainab binti Jahsy r.a., Barizah r.a. dan beberapa sahabat beliau yang lainnya. Pada saat itu, Ali r.a. memberi masukan kepada Rasulullah yang cukup membantu beliau memecahkan masalah yang tengah beliau hadapi demikian pula Umar ibn Khattab r.a., Zainah binti Jahsy r.a., Barizah r.a. dan para sahabat lain menyatakan bahawa Ummul Mukminin Aisyah r.a. bersih dari segala desas-desus yang disebarkan kaum munafik.

Berkenaan dengan peristiwa ini, terdapat sebuah riwayat yang meski lemah sanadnya namun cukup menggambarkan dialog yang terjadi antara Rasulullah s.a.w dengan Umar ibn Khattab r.a dalam riwayat itu disebutkan bahawa Rasulullah meminta pendapat Umar r.a. mengenai Aisyah r.a.. Umar lalu menjawab dengan menegaskan kembali bahawa Aisyah r.a. pasti bersih dari segala fitnah yang dituduhkan kepadanya. Rasulullah pun bertanya kepada Umar mengenai alasan sahabatnya itu bisa begitu yakin akan kesucian Aisyah r.a dari segala noda.

Umar pun lalu menjelaskan bahawa pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. pernah solat bersama para sahabat. Sebelum solat, ternyata Rasulullah melepaskan terompah beliau terlebih dulu. Umar lalu bertanya mengapa Rasulullah melepas alas kaki beliau. Rasulullah kemudian menjawab bahawa Jibril a.s. telah memberitahu bahawa ada najis di terompah beliau. Jadi, ujar Umar, jika bahkan mengenai keberadaan kotoran di terompah saja Allah s.w.t. langsung mengutus Malaikat Jibril a.s. untuk memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang hal itu, maka bagaimana mungkin Allah akan berdiam diri jika memang ada isteri Rasulullah yang telah berbuat nista. Meskipun sanad riwayat ini diperdebatkan dan menjadi objek ilmu jarh wa al-ta'dil (ilmu kritik sanad), tapi kandungan dari riwayat ini layak kita tangkap dengan sepenuh hati.

2). Ketika perang Badar akan dimulai, Rasulullah terlebih dulu meminta saran kepada para sahabat beliau, baik dari golongan muhajirin maupun anshar. Pada saat itu, seorang sahabat Rasulullah yang bernama Miqdad r.a. mewakili kaum muhajirin, sementara Sa'd ibn Mu'az r.a. mewakili kaum anshar dalam musyawarah itu, ternyata baik Miqdad r.a. maupun Sa'd r.a. sama-sama mengemukakan pendapat yang serupa mengenai dukungan yang akan diberikan para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w dengan penuh keimanan, semangat yang tinggi dan sikap patuh kepada beliau. Sebab itulah tidak lama kemudian, semua sahabat dari kedua golongan ini bersepakat untuk melaksanakan keputusan yang diambil pada musyawarah itu. Jadi melalui musyawarah Rasulullah telah berhasil membuat semua sahabat menjadi pendukung atas pendapat yang telah disepakati. Selain itu, melalui musyawarah Rasulullah juga telah menumbuhkan semangat kebersamaan di tengah sahabat-sahabat beliau yang berasal dari berbagai latar belakang yang berbeda.

3).  Dalam perang Badar Rasulullah s.a.w. juga meminta saran dari Habab ibn Munzir r.a dan para sahabat lain mengenai posisi penempatan pasukan muslim dan di mana sebaiknya mereka bertempur melawan musuh. Tidak berapa lama kemudian keputusan pun diambil dan kemudian dipatuhi oleh semua prajurit muslim. Perang Badar berakhir dengan kemenangan gemilang di pihak pasukan muslim dalam satu pertempuran meski kekuatan pasukan musuh jumlahnya tiga atau empat kali lipat lebih banyak dibandingkan mereka. Seusai perang, pasukan pun kembali dengan membawa senandung kemenangan.

4).  Pada perang Ahzab (perang Parit), Rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat mengenai taktik perang yang akan digunakan pasukan muslim. Pada saat itu Rasulullah memilih usul yang dikemukakan oleh Salman al-Farisi r.a. yang meminta pasukan muslim menggali parit untuk mencegah masuknya pasukan musyrik ke kota Madinah. Peristiwa ini dengan jelas menunjukkan sikap Rasulullah yang sangat terbuka terhadap saran sahabat beliau.

5).  Pada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah menunjukkan perhatian besar beliau terhadap prinsip musyawarah. Pada saat itu, Rasulullah berhasil menyatukan pendapat seluruh umat Islam. Bahkan setelah perjanjian itu selesai dilakukan, Rasulullah meminta saran dari Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a. Meski perjanjian ini pada mulanya oleh para sahabat dianggap sebagai kekalahan umat Islam, namun akhirnya setelah rombongan umat Islam kembali ke Madinah, Rasulullah berhasil menunjukkan kepada mereka bahawa Perjanjian Hudaibiyah adalah kemenangan gemilang bagi mereka.

Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. memang banyak dihiasi dengan musyawarah mengenai hal-hal yang tidak dijelaskan oleh wahyu dan tanpa ragu Rasulullah menerapkan hasil musyawarah dengan para sahabat. Setelah masa Rasulullah, semua lembaga permusyawarahan yang ada di seluruh negeri-negeri muslim tidak lain hanyalah gambaran sederhana dari apa yang telah dirintis oleh Rasulullah s.a.w. ratusan tahun yang lampau.

No comments:

Post a Comment