Wednesday, May 25, 2016

KEMUNGKINAN KITA PERNAH BERTEMU MEREKA DI TEMPAT YANG TAK TERDUGA

Ada org yg kelihatannya lemah dan sontoloyo tapi kekuatan doanya mampu menggoncang Arsy. Sekali mereka angkat tangan berdoa,  maka milyaran malaikat bakal ikut mengaminkan. Sebahagian besar hamba Allah yang terpilih jadi Wali-NYA adalah kerana akhlaknya yang mulia, sebaik-baik akhlak dalam bergaul adalah mampu menahan diri untuk tidak membicarakan aib teman-temannya. Seorg ulama kalo gak salah namanya Syeikh Junaid Al Baghdadi rah.a. pernah berkata, “Allah pilih saya jadi Wali-NYA bukan kerana amal ibadahku tapi kerana akhlakku yg suka memuliakan sahabat2ku yg datang bertamu ke rumahku”. 

Jangan memilih-milih dalam memberi salam. Siapa tahu ada satu orang yg kita ketemu dijalan dan kita beri salam, maka dia menjawabnya, sedang salam dan jawabannya itu adalah doa dan dia adalah salah seorang wali Allah, maka kita semakin dekat dengan keselamatan kerana doa wali Allah itu adalah makbul, tak ada penolakan, walaupun sekiranya mereka meminta semua batu di dunia ini jadi emas!

Kata ulama, kalo dulu mau cari wali Allah itu, carilah disudut masjid atau ditengah hutan tapi skrg katanya wali Allah itu agak susah dicari lagi kerana mereka tersembunyi di tempat keramaian, ada yg ngajar di sekolah, ada yg jadi tukang tambal ban, ada yg jadi eksekutif di perusahan tanpa riba, ada yg jualan sabun cuci muka. Allah cemburu kalo kekasihnya dikenal makanya Dia sembunyikan ditempat yg tak terduga. Wallahu a'lam.

Hadits-Hadits tentang Wali Allah:

WALI ALLAH

1). Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah akan mengutus untuk umat ini pada setiap permulaan seratus tahun orang yang akan memperbaharui untuk ummat ini (di bidang) agamanya."(HR. Abu Dawud).

2). Dari Ibnu Umar ra bahawa Nabi saw bersabda, “Diantara umatku, sentiasa ada lima ratus orang pilihan dan empat puluh ‘Wali Abdal’. Jika salah seorang diantara mereka meninggal dunia, maka langsung akan ada penggantinya. Para sahabat bertanya, “Apa amalan istimewa mereka?” Beliau bersabda, “Mereka memaafkan para penzalim, bermu’amalah yang baik walaupun kepada ahli maksiat dan berbagi rasa dan kasih sayang dalam rezeki yang mereka terima.” Hadits yang lain menyebutkan, “Barangsiapa memberi makan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan memberi tempat bermalam kepada musafir, maka Allah pasti akan menyelamatkannya dari ketakutan pada hari Kiamat.” (H. Imam Suyuthi).

3). Nabi saw bersabda, “Bumi tidak akan sepi dari empat puluh orang seperti kekasih Allah Maha Penyayang, kerana mereka diturunkan air hujan dan kerana mereka diberi pertolongan, tiada seorang pun di antara mereka yang meninggal dunia, malainkan Allah menggantikannya dengan yang lain pada posisinya.” (HR. Thabrani).

4). Nabi saw bersabda, “Tiga hal, barangsiapa memilikinya, maka termasuk wali Abdal, iaitu rida menerima ketentuan Allah, sabar dalam menyingkiri larangan-larangan Allah, marah kerana Allah.” (HR. Ibnu Adi).

5). Nabi saw bersabda, “Para wali Allah (kekasih-kekasih-Nya) adalah suka lapar dan haus, barangsiapa yang menyakiti mereka, maka Allah akan menyiksanya, membuka aibnya dan Allah mengharamkannya tinggal di syurga.” (HR. Ibnu Najar).

6). Abu Hurairah ra berkata, “Apabila telah hampir tiba hari Kiamat, maka mimpi orang mukmin hampir tidak pernah dusta dan mimpi seorang mukmin itu sebahagian dari seperempat puluh enam bahagian dari kenabian.” (HR. Bukhari, Muslim).

7). Dari Abu Hurairah ra ia berkata, pada apa yang aku ketahui dari Rasulullah saw bahawa beliau saw pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah akan mengutus untuk umat ini pada setiap permulaan seratus tahun orang yang akan memperbaharui untuk umat ini (dibidang) agamanya.” (HR. Abu Dawud).

No comments:

Post a Comment