Monday, March 9, 2015

HADITS-HADITS SHAHIH TENTANG INDIA

1). Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Al Fadalah telah mengabarkan kepada kami Ibnu 'Uyainah dia berkata; saya mendengar Az Zuhri dari 'Ubaidullah dari Ummu Qais binti Mihshan berkata; saya mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Gunakanlah dahan kayu INDIA, kerana didalamnya terdapat tujuh macam penyembuh dan dapat menghilangkan penyakit (racun) di... antaranya adalah radang penyakit paru.' Ibnu Sam'an berkata dalam haditsnya; "Kerana sesungguhnya padanya terdapat obat dari tujuh macam jenis penyakit, di antaranya adalah radang penyakit paru (dada). "Lalu aku menemui Nabi s.a.w sambil membawa bayiku yang belum makan makanan, lalu bayiku mengencingi beliau, maka beliau meminta air dan memercikinya."(HR. Bukhari NO-5260)

2). Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri telah mengabarkan kepadaku 'Ubaidullah bin Abdullah dari Ummu Qais dia berkata; Aku mengunjungi Nabi s.a.w bersama anakku yang baru saja saya obati kerongkongannya dengan tanganku, maka beliau bersabda: "Dengan maksud apa kamu mengobati penyakit tenggorokan anakmu dengan memasukkan jemari tangan? Gunakanlah kayu INDIA, kerana padanya terdapat tujuh ragam penyembuhan dan dapat di masukkan sebagai obat tetes hidung untuk menyembuhkan penyakit kerongkongan dan dapat pula menjadi penyembuh dari penyakit radang selaput dada."Aku mendengar Az Zuhri berkata; "Dua hal telah dijelaskan kepadaku, namun aku belum mendapatkan penjelasan mengenai yang lima hal lagi, lalu aku berkata kepada Sufyan, sesungguhnya Ma'mar pernah berkata dengan lafazh; 'A'laqtu 'alaihi', perawi berkata; "Bahawa Ma'mar belum pernah mendengarnya, kerana Sufyan hanya mengatakan dengan redaksi; "A'laqtu 'anhu, aku pernah mendengarnya langsung dari mulut Az Zuhri bahawa Sufyan mensifati seorang anak kecil yang ditahnik (mengunyahkan kurma kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi) dengan jari, kemudian Sufyan memasukkan jarinya ke kerongkongan, maka maksud dari hadits di atas adalah mengangkat kerongkongan dengan jari-jari (iaitu dengan memasukkan jari-jari melalui mulut) dan dia tidak mengatakan; "Menggantungkansesuatu padanya."(HR. Bukhari NO-5274)

3). Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman telah mengabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhri dia berkata; telah mengabarkan kepadaku 'Ubaidullah bin Abdullah bahawa Ummu Qais binti Mihshan Al Asadiyah -iaitu singa Bani Khuzaimah- dia termasuk dari wanita yang ikut berhijrah pertama kali dan yang berbai'at kepada Nabi s.a.w, dia adalah saudara perempuannya Ukasah, dia mengabarkan bahawa dirinya pernah mengunjungi Rasulullah s.a.w bersama anaknya yang baru saja diobati dengan memasukkan jari-jari ke kerongkongannya, lalu beliau bersabda: "Dengan maksud apa kamu mengobati penyakit tenggorokan anakmu dengan memasukkan jemari tangan? Gunakanlah kayu INDIA, kerana padanya terdapat tujuh ragam penyembuhan, di antaranya dapat menjadi penyembuh dari penyakit radang selaput dada."Yang di maksud adalah dahan iaitu (dahan) kayu India."Yunus dan Ishaq bin Rasyid mengatakan dari Az Zuhri dengan lafazh; "Dia memasukan sesuatu pada kerongkongan."(HR. Bukhari NO-5276)

4). Telah menceritakan kepadaku Muhammad telah mengabarkan kepada kami 'Attab bin Basyir dari Ishaq dari Az Zuhri dia berkata; telah mengabarkan kepadaku 'Ubaidullah bin Abdullah bahawa Ummu Qais binti Mihshan -dia termasuk dari wanita yang ikut hijrah pertama kali dan yang pernah berbai'at kepada Rasulullah s.a.w, dia juga termasuk saudara perempuannya 'Ukasah bin Mihshan- telah mengabarkan kepadanya, bahawa dirinya pernah mengunjungi Rasulullah s.a.w bersama anaknya yang baru saja diobati dengan cara memasukkan jari-jari ke kerongkongannya, lalu beliau bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah, dengan maksud apa kamu mengobati penyakit tenggorokan anakmu dengan memasukkan jemari tangan? Gunakanlah kayu INDIA ini, kerana padanya terdapat tujuh ragam penyembuhan, di antaranya adalah penyembuh penyakit radang selaput dada."Yang dimaksud adalah Al Kust (dahan) atau Al Kusth (dahan), iaitu secara bahasa."(HR. Bukhari NO-5279)

5). Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya At Tamimi dan Abu Bakr bin Abu Syaibah dan 'Amru An Naqid dan Zuhair bin Harb dan Ibnu Abu 'Umar dan lafazh ini miliknya Zuhair. Yahya berkata; Telah mengabarkan kepada kami Sedangkan yang lainnya berkata; Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah dari Az Zuhri dari 'Ubaidillah bin 'Abdullah dari Ummu Qais binti Mihshan saudara perempuan 'Ukkasyah bin Mihshan dia berkata; Aku bersama anakku menemui Rasulullah s.a.w pada waktu itu anakku belum bisa makan makanan. Tiba-tiba dia kencing di pangkuan Rasulullah s.a.w, lalu beliau menyuruh mengambilkan air dan memercikkannya. Ummu Qais berkata; 'Dan aku juga pernah menemui beliau bersama anakku yang aku tekan kerongkongannya untuk menghilangkan sakit amandelnya. Lalu beliau bersabda: "Mengapa kamu tekan kerongkongan anakmu seperti itu? Gunakanlah kust INDIA. Kerena Kust tersebut mengandung tujuh macam obat, di antaranya adalah obat sakit lambung, Su'ut (mengobati lewat hidung) adalah dipergunakan untuk penyakit amandel dan Ladud (mengobati dari pinggir mulut orang yang sakit) adalah dipergunakan untuk penyakti sakit lambung. (HR. Muslim NO-4102)

6). Telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya; Telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku Yunus bin Yazid bahawa Ibnu Syihab Telah mengabarkan kepadanya dia berkata; Telah mengabarkan kepadaku 'Ubaidillah bin 'Utbah bin Mas'ud bahawa Ummu Qays binti Mihshan, termasuk wanita yang turut hijrah dalam kelompok pertama yang membai'at Rasulullah s.a.w dan ia adalah saudara perempuan Ukasyah binti Mihshan, salah seorang dari Bani Asad bin Khuzaimah, dia memberitahukan kepada saya bahawasannya ia pernah datang kepada Rasulullah s.a.w bersama putranya yang belum dapat memakan makanan sambil ia tekan kerongkong anaknya itu. Yunus berkata; 'A'laqat adalah Ghamazat' (menekan) dengan maksud untuk menghilangkan sakit amandelnya. Ummu Qais berkata; lalu Rasulullah bertanya: "Mengapa kamu tekan kerongkongan anakmu seperti itu? Gunakanlah kust INDIA. Kerena Kust tersebut mengandung tujuh macam obat, salah satu di antaranya adalah obat sakit lambung. Ubaidillah berkata; Ummu Qais memberitahukan kepada saya, bahawasanya putranya kencing pada saat itu, lalu beliau meminta air dan memercikannya pada kencing itu tanpa membasuhnya. (HR. Muslim NO-4103)

7). Telah menceritakan kepada kami Musaddad dan Hamid bin Yahya mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri dari 'Ubaidullah bin Abdullah dari Ummu Qais binti Mihshan ia berkata, "Aku pernah menemui Rasulullah s.a.w membawa anakku yang telah aku obati dari penyakit radang kelenjar leher (amandel). Kemudian beliau berkata: "Atas dasar apakah kalian menekan dan mengangkat tenggorokan anak kalian dengan mengangkat dagu mereka? Hendaknya kalian menggunakan gaharu INDIA, kerana sesungguhnya padanya terdapat tujuh macam obat, diantaranya adalah obat penyakit tulang rusuk, digunakan sebagai obat radang amandel yang dimasukkan dari hidung, serta obat penyakit rusuk yang dimasukkan lewat mulut."Abu Daud berkata, "Yang dimaksud dengan 'ud adalah gaharu."(HR. Abu Daud NO-3379)

8). Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Utsman bin Hakim, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Zakariya bin 'Adi, ia berkata; telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin 'Amr dari Zaid bin Abi Unaisah dari Sayyar. -dari jalur periwayatan yang lain disebutkan; Telah memberitakan kepada kami Husyaim dari Sayyar dari Jabar bin 'Ubaidah, -menurut ucapan 'Ubaidullah dari Jubair- dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah s.a.w menjanjikan kepada kami untuk memerangi INDIA, apabila peperang tersebut mendapati diriku maka akan saya infakkan jiwa dan hartaku padanya. Sehingga apabila saya terbunuh maka saya termasuk orang-orang syahid yang paling utama dan apabila saya kembali maka saya adalah Abu Hurairah yang dimerdekakan. (HR. Nasai NO-3122)

9). Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Yazid, ia berkata; telah memberitakan kepada kami Husyaim, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Sayyar Abu Al Hakam dari Jabar bin 'Ubaidah dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah s.a.w telah menjanjikan kepada kami untuk memerangi INDIA, apabila peperang tersebut mendapati diriku maka akan saya infakkan jiwa dan hartaku padanya. Sehingga apabila saya terbunuh maka saya adalah orang syahid yang paling utama dan apabila saya kembali maka saya adalah Abu Hurairah yang dimerdekakan. (HR. Nasai NO-3123)

10). Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Abdur Rahim, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Asad bin Musa, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Baqiyah, ia berkata; telah menceritakan kepadaku Abu Bakr Az Zubaidi dari saudaranya iaitu Muhammad bin Al Walid dari Luqman bin 'Amir dari Abdul A'la bin 'Adi Al Bahrani dari Tsauban sahaya Rasulullah s.a.w, ia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua kelompok dari umatku yang Allah jaga dari Neraka, iaitu kelompok yang memerangi INDIA dan kelompok yang bersama dengan Isa bin Maryam 'alaihimas salam."(HR. Nasai NO-3124)

11). Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abu Adi dari Ja'far bin Maymun dari Abu Tamimah Al Hujaimi dari Abu Utsman dari Ibnu Mas'ud ia berkata; "Seusai Rasulullah s.a.w solat isya, beliau keluar sambil memegang tangan Abdullah bin Mas'ud, ketika sampai di suatu lembah makkah, beliau mendudukkannya kemudian membuat garis lingkaran di sekitarnya lalu bersabda: "Janganlah kamu meninggalkan garismu, kerana akan datang kepadamu beberapa orang dan janganlah kamu mengajak bicara kepada mereka, kerana sesungguhnya mereka tidak mengajak bicara denganmu, "

Ibnu Mas'ud berkata; lalu Rasulullah s.a.w berlalu ke tempat yang beliau tuju, ketika aku sedang duduk di garisku, tiba-tiba datanglah kepadaku beberapa orang, seakan-akan mereka adalah orang-orang hitam INDIA yang rambut dan tubuh mereka tidak terlihat, tapi tidak memakai kain penutup, mereka menghampiriku namun tidak bisa melewati garis, setelah itu mereka kembali kepada Rasulullah s.a.w, sampai ketika di akhir malam.

Rasulullah s.a.w mendatangiku, sementara saya dalam keadaan duduk, lalu beliau bersabda: "Sejak tadi malam aku tidak tidur, "kemudian beliau masuk ke dalam garis bersamaku dan menjadikan pahaku untuk bantalnya lalu beliau tertidur. Jika Rasulullah s.a.w tidur, maka tarikan nafasnya terdengar. 

Ketika aku sedang duduk sementara Rasulullah s.a.w berbantalkan pahaku, tiba-tiba saya melihat beberapa orang dengan mengenakan pakaian serba putih, hanya Allah yang tahu akan keindahan mereka, mereka menghampiriku, sedangkan sebahagian dari mereka duduk di sisi kepala Rasulullah s.a.w dan sebahagian yang lainnya di sisi kaki beliau, lalu mereka berkata kepada sesamanya: "Kita tidak pernah sama sekali melihat seorang hamba yang diberi sebagaimana yang diberikan kepada Nabi ini, sungguh kedua matanya tertidur sementara hatinya terjaga, buatlah oleh kalian permisalan untuknya, permisalannya seperti seorang tuan yang membangun istana, kemudian membuat jamuan makan, setelah itu ia mengundang orang-orang untuk menghadiri jamuan makan dan minumnya, barangsiapa memenuhi undangannya maka dia makan dan minum jamuan makanan dan minumannya dan barangsiapa tidak memenuhi undangannya, maka dia akan memberinya sanksi, atau dia berkata; maka dia akan menyiksanya."kemudian mereka pergi.

Ketika itu Rasulullah s.a.w terjaga dari tidurnya, lalu beliau bertanya, "Apakah kamu mendengar apa yang mereka katakan dan apakah kamu tahu siapa mereka?"Aku menjawab; "Allah dan RasulNya yang lebih tahu, "beliau bersabda: "Mereka adalah para Malaikat, kemudian apakah kamu tahu apa permisalan yang mereka buat?"aku menjawab; "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu, "beliau bersabda: "Permisalan yang mereka buat adalah Allah yang Maha pemurah dan Maha Tinggi telah membangum surga dan menyeru hamba-hambaNya menuju surga, barangsiapa menjawab seruanNya, dia masuk surga dan barangsiapa tidak menjawabnya, Dia akan memberinya sanksi atau menyiksanya." 

Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih gharib dari jalur ini, Abu Tamimah adalah Al Juhani, namanya adalah Tharif bin Mujalid, Abu Utsman An Nahdi namanya adalah Abdurrahman bin Mull. Hadits Sulaiman At Taimi telah meriwayatkan hadits ini darinya Mu'tamir dan dia adalah Sulaiman bin Tharkhan, bukan Taimi namun dia pernah singgah di Bani Taim sehingga dia dinisbahkan kepadanya. Ali berkata bahawa Yahya bin Sa'id berkata; "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih takut kepada Allah melebihi Sulaiman At Taimi."(HR. Tirmizi NO-2788)

12). Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Muhammad bin Ash Shabah keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah dari Az Zuhri dari Ubaidullah bin Abdullah dari Ummu Qais binti Mihshan dia berkata, "Aku mengunjungi Nabi s.a.w bersama anakku yang baru saja saya obati kerongkongannya dengan tanganku, maka beliau bersabda: "Dengan maksud apa kamu mengobati penyakit tenggorokan anakmu dengan memasukkan jemari tangan? Gunakanlah kayu INDIA, kerana padanya terdapat tujuh ragam penyembuhan dan dapat di masukkan sebagai obat tetes hidung untuk dapat menyembuhkan penyakit kerongkongan dan dapat pula menjadi penyembuh dari penyakit radang selaput dada."Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin 'Amru bin As Sarh Al Mishri telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Wahb telah memberitakan kepada kami Yunus dari Ibnu Syihab dari Ubaidillah dari Ummu Qais binti Mihshan dari Nabi s.a.w seperti hadits di atas, Yunus mengatakan, "Arti a'laqtu adalah menusuk dengan jari."(HR. Ibnu Majah NO-3453)

13). Telah menceritakan kepada kami Abu Thahir Ahmad bin 'Amru As Sarh Al Mishri telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Wahb telah memberitakan kepada kami Yunus dan Ibnu Sam'an dari Ibnu Syihab dari 'Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah dari Ummu Qais binti Mihshan dia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah dahan kayu INDIA (Al Kust) kerana sesungguhnya ia terdapat tujuh macam penyembuh, di antaranya adalah sakit lambung."Ibnu Sam'an menyebutkan dalam haditsnya, "Kerana sesungguhnya padanya terdapat obat dari tujuh macam jenis penyakit, di antaranya adalah sakit lambung."(HR. Ibnu Majah NO-3459)

14). Telah menceritakan kepada kami 'Arim dan 'Affan keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Mu'tamir berkata; ayahku berkata; telah menceritakan kepadaku Abu Tamimah dari Amru dari Abdullah bin Mas'ud r.a berkata: Rosulullah s.a.w mengutusku lalu kami bertolak pergi hingga sampai disuatu tempat begini dan begitu lalu Nabi menggaris suatu garis dan berkata: Tetaplah engkau berjalan di bahu jalan ini dan jangan keluar darinya kerana jika engkau keluar engkau akan celaka, Ibnu Mas'ud berkata: maka aku tetap di atasnya. Kemudian Rosulullah s.a.w pergi menjauh hingga yang terlihat hanya bayangan hitam. 

Kemudian Ibnu Mas'ud menyebutkan sekelompok orang Hanin seperti orang INDIA, berkata Affan: Insya Allah, mereka tidak mengenakan pakaian akan tetapi aku tidak melihat aurat mereka dan mereka berpostur tinggi serta kurus. Ibnu Mas'ud berkata: kemudian mereka datang dan menaiki punggung Rosulullah s.a.w sementara Nabi s.a.w membacakan kepada mereka al quran lalu mereka mendatangiku dan mengelilingiku dan menggangguku, berkata Ibnu Mas'ud: aku merasa sangat ketakutan lalu aku duduk, tatkala fajar shubuh menjelang mereka semuanya pergi.

Kemudian Rosulullah s.a.w datang dengan keadaan yang sangat berat dan kesakitan -kerana mereka telah menaiki punggungnya, Nabi berkata: Aku mendapati badanku terasa berat, Ibnu Mas'ud berkata: lalu Nabi meletakkan kepalanya kepangkuanku. Kemudian sekelompok Hanin datang dengan mengenakan pakaian putih yang panjang (Nabi s.a.w sudah tertidur). Berkata Abdullah bin Mas'ud: Kali ini aku merasa ketakutan melebihi dari ketakutanku ketika mereka datang, 'Arim berkata dalam haditsnya: Sebahagian dari mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Hamba ini telah diberi kebaikan; sesungguhnya kedua matanya tidur namun hatinya tidak tidur. 'Arim dan Affan berkata: 

Sebahagian dari mereka berkata kepada sebahagian yang lain: marilah kita buat untuknya perumpamaan dan kami yang mentakwilkannya atau mereka berkata: kami yang membuat perumpamaan dan kalian yang mentakwilkannya, maka sebahagian dari mereka berkata kepada sebahagian yang lain: perumpamaannya seperti seorang tuan yang membangun sebuah bangunan yang sangat kokoh kemudian dia mengirim makanan kepada orang-orang, maka barang siapa yang tidak memakannya atau dia berkata: barang siapa yang tidak mengikutinya dia akan mengazabnya dengan azab yang pedih atau sebagaimana yang mereka katakan dan sebahagian yang lain berkata: Adapun si tuan ialah Rabbul 'aalamin dan bangunan ialah Islam serta makanan ialah surga dan hamba ini sebagai penyerunya bahawa siapa yang mengikutinya dia akan masuk surga, Arim berkata dalam haditsnya: atau sebagaimana mereka katakan dan barang siapa yang tidak mengikutinya dia akan diazab. 

Kemudian Rosulullah s.a.w bangun dan berkata: Apa yang engkau lihat wahai Ibnu Ummi Abdin? Ibnu Mas'ud menjawab: Aku melihat ini dan itu, Nabi berkata: tidak ada sedikitpun perkataan mereka yang luput dariku, Nabi berkata juga: mereka adalah sekelompok malaikat, atau beliau berkata: mereka adalah para malaikat, atau sebagaimana yang Allah kehendaki. (HR. Ahmad NO-3599)

15). Telah menceritakan kepada kami Yahya telah mengabarkan kepada kami Ibnu Lahi'ah dari Abu Yunus dari Abu Hurairah berkata; Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Keringat penghuni surga adalah misik, sedang bahan bakar mereka dari kayu Uluwwah."Abu Yunus berkata; aku bertanya kepada Ibnu Lahi'ah; "Wahai Abu Abdirrahman apa itu Uluwwah?"Ia menjawab; "kayu gaharu dari INDIA yang bagus."(HR. Ahmad NO-8326)

16). Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ishaq telah menceritakan kepada kami Al Barro` dari Al Hasan dari Abu Hurairah berkata; Kekasihku yang jujur Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadaku; "Akan ada dari umat ini pasukan yang berangkat ke Sind dan INDIA, jika aku mendapatinya lalu aku syahid di dalamnya maka itulah (yang aku harapkan), "jika aku-(Abu Hurairah menyebutkan sebuah kalimat);-kembali pulang maka aku, Abu Hurairah yang merdeka, yang telah dimerdekakan oleh Allah dari api neraka."(HR. Ahmad NO-8467)

17). Telah bercerita kepada kami Abu Mu'awiyah dan Ibnu Abu Ghoniyyah secara makna, berkata; telah bercerita kepada kami Al 'A'masy dari Abu Sufyan dari Jabir berkata; "Rasulullah s.a.w menemui Ummu Salamah". Ibnu Abi Ghoniyyah (dalam riwayatnya) berkata; "(Rasulullah s.a.w) menemui 'Aisyah dengan membawa seorang bayi yang hidungnya mengalirkan darah". Abu Mu'awiyah dalam haditsnya berkata; "Dan di sisi 'Aisyah ada seorang bayi yang hidungnya mengalirkan darah". (Jabir bin Abdullah r.ma) berkata; maka Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada apa dengan anak ini?"mereka menjawab, dia sedang sakit tenggorokan. (Jabir bin Abdullah r.ma) berkata; maka Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa kalian menyiksa anak-anak kalian?, Sesungguhnya cukup bagi kalian mengambil qusth INDIA (batang dari INDIA yang digunakan sebagai obat) lalu engkau mengaduknya dengan air tujuh kali lalu engkau meminumkannya padanya". Ibnu Abu Ghoniyyah berkata (dalam riwayatnya), kemudian ia menuangkannya ke hidungnya hingga ia sembuh. (HR. Ahmad NO-13866)

18). Telah menceritakan kepada kami 'Affan berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dari 'Ashim dari Abu Wail dari 'Azrah bin Qais dari Khalid bin Al Walid berkata; Amirul mukminin berkirim surat kepadaku ketika negeri Syam mendatangkan produksi-produksi pertaniannya, alias dimasa-masa kesuburannya, atau saat menghasilkan produksi madunya, ’Affan ragu kepastian redaksinya hingga terkadang dia berkata; 'Ketika Syam menghasilkan ini dan itu, lalu dia (Amirul Mukmin) menyuruhku untuk pergi menuju India, sedang INDIA yang dimaksud menurut kami saat itu adalah Basrah. (Khalid bin Al Walid r.a) berkata; padahal saya sangat membenci negeri itu. 

Lalu ada seorang lelaki berkata kepadaku, "Wahai Abu Sulaiman, bertakwalah kepada Allah. Fitnah-fitnah telah muncul". (Khalid bin Al Walid r.a) berkata; lalu dia berkata; sedangkan Ibnu Al Khattab saat itu masih hidup dan hal itu terjadi setelahnya. Sedang orang-orang berada pada zil Baliyyan dan zil Baliyan adalah di tempat ini dan itu. Lalu ada seorang lelaki mengamati-amati dan berfikir, apakah dia mendapatkan suatu tempat yang dia singgahi pada saat adanya fitnah dan kejelekan namun tidak juga ia mendapatkannya?. (Khalid bin Al Walid r.a) berkata; "Itu adalah hari-hari yang telah disebutkan Rasulullah s.a.w tentang tanda-tanda Hari Kiamat iaitu hari pembunuhan, lalu kami berlindung kepada Allah jika kami sampai mendapatinya dan jangan sampai kalian menjumpai hari itu". (HR. Ahmad NO-16217)

19). Telah menceritakan kepada kami Abu Dawud telah mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Khalid Al Hazza` ia berkata, saya mendengar Abu Abdullah yakni Maimun, menceritakan dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka untuk berobat dari sakit pinggang dengan kayu cendana INDIA dan minyak zaitun. (HR. Ahmad NO-18486)

20). Telah menceritakan kepada kami Abu An Nadhr telah bercerita kepada kami Baqiyyah telah bercerita kepada kami 'Abdullah bin Salim dan Abu Bakr bin Al Walid Az Zubaidi dari Muhammad bin Al Walid Az Zubaidi dari Luqman bin 'Amir Al Wushabi dari 'Abdul A'la bin 'Adiy Al Bahroni dari Tsauban, pelayan Rasulullah s.a.w dari Nabi s.a.w bersabda; "Ada dua golongan ummatku yang Allah jaga Allah dari neraka; satu golongan yang memerangi India dan golongan lain bersama Isa putra Maryam a.s."(HR. Ahmad NO-21362).

No comments:

Post a Comment