Monday, March 3, 2014

KEUTAMAAN MEMELIHARA JANGGUT

Nabi saw melarang seseorang mencukur janggutnya, pada suatu ketika dua orang utusan Raja Kisra datang menghadap Rasullullah saw sedangkan janggut mereka dicukur bersih dan kumis mereka panjang-panjang.

Nabi saw tak memandang keduanya dan bersabda, “Celakalah kalian berdua, siapakah yang menyuruh kalian berbuat seperti ini?” Mereka menjawab “Tuhan kami Raja Kisra memerintahkan kami” kemudian Rasulullah saw bersabda, “Tetapi Tuhanku memerintahkanku agar menumbuhkan janggut dan menggunting kumisku." (Al-Bidayah wan-Nihayah jilid IV/269, Hayatus Shahabah jilid I/45)

"Memotong janggut ketika panjangnya kurang dari satu genggam menyerupai orang barat dan banci. Oleh kerana itu, tidak dibenarkan bagi siapapun untuk berbuat demikian, kerana mencukur bersih janggut adalah amalan Hindu dan Majusi dari Parsi.” (Shami Tabigh hal. 418)

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Bukhari)

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sepuluh perkara adalah fitrah, diantaranya mencukur kumis dan menumbuhkan janggut.” (HR Muslim, jilid I hal. 129).

Di dalam kitab Hukmul Lihya Fil Islam yang dikutip dari Ibnu Hibban, terdapat hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. yang menyebutkan, “Rasulullah saw bersabda bahawa diantara fitrah Islam adalah mencukur kumis dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan kumis mereka dan mencukur janggutnya. Maka berbezalah kalian dari mereka dengan cara mencukur kumismu dan memanjangkan janggutmu."

Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa tidak memotong kumisnya, maka dia bukanlah dari golongan kami." (HR. Ahmad, Tirmizi, Nasa-Misykat)

Imam Bukhari rah.a. menegaskan, apabila Ibnu Umar r.a. melakukan haji dan umrah, dia selalu memegang janggutnya dengan tangannya yang tergenggam, kemudian memotong janggut yang melebihinya.

Dalam kitab Abu Dawud diberitakan, dari Jabir r.a. berkata, “Kami pernah membiarkan janggut-janggut kami memanjang dan melebar, kecuali ketika musim haji atau umrah."

Dari Ibnu Umar r.a. Nabi saw bersabda, “Guntinglah kumismu dan panjangkanlah janggutmu.” Dalam riwayat lain, sesungguhnya Nabi saw memerintahkan kami menggunting kumis dan memanjangkan janggut.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Tentanglah orang-orang musyrik dengan memanjangkan janggutmu dan menggunting kumismu." (Muttafaq alaih-Misykat hal. 380)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Guntinglah kumismu dan tumbuhkanlah janggutmu, kerana dengan demikian kamu menentang kaum majusi (penyembah api).” (Shahih Muslim hal. 129)

Maka dalil-dalil tentang berjenggot itu sangat banyak sekali dan berdasarkan nas yang sahih, sebagai berikut ini:

1). Abdullah bin Umar berkata, bersabda Rasulullah saw, “Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah jenggot kamu dan tipiskanlah kumis kamu.” (HR al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi)

2). Dari Abi Imamah, bersabda Rasulullah saw, “Potonglah kumis kamu dan peliharalah jenggot kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab.” (HR Ahmad dan at Tabrani)

3). Dari Aisyah berkata, bersabda Rasulullah, “Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) diantaranya ialah mencukur kumis dan memelihara jenggot.” (HR Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Tirmizi, an Nasaii dan Ibn Majah).

4). Dari Abi Hurairah ra, bersabda Rasulullah saw, “Bahawasanya ahli syirik memelihara kumisnya dan memotong jenggotnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah jenggot kamu dan potonglah kumis kamu.” (HR Al Bazzar)

5). Bersabda Rasulullah saw, “Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) jenggot mereka dan memanjangkan (memelihara) kumis mereka.” (HR Muslim)

6). “Tipiskanlah kumis kamu dan peliharalah jenggot kamu”. Di riwayat yang lain pula, “Potonglah kumis kamu dan peliharalah jenggot kamu.” (HR al Bukhari)

7). Dari Abi Hurairah ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Diantara fitrah dalam Islam ialah memotong kumis dan memelihara jenggot, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara kumis mereka dan memotong jenggot mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong kumis kamu dan peliharalah jenggot kamu.” (HR Ibn Hibban)

8). Dari Abdullah bin Umar berkata, pernah disebut kepada Rasulullah saw, seorang Majusi maka beliau bersabda, “Mereka (orang-orang Majusi) memelihara kumis mereka dan mencukur jenggot mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka.” (HR al Baihaqi)

9). Dari Ibn Umar r.a. berkata, “Kami diperintah supaya memelihara janggut.” (HR Muslim)

10). Dari Abi Hurairah ra, bersabda Rasulullah saw, “Cukurlah kumis kamu dan peliharalah jenggot kamu.” (HR Muslim).

11). Dari Abi Hurairah ra berkata, bersabda Rasulullah saw, “Peliharalah jenggot kamu dan cukurlah kumis kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani.” (HR Ahmad)

12). Dari Ibn Abbas berkata, bersabda Rasulullah saw, “Janganlah kamu meniru (menyerupai) Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah jenggot kamu.” (HR al Bazzar).

No comments:

Post a Comment