Untuk Mu Wahai Isteriku,
SURAT DARI SUAMI YANG KELUAR DI JALAN ALLAH
Hari ini aku pergi..
Meninggalkan kamu,
Meninggalkan anak anak kita,
Meninggalkan rumah kita yang penuh kenangan.
Hari ini aku pergi ..
Kerana perintah dari zat yang telah menancapkan
Getaran di hatiku
Ketika aku menatapmu disaat malam pertama kita
Hari ini aku pergi..
Untuk menyenangkan hati
Seseorang yang telah korbankan seluruh hidupnya
Untuk kebahagiaan kita hari ini
Sehingga kau dan aku berjumpa
Dalam keadaan Islam
Hari ini aku pergi untuk menghapuskan luka
Sayyidul Ambiya Muhammad SAW
Kerana lautan maksiat
Yang telah dibuat
Oleh orang yang mengaku sebagai umatnya
Jadi.. Wahai Isteriku!!
Aku pergi tinggalkan kamu
Untuk datang kepada zat
Yang memiliki hati kamu
Hingga bersemi cinta diantara kita
Aku pergi tinggalkan kamu..
Bukan kerana aku tak menyayangimu
Tetapi ada mata yang tak pernah mengantuk
Mengawasi cinta kita
Ada tangan yang akan pukul kita,
Ketika cinta kita melebihi cinta kepada Nya.
Jika Esok
Ketika kau terbangun dari tidurmu
Kau tak dapati aku disisimu
Maka, Cepatlah bertasbih!!
Alhamdulillah..
Kenapa?
Bukankah Ummul Mu’minin Aisyah Rha
Ketika merasa senang..
Kerana hidup bersama kekasih Allah
Maka Rosul SAW sabdakan: “Bahawa orang yang paling bahagia
Adalah orang yang suaminya keluar di Jalan Allah
Kerana dia bukan hidup dengan kekasih Allah
Tetapi hidup bersama Allah SWT.!!“
Jika esok ....
Ketika melihat kamar kita sepi,
Tak ada canda ceria seperti hari sebelumnya
Maka..
Bayangkan olehmu
Bagaimana rumah sahabiyah!!
Suami mereka selalu pergi bawa pedang
Terkadang tak ada khabar
Yang ada hanya kubur
Tetapi...
Mereka tetap katakan
Biarlah Rumah kami sepi,
Asalkan rumah rumah di seluruh alam
Penuh dengan Nur Iman
Jika Esok...
Tak ada tangan
Yang memberi suapan ketika kau makan
Seperti yang biasa ku lakukan padamu
Yakinlah Wahai Isteriku!!
Allah SWT akan beri suapan padamu
Hidangan yang memiliki 70 rasa Di Jannat
Yang tak akan jadi kotoran yang jijik
Mengeluarkan keringat melebihi Kasturi
Ketahuilah Isteriku!!
Bahawa makanan di dunia
Mangandung Racun yang jadi penyakit
Jika tak dibuang hajat
Jika Esok ....
Musibah,Ujian,dan sejuta masalah
Datang dalam kehidupanmu tanpa aku
Lihatlah kepada hatimu!!
Kemana kamu berlari?
Saat itu Allah ingin lihat Iman kamu
Yang hari hari bergantung kepadaku
Kini, jika kau berwudhu,
Dirikan solat..!!
Adukan urusanmu kepada Robb mu
Kau akan bahagia di dunia yang sementara
Dan akherat yang selamanya.
Jika saat itu....
Kau cari pertolongan dengan benda
Itulah kegagalan dalam hidup kamu
Kau akan menderita s’lamanya
Ketahuilah!!
Masalah selesai atau tidak bukanlah maksud
Tetapi Ta’luq kepada Allah
Itulah suatu kejayaan yang besar
Isteriku..!!
Jangan tipu Allah SWT!!
Kau meminta dengan
Iyyaka Na’budu wa Iyya ka Nasta’in
Sementara kau meyakini
Bahawa kejayaan
Dalam mengumpulkan benda benda
Jangan terpengaruh dengan keadaan dunia
Allah beri Dunia ini kepada orang yang dicintai
Dan juga kepada yang di benci
Didalam kesenangannya ada kesusahan
Dan kesudahan dari penderitaannya
Adalah kebahagiaan
Sehingga senang dan susah kamu
Tetaplah mentaati Allah SWT
Jangan kau bangga
Seandainya kau dapatkan seluruh dunia
Tetapi kau kehilangan Allah ,maka itulah
Kerugian yang besar
Kerana...
Sekalipun kau berhasil menjaring Jibril as.
Dengan jaring yang kau buat
Dan kau bisa perintah sesuai kehendak kamu
Itupun bukanlah kejayaan
Jika hari harimu kehilangan Allah
Kerana Orang yang kehilangan Allah
Kehilangan segala galanya
Banyak orang dirikan Solat untuk hadirkan benda
Tetapi...
Adakah orang solat untuk dapatkan Allah SWT
Padahal...
Barang siapa yang dapatkan Allah
Maka dapatkan segalanya.
Jika Esok...l
Kau terpandang Rumah tetangga kita
Suara tawa, keceriaan terdengar dari sana
Suami mereka selalu di rumah
Tak pernah khuruj fi Sabilillah
Jangan kau iri!!
Kau justeru harus belas kasih kepada mereka
Mereka sedang membangun tangisan
Dan permusuhan yang hebat di rumah mereka
Ketahuilah ...!!
Bahawa setiap orang membangun rumah tangga
Hakekatnya membangun tempat menangis
Di rumah mereka akan datang Malakul Maut
Menjeput setiap nyawa yang ada
Tak ada belas kasih
Walau mereka katakan:
Jangan ambil Isteriku!!
Jangan ambil anakku!!
Tak ada tebusan sedikit pun
Dan juga diberi tangguh sesaat pun
Saat itulah suami mereka akan menyesal
Salahkan semua ahli keluarga
Ya Allah!!
Kerana kesibukanku memenuhi hajat Isteriku
Aku lalai menjadi Naib Nabi Mu
Aku kini malu jumpa kekasih Mu
Aku tak gembirakan hati Sayyidul Mursalin
Aku lempar sunah sunahnya
Dan aku asyik makan minum
Bersama anak isteriku seperti hewan
Sementara hati Nabi Mu terkoyak koyak.
Isteri dan anak mereka pun akan katakan:
Wahai Suamiku!!
Mana tanggung jawabmu?
Kau tak pernah sirami hatiku dengan Nur Iman
Kau tak isi buku catatanku dengan amal
Ketahuilah Isteriku..
Bahawa setiap amal suami
Merupakan tabungan buat isterinya
Bayangkan olehmu
Bagaimana jika seorang suami
Hanya pandai mencari uang
Apakah buku amalmu akan bertambah??
Jadi Isteriku..
Kepergianku melewati batas negeri
Adalah untuk mempersiapkan
Pesta pesta besar untuk kita
Bagaimana pendapatmu
Jika ada seorang ayah meruntuhkan rumahnya
Untuk diganti dengan rumah yang lebih besar
Apakah anak isterinya marah?
Tentu tidak!!
Mereka akan semakin sayang kepada Ayahnya
Isteriku terlihat aku hancurkan rumah tangga kita
Tetapi sebenarnya
Aku sedang membangun kembali yang lebih besar
Dari lempengan emas yang tembus seperti kaca.
Rumah yang besar
Taman yang besar
Ingatlah!!bahawa kenikmatan dunia ini tak seutuhnya
Lihatlah!! ketika kau makan buah
Akan terganggu dengan bizinya
Dan ketika kau berjalan di taman
Ada kerikil yang menusuk
Ahli Dunia ...
Yang belum selesaikan tugasnya
Maka akan gelisah tak bisa tidur nyenyak
Dan tak makan enak.
Aku pun demikian
Aku tak bisa tenang
Kerana belum sempurnakan iman kamu dan anak anak
Aku takut suatu hari dimana bumi dibelah
Dan isi dada dikeluarkan
Sedang Allah berfirman:
Iman kamu tertolak!!
Walaupun kita berhaji,
Dan berjuta kebaikan kita buat
Tetapi Allah akan murka kerana telah disyarikatkan
Lihatlah olehmu pemilik toko
Apakah dia rela..
Di pagi hari ketika ia datang
Sedang tokonya sudah diduduki orang lain.
Dan seekor ayam
Tak akan masuk kedalam kandang
Yang berisi musang
Allah tak inginkan
Dihati hamba ada Najis dunia yang mengotori
Ketahuilah Dunia ini bangkai
Dan yang mengejarnya adalah anjing!!
Itulah sebabnya
Aku harus pergi di jalan Allah
Untuk membuang segala kecintaan dunia
Mudah mudahan Allah akan mencintai kita
Dan memudahkan perjalanan kita
Pada saaat hari terakhir kita di dunia ini
Ketahuilah!!
Bahawa kematian adalah hari raya
Bagi orang yang memiliki iman kamil
Aku tinggalkan kamu.........
Untuk merubah kesedihan dalam kematian
Sebagaimana kekasih Allah
Yang telah sukses melewatinya.
Ingatlah wahai isteriku!!
Maut adalah kendaraan setiap insan menuju Allah SWT
Pada saat itu....
Mesin yang dibutuhkan bukan harta atau kerajaan
Tetapi iman dan Amal sholeh....
Sedangkan jalan untuk sempurnanya Iman
Adalah dengan korbankan harta dan diri
Di jalan Allah SWT
Percayalah!!
Walaupun Aku yang maju dihadapan musuh
Tetapi...
kau yang dibukakan pintu syurga terlebih dahulu
Oleh Ridwan as.
Kau menunggu 500 tahun didepan cermin emas
Dan Kau menjadi ratu bagi 70000 bidadari
Dan malaikat.
tahukah kamu!!
Bahawa kecantikan bidadari 70000kali
Dari kecantikan wanita terhebat di dunia
Sedangkan engkau wahai Isteriku...
70 kali dari kecantikan bidadari,
Bagaimana mungkin
Aku akan terkesan dengan selain mu?
Hari pertama kita pada perjumpaan yang abadi,
Tertawa terus tak ada lagi tangis,
Sehat tak ada sakit,
Kaya yang tak akan datang miskin
Kau sangat mengagumkan ...
Aku terkesima puluhan tahun memandangmu
Bibirku perlahan berkata: “Siapakah kamu?
Kau tersenyum..
Seandainya di syurga ada kematian
Maka senyummu akan membuatku mati pada saat itu
Malam pertama kita tertidur
Laksana penganten baru lamanya 40 tahun
Dengan kekuatan seratus kali di dunia.
Allah Qobul Farmae...
Itulah sebabnya...
Kau jangan tertipu dengan wanita di dunia
Syech Malik bin Dinar katakan:
Nilai seorang wanita tercantik di dunia ini
adalah tak lebih dari 2 butir kurma saja.
Mereka mengeluarkan bau yang sedap
Jika tak mandi beberapa hari...
Maafkan aku,
Kerana aku tak pernah membawa kamu ke salon dunia
Kerana Aku tak mau ditipu oleh mereka
Baju yang kamu pakaipun
Dari bahan yang murah
Dan hanya berwarna hitam
Menutup wajah manismu
Ketahuilah baju itu lebih baik
Dari seluruh dunia dan seisinya
Kerana itulah pakaian isteri Raja dunia Akherat
Iaitu para Ummul Mu’minin
Isteri Rosululloh Saw
Jangan terpesona dengan perhiasan ahli dunia
Gelang yang mereka pakai
Akan dipanaskan dan ditempelkan
Di punggung mereka.
Gincu yang mereka pakai
Akan menarik mulut mereka sampai ke perut
Rambut yang disasak
Akan digantung menjadi ikatan
Sedang dibawah dibakar api
Tahukah engkau wahai Isteriku!!
Bahawa satu rambut wanita yang tampak
Akan memasukkan seratus tahun kedalam neraka
Hari itu tak akan ada lagi siulan yang mengagumi
Tak ada mata yang berani menatap
Bahkan tak ada yang berani mengaku kenal dengannya
Mereka teriak...
Oh,.. Alangkah baiknya jika dahulu aku berhijab!!
Aku telah terfitnah dan menyebar fitnah
Kutampakkan betisku
Di depan etalase toko
Ku Rias wajahku di kantor kantor
Ku perdengarkan suara ku didepan umum
Kupandang setiap mata laki laki yang berbicara padaku
Kubiarkan selain suamiku
Mencium bau farfum ku
Eee Allah!! Maafkan aku
Saat itu mereka teriak “Lapaar”
Maka hadiah zaqum
Buah yang berduri sebesar kepala syaitan
ditelankan sehingga tersangkut di leher
Ketika mereka teriah Hauss!!
Maka datang gislin
cairan nanah dan darah yang mendidih
Saking hausnya...
sehingga langsung meneguknya
Maka bukan hanya zaqum yang turun ke perut
Tetapi semua isi perut terburai melalui anus.
Nauzubillahi min zalik...
Aku pernah dengar orang kaya
Yang berpakaian amat mahal
Datang ke sebuah pesta
Tetapi ia tak bahagia ....
Kerana selalu memperkatikan baju tamu lainnya
Takut takut ada yang lebih mahal darinya.
Jika kamu istiqomah menggunakan purdah
Maka Allah akan menjemput kamu
Untuk hadir di pesta Nabi Nabi
Jika telingamu kau jaga dari musik musik dunia
Kau akan mendengan suara Nabi Daud as bernyanyi.
Dimana sungaipun akan berhenti mengalir
Untuk mendengar kemerduannya.
Kau akan dengar..
Baginda membacakan surat Yasin dan Thaha
Dan puncak kebahagiaan seluruh penghuni jannat
Ketika melihat wajah Allah
Dan mendengar Allah SWT membaca firmannya
surat Arrahman
Itulah sebabnya aku nasihati kamu
Agar kau tundukkan pandangan
Kerana mata yang tak dijaga di jalan Allah
Adalah yang pertama Kali
Dihajar Syujaul aqro di kubur
Dan di Mahsyar bangkit dalam keadaan buta.
Dan jagalah mulut mu dari ghibah
Kerana busuknya ghibah
Akan mengotori seluruh samudera
Jangan berdusta!!
Karana kau bagaikan membungkus racun
Dengan gula-gula
Manis ketika dusta..
Tetapi, kau akan di benci manusia
1 kali dusta malaikat berlari 100 mil dari mu
Jangan tertipu dengan pentas dunia
Kerana pesta didunia ini
Selalu berakhir dengan kelelahan dan kemarahan
Lihatlah!!
Dimanakan rumah rumah yang dahulunya berpesta
Kemana wanita yang dahulu bernyanyi itu
Mana alunan musik yang mereka dendangkan?
Semuanya kini tinggallah puing puing
Dan desiran Angin...
Tetaplah kamu selalu bertawakkal kepada Allah
Walaupun Langit dan bumi akan menghimpit kamu
Jalanlah mencari jalan haram
Kerana Allah tetap memberi jalan keluar yang halal
Walaupun hanya setitik celah
Tetaplah di Rumah kamu...
Maka Allah SWT akan memelihara kamu
Sebagaimana memelihara seorang bayi
Banyak wanita memiliki alasan Klasik
Untuk tinggalkan"benteng tarbiyat”
yakni rumahnya
Sehingga Agama menjadi lemah
Mereka katakan:
Aku terjepit masalah Ekonomi
Anakku butuh biaya sekolah
Penghasilan suamiku tak mencukupi dll
Sehingga membenarkan hukum
Mereka berada di Etalase kaca milik orang orang kafir
Ketahuilah olehmu
Itu semua kerana kelemahan Iman mereka
Mereka punya masalah dengan Allah SWT,
Sehingga...
Allah hadirkan masalah dalam kehidupannya.
Asbab keluarnya mereka dari rumah
Maka berdirilah panti panti jompo
Tahukah kamu untuk apa?
Itu merupakan balas dendam anak
Yang tidak terencana
Mereka akan kirim ibu mereka kesana
Untuk habiskan umur
Menunggu mati
Sambil main lempar bola
bersama para lansia
Alangkah menyedihkan bukan?
Jangan kau sia siakan umurmu
Masa luangmu kajilah sunah Nabimu
Dan usahalah hidup sebagaimana sahabiyah
Siang mereka jadikan menjadi siangmu
Dan malam mereka jadikanlah malammu
Sehingga keridhoan Allah datang kepadamu
Sebagaimana telah datang kepaga mereka
Orang orang terdahulu dari kalangan Muhajirin
dan Ansor serta orang yang mengikuti mereka
dengan kebaikan merekalah orang yang Allah Ridho
kepada mereka dan mereka Ridho kepada Allah (Attaubah 100)
Jangan kau tambah Ilmu kamu
Tentang keduaniaan
Yang menyebabkan kamu mencintainya
Aku bangga...
jika ada orang bertanya kepadamu
Dimanakah tempat belanja terhebat di kota ini?
Sedangkan engkau mengatakan tak tahu
Ketahuilah Bahawa Sahabiyah
Mereka tak hafal
Jalan di kampung mereka sendiri
Tetapi
Mereka hafal jalan jalan menuju syurga
Itulah sebabnya...
Mereka telah hantarkan suami mereka
Anak anak mereka ke syurga
Dengan jalan pintas
Teriakan mereka..
Menjadikan Amru bin Jamuh yang lumpuh
Menjadi Masyhur di langit
Asbab Isterinya berteriak
“Pergilah suamiku bersama anak anak
janganlah kamu menjadi pengecut”.
Asbab Wanita berteriak serukan jihad
Berapa banyak laki laki..
Telah menjadi Raja Raja di Syurga
Jika kamu melihat syurga,
nescaya terlihat merupakan kenikmatan
dan kerajaan yang besar (Al Insan 20)
Isteriku walau kaum hawa lemah
Tetapi teriakan mereka mampu merubah dunia
Berapa banyak orang masuk penjara dunia
Kerana wanita berteriak:
Suamiku,aku ingin rumah yang besar,
Aku ingin baju yang mahal
Aku ingin makan enak...
Aku ingin...aku ingin...
Sehingga lelaki
telah kehilangan akal sehatnya
Berbuat kejahatan
Berapa banyak laki laki..
Terjerumus...
Kedalam Lam lam dan Ghoyya
Suatu lembah di Neraka
Hatta ...Bal’am bin Bauro seorang wali
Menjadi penghuninya
Isteriku!!
Hiduplah dengan sederhana
Kerana sederhana adalah pupuk dari agama
Agama akan subur dengan kesederhanaan
Dan Allah SWT akan menolong hamba
Yang ada dalam kesederhanaan
Jika rumah kamu begitu banyak barang yang kau beli
Maka kau akan sibuk membersihkannya
Tetapi kau lupa bersihkan hati
Hidupkanlah ta’lim rumahmu
Untuk hadirkan malaikat yang akan buat suasana
Sehingga menularkan sifatnya kepada Anak anak kita
Walau rumah kita
Tak ada harta apa apa
Namun penduduk langit melihatnya bercahaya
Sebagaiman kita memandang bintang di langit
Ketahuilah!!
Bahawa kehidupan ini pada hakekatnya Ruh bukan jasad
Saat kematian seorang kerabat.
Kenapa kita menangis padahal jasad masih ada dihadapan
Itu kerana hakekat kehidupan iaitu Ruh telah pergi.
Ruh ibarat penunggang
Sedangkan jasad adalah kudanya
Jika ta’lim tak kau buat ,sedangkan kau makan 3 kali sehari
Maka bagaimana Ruh kamu bisa kendalikan jasadmu
Syech Haji Abdul Wahab katakan:
Apabila Ruh kamu selalu diikutkan untuk memenuhi
Kebutuhan jasad kamu.
Maka Ruh kamu akan busuk ketika kematian
Sehingga...
Jika diciumkan kepada orang yang pingsan
Akan langsung tersadar
Aku pernah datang kesuatu negeri di Musim panas
Kucoba berjalan tanpa alas kaki
Rasa panas begitu menusuk sampai ke sendi
Sekujur tubuhku berkeringat
Aku membayangkan
Suatu masa di Mahsyar
Dimana bumi yang baru
Dari tembaga yang mendidih
Akan dibentangkan
Setiap orang yang membawa harta
Akan berdiri disana
Tak mungkin aku tega melihat kau
Ada dalam barisan itu
hanya kerana benda benda dunia
Yang nikmatnya sesaat..
Ketahuilah bahawa
Ketika seorang bercita cita kayaraya
Maka ia telah mendaftarkan dirinya
Untuk antri dalam barisan hisab yang panjang.
Yakinlah bahawa Allah tak letakkan kemuliaan
Dalam harta sebagaimana Qorun
Atau dalam kekuasaan sebagaimana Fir’aun,
Dalam perdagangan sebagaimana kaum Madyan,
Dalam banyaknya pengikut sebagaimana kaum Nuh
Dalam pertanian sebagaimana kaum Saba
Dalam Teknologi sebagaimana kaum Tsamud
Dalam Kekuatan tubuh sebagaimana Kaum A’d
Allah telah hinakan mereka.
Kerana tak ada iman yan shoheh
Isteriku Bacalah Al Qur’an!!
Sebagaimana seorang murid
Membacanya didepan guru
Maka kau harus hadirkan dirimu
Seolah...
Kau memabacanya dihadapan Allah SWT
Kerana setiap huruf yang kau baca
Dilipat menjadi 10 kebaikan
Jika akau amalkan apa yang kau baca
Maka kedua orang tuamu
akan dipakaikan mahkota
Dihari kiamat...
Yang terangnya
Melebihi sinar matahari didalam rumah
Bagaimana dengan ganjaran untuk kamu
Yang membacanya langsung
Janganlah lupa berzikir,
Setiap nafas yang keluar dari hidungmu
Sertailah Nama Allah
Ingatlah!!! Umar ra katakan
“bahawa mengingat makhluk adalah penyakit
dan obatnya adalah mengingat Allah.”
Aku pernah dengar kisah seorang wali yang bisa terbang
kerana makanan yang dimasak oleh isterinya sambil berzikir
Aku titipi kepadamu anak anak kita
Didiklah dengan agama yang benar!!
Jika mereka meminta sesuatu kepada mu
Katakanlah: Nak, mintalah hajat mu kepada Allah
Kerana
Ia bukan hanya mendapatkan yang di dunia
Tetapi Allah akan berikannya juga di akherat.
Aku ceritakan tentang Ummu Sulaim,..
Mendidik puteranya kejujuran
Saat Anas bin Malik pulang terlambat
Maka dia tanya: “Dari Mana?”
Anas katakan:”Dari tunaikan hajat Rosululloh Saw”
“Hajat apa?”Tanya ibunya
Anas ra:”Walaupun engkau Ibuku, Aku tak akan
menceritakan rahasia Rosululloh Saw!
Ummu Sulaim katakan:
“Anakku simpanlah Rahasia Rosulloh SAW
jangan kau ceritakan kepada siapapun
Dan Aku Ceritakan kepadamu
tentang Ummu Imaroh
tatkala puteranya..
Abdullah bin Zaid syahid dipotong potong
Oleh Musailamah Al Kazab.
Maka penduduk Madinah berbondong bondong
Memberi Ucapan Takziyah kepadanya.
Tetapi Wanita Mujahidah itu katakan:
Jangan Ucapkan Takziyah kepadaku
tetapi Ucapkanlah Tahniyah”.Kenapa?
Ketika aku menempelkan mulutnya
Ke puting susuku
Maka aku telah berniat
Menyerahkannya untuk Allah SWT
Dan kini niatku telah diterima Allah SWT
itulah sebabnya aku bahagia kini.”
Waktu aku di India
Aku mendengar kisah
Tentang pahlawan Tipu Suta
yang tak terkalahkan oleh penjajah Inggris,
Suatu kali...
ia jalan Di Hutan dan jumpa Harimau
Maka dengan tangan kosong
Dia telah pukul Harimau itu
Sampai mati.
Kisahnya menyebar diseluruh pelosok negeri
Dan ketika didengar oleh ibunya maka Ia katakan:
“Aku tak Hairan dengan Anakku!
Kerana setiapkali aku menyusuinya selalu dalam
keadaan berwudhu dan mengucap Bismillah!!”
Aisyah ramelihat seorang ibu
Dan dua anaknya kelaparan.
Maka disedekahkan 3 kurma yang dibagi rata,
Tetapi ketika Ibunya hendak memakannya
2 anaknya merebut
Dan ia pun mengalah tak jadi makan.
Kejadian ini dilaporkan kepada Nabi Saw
beliau bersabda:
”Kasih sayang ibu itu kepada Anaknya
menyebabkan tak akan tersentuh api neraka”
.
Kamu lihat betapa sedih seorang ibu
Ketika anaknya demam
Padahal api neraka 70 kali
Dari seluruh api dunia yang akan membakar anaknya
Jika tak mentaati Allah SWT
Bagaimana kamu bisa tenang
Jika terus berfikir untuk anak anak kita
Isteriku pandanglah!!
wajah anak kita ketika tertidur
Perhatikanlah bibirnya adalah bibir kamu,
Matanya tajam seperti matamu
Pipi mereka lesung seperti kamu
Apakah kamu tak sadari ..
Jika kau gagal ..
Membawa mereka
Kepada pakaian keshalehan
Maka Api neraka akan menjilatnya
Waktumu hanya sekali
Inilah saat kau korbankan dirimu
Untuk mereka
Inilah saat kau berpeluh,
Mengurangi Segala kesenanganmu
Maulana Umar Palanpuri rah a
Jadi ulama besar
Kerana kisah ibunya tentang Nabi- Nabi
Saat beliau kecil.
Waktu ibunya Naza(Sakratul Maut)
Beliau sedang khuruz fi sabililah
Maka ibunya melarang pulang
Kerana melihat rahmat turun asbab
Amalan puteranya
Isteriku ....
Nabi SAW sabdakan:
“Seorang yang memelihara kuda
Untuk digunakan berjihat
Maka
Air kencingnya, kotoranya
Makannanya akan ditimbang
Menjadi kebaikan buat pemiliknya”
Lihatlah!!
Bagaimana kalau kamu pelihara anakmu
Untuk kau persembahkan untuk Allah!!
Isteriku
Tak ada nabi dari kaum Hawa
Tetapi seluruh Nabi keluar dari rahim mereka
Tanah yang subur
Akan keluarkan tanaman yang baik
Tanah yang gersang
Biasanya tumbuh pohon berduri
Wanita yang buruk
Walaupun dia isteri seorang Nabi
Akan melahirkan anak yang kafir
Lihatlah isteri Nabi nuh!!
Wanita yg siap korban
Menghinakan diri untuk Allah
Akan melahirkan orang-orang sholeh
Lihatlah Hajar rha, Maryam rha.
Bahkan ketika Isra’ Mi’raj
Nabi telah mencium bau harum dari pusara Masyitoh
Seorang wanita...
Yang telah korbankan seluruh keluarganya untuk Allah SWT
Aku menyadari....
Bahawa aku bukanlah Ali bin Abi Tholib
Dan Engkau bukan Fathimah
Iman kita lemah
Sehingga kita harus tetap usaha atas Iman
Sebagaimana sahabat
Bantulah aku dalam menempuh kejayaan ini
Dimana orang buta sekalipun
Akan sampai jika melalui jalan ini
Jangan bebani aku dengan perkara dunia
Yang aku tak mampu penuhi
Agar aku bisa istiqomah dalam kerja Dakwah ini.
Aku dengar kisah seorang wanita di Pakistan.
Ia tasykil suaminya keluar satu tahun di jalan Allah
Suaminya kata:”Nanti bagaimana dengan kamu?”
Isterinya: Allah akan menjagaku!!
Suaminya:Tetapi satu tahun telalu lama 365 hari
Isterinya katakan: “Tidak kau jangan menghitungnya 365.
Tetapi hitunglah bulan pertama dengan hari iaitu 30 hari
Kemudian bulan kedua,ketiga,keempat dst dengan hitungan
bulan iaitu 11 bulan .Dan Bulan terakhir kau hitunglah
dengan minggu iaitu 3 minggu sedangkan diminggu
terakhir kau kembali hitung hari iaitu 7 hari sehingga
kau hanya mendapatkan hitungan 51 bukan 365!!!
Masya Allah....
Saksikanlah olehmu!! berapa banyak keluarga
Yang suaminya hendak pergi bekerja ke luar negeri
bertahun tahun...
tetapi orang tua ,mertua siap ambil takaza
unrtuk jaga isteri dan anak anak.,,Kenapa?
Kerana mereka paham nilai uang
tetapi tak faham nilai amal
Mereka kata: Ada uang semua Beres!!!
Padahal uang tak bisa beri manfaat dan mudhorot
kecuali atas izin Allah..
Berapa banyak orang yang berhasil
Kumpulkan uang
Justeru saat itulah puncak kebinasaan
Aku dengar kisah seorang Pakistan
Yang keruk uang di Negeri Petro Dollar
Setelah uang terkumpul..
Dia telah bangun rumah di negeri kelahiran
Waktu hari peresmian rumah
Ada tradisi cipratkan air disekeliling rumah
Tak sadar ada kabel terkelupas,
Saat itulah listerik
Telah menyambarnya dan dia mati.
Hidup ini seperti mimpi,
Dan akan terjaga setelah mati
Seorang yang di penjara bermimpi menjadi raja,
Apakah bahagia yang hakiki?
Tidak!!ketika dia terbangun tetaplah dia ada didalam sel.
Tetapi seorang raja yang mimpi di penjara
digebuki,dicaci,apakah penderitaan hakiki?
Tidak!!ketika terbangun dia berada di singgasana
Seorang yang berjalan menuju padang pasir
Maka hawa panas sudah terasa di perjalanan,
Sedangkan orang yang perjalanan
Menuju puncak gunung
Maka hawa sejuk terasa di perjalanan
Isteriku ...
jangan berhajat kepada harta yang ada pada orang lain
Kerana hidup ini tak dipengaruhi benda.
Benda tak pengaruhi keadaan
Dan keadaan tak pengaruhi benda
Tetapi benda dan keadaan
Dipengaruhi oleh Amal kamu
Kedatangan harta kedalam rumah
Tidak identik dengan datangnya rahmat di rumah kita.
Kerana rahmat datang bukan dengan harta
Tetapi dengan amalan
Jangan dengar omongan orang
Atau saran mereka
Untuk selesaikan suatu persoalanmu
Tetapi langsunglah kamu berdiri dua Roka’at
Untuk minta bantuan Allah SWT
Mungkin banyak orang kata:
“Sampai kapan suamimu selalu pergi
tinggalkan kamu khuruj fi Sabilillah?”
Ketahuilah bahawa menjaga Iman
Seperti menjaga sawah dari rumput,
Setiap saat harus di bersihkan sampai kapan?
Yakni sampai dipanen
Jadi aku akan terus usaha ..
sampai dipetik ruh kita oleh Izrail as.
Orang banyak akan cibir kita
Bahkan Mufti bagi fatwa
“Bahawa tinggalkan anak isteri
dan tak nafkahi mereka hukumnya Haram.”
Ketahuilah bahawa...
Mufti pertama dalam sejarah Ummat ini
Adalah Abu Bakar Sidiq,
Beliau telah habiskan semua hartanya
Untuk Allah dan RosulNya
Dan beliau telah perintah semua laki laki
Tinggalkan Madinah...
Sehingga 3 hari Madinah tak ada Azan
Jalan dalam kehidupan ini hanya dua saja
Iaitu jalan Nafsu dan jalan ittiba’
Jalan Nafsu adalah Hewaniat
Lihatlah olehmu seekor kerbau
Dia asyik makan sementara kawannya disembelih
Sedang jalan Ittiba’ hanya Satu
Katakanlah kekasihku Muhammad SAW bahawa
inilah jalan ku menyeru manusia kepada Allah
atas Bashiroh (Yakni kerja)
Aku dan emua orang mengikutiku..{Yusuf 108}
Seperti kita hendak pergi ke suatu kota
Kita hafal perjalanannya
Dari tanda tanda yang ada,
Berapa sungai yang dilalui,
Berapa tikungan,berapa jembatan yang diseberangi?
Kalau sekiranya jalan yang kita tempuh
Tak sesuai tanda yang kita tahu
Apakah kita akan sampai?
Tidak!!kita tentu tersesat..
Isteriku banyak orang merasa di jalan kebenaran,
Tetapi mereka tak rasakan penderitaan Nabinya.
Mereka duduk di Rumah ,pergi ke kantor ,
kemudian solat lima waktu,berhaji,
Mengaku sudah berada di jalan Nabinya?
Sementara Rosululloh SAW
berjalan diterik matahari untuk jumpa manusia,
Dicaci,dipukul hingga keluar darah dari tubuhnya
Itulah sebabnya beliau menjanjikan kepada Umatnya:
Barang siapa yang menolong aku
dan membantuku menyampaikan risalah
Tuhanku maka baginya jannat,”
Seluruh Sahabat telah ambil takaza ini
Mereka pergi tinggalkan rumah mereka
Aku telah habiskan uang kita
Dan pulang pun tak bawa hadiah
Tetapi...
aku membawa pakaianaku
Yang penuh debu fi sabilillah
Sentuhlah oleh tanganmu
Kerana Debu yang menempel di jalan Allah
Adalah tameng api Neraka
Wahai isteriku
Jika kau lihat aku
Tak pergi dari rumah disaat nisob
Dan tak sempurnakan takaza umat
Maka itu berarti
Aku tak mencintaimu lagi
Kenapa?.
Perkawinan kita hanya di dunia
Allah akan pisahkan kita di akherat
Sebab aku telah jadikan kamu
Sebagai penghalang “Usaha Dakwah”
Tidak!!,
Ini tak boleh terjadi!!
Kau harus targhib aku lagi
Siapkan, bisterku, bagku dan
Tarik tangan ku kedepan pintu
Kunci pintu itu agar aku tak masuk lagi.
Teriaklah kamu: “pergilah suamiku!
Persiapkan pesta pesta besar
Untuk kita,”
Katakan padaku:
Aku ingin minum khamar yg tak memabukkan
Aku ingin susu, madu dari sungai yang mengalir didepan rumah kita.
Aku ingin naik kuda yg bersayap.
Aku ingin makanan yg tak perlu masak dulu.
Aku sudah bosan dgn asap dapur kita,
Aku ingin pelayan yg tak minta upah, tak pernah lelah.
Aku ingin Enjoy terus
Aku ingat
Waktu kau hamil
Minta buah yg tak musimnya
Aku mencarinya
Ke seluruhnya pelosok kota
Kerana aku menyayangimu
Perkawinan dunia
Adalah permainan
Cintanya pun
Cinta yang main main
Cinta sesunguhnya
Tak ada penghianatan
Tak pernah lagi puji orang lain
Suami isteri saling mengagumi
Tak pernah bandingkan dgn orang lain
Hanyalah di Surga Na’im
Sebelum ku Akhiri surat ku
Aku ingin beri pujian untuk pengorbanan mu
Tetapi
Aku tak pandai bersyair
Tak seperti ahli dunia mengutip
“Beet Houven"atau “Shakespear”
untuk memuji kekasihnya.
Namun, aku hanya bisa berkata:
Aku mengagumi “mata mu yang memerah”
Saat kau menagis meminta hidayah
Aku mencintai “pipimu yang memerah”
Saat kau berkhidmat, menyiapkan
Secangkir teh disaat aku lelah.
Aku takjub dengan “hidangmu
Yang mengeluarkan isak”
Saat kau bertobat atas masa lalu kita.
Aku mencintai belaian “tangan mu”
Saat kau mengusap anak kita
Yang berbuat kesalahan.
Aku menikmati indahnya “senyummu”
Saat kau menghibur anak kita yang menangis
Agar mereka kembali tertawa.
Aku bahagia
Saat melihat payudaramu
Ditepelkan ke mulut anak kita,
Semantara tubuhmu
Masih tetap berbalu hijab.
Aku bersyukur
Allah telah Jodohkan aku denganmu
Aku tahu..
Banyak lelaki yang berhajat padamu
Untuk itu aku tak akan sia siakan kamu
Menjagamu dari musibah dunia dan akherat
Isteriku Aku mencintaimu....
Tetapi aku tak selalu bersamamu
Aku sering tinggalkan kamu.. maafkan aku
Hanya aku berharap
Mencium harum nafasmu di dalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan
Memelukmu tak akan lagi ku lepaskan
Ya Allah Anugerahkan Kami
Rahmatilah kami....
Gembirakanlah Isteriku walau dalam kesunyian
Dengan adanya asbab atau tanpa asbab disisinya
Bersihkan hati Isteriku dari kecintaan kepada dunia
Agar mudah melafazkan nama Mu
saat hari terakhir kehidupan dunianya
Perpisahan kami dalam memperjuangkan agama MU
Jadikan Asbab kau satukan kami di Jannah
Jadikan kesedihan kami,kerinduan kami,
Asbab Engkau ampuni kesalahan kami....
Jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
Engkau Ridho kepada kami
Dan jadi asbab hidayah buat seluruh alam...
Amin ..Amin....Amin (tamat)
No comments:
Post a Comment