Thursday, March 12, 2015

KISAH UNIK TAPI NGERI

Ada satu jamaah jalan kaki lagi bermalam ditengah hutan ketika dalam perjalanan menuju satu kampung terpencil. Menjelang maghrib petugas khidmat hendak buat api unggun tapi korek api dah habis, mana habis hujan lagi. Akhirnya jamaah itupun musyawarah gimana jalan keluarnya. Akhirnya seorg ulama yg ikut dalam jamaah pun bertanya, “Siapa yg dirumahnya ada anak yatim?”

Satu org yg baru angkat tangan, “Saya pak kyai”, maka pak kyai pun suruh dia meniup kayu bakar buat api unggun tsb. dia pun taat saja, diapun meniup kayu tsb dan ajaib, ada api yang keluar dari mulutnya, api unggunpun tercipta! Subhanallah jemaah yg lain pada takjub, hebat betul ini amalan si orang baru, ini karomah yg besar kalo begini. Pak kyai pun hanya tersenyum, beliau pun menjelaskan, bahawa itu bukan karomah, Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي 

بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka) (An-Nisa 4:10)

Jadi orang yang memakan harta anak yatim secara zalim pada hari kiamat akan digiring dengan nyala api keluar dari mulutnya, telingannya, hidungnya dan matanya. Semua orang yang melihatnya akan mengenalnya bahawa dia adalah pemakan harta anak yatim. Saya tahu dia pernah makan harta anak yatim dalam asuhannya, makanya api bisa keluar dari mulutnya. Mendengar penjelasan pak kyai, si orang baru pun menangis dan dia pun mengaku salah lalu bertaubat. (Diceritakan oleh Ust Muhammad Hafizh Zakiyuddin).

No comments:

Post a Comment