Saturday, March 8, 2014

DALIL MENCICIPI GARAM SEBELUM MAKAN

Beberapa bulan yang lalu dengan dalih bertanya, seseorang berusaha mencari kelemahan tentang amalan mencicipi garam yang dilajimkan oleh teman-teman ahli dakwah sebelum makan. waktu itu saya menjawab dengan "apa yang saya pernah dengar", tanpa menambah dan mengurangi. Dan ternyata sang penanya menganggap bahawa saya telah berdusta atas nama sahabat nabi ketika diri ini tidak dapat menunjukkan dari dari mana dalilnya bahawa hal itu datangnya dari sahabat Ali ra

Kemudian saya coba menanyakan perkara ini kepada seorang utsaz yang tinggal dekat wilayah kami. Ia mengatakan pernah membaca hal tersebut, tapi sudah lupa dimana ia membacanya. Dan beberapa hari kemudian ia masih merasa kerepotan mengingat-ingat kembali di kitab mana ia menemukan rujukan permasalahan ini.

Selain ustaz tersebut, saya juga bertanya kepada ustaz muhksin yang kami sama-sama aktif di forum hidayatullah.com (sekarang forum tersebut sudah tutup). wal hasil, ditengah kesibukannya, ia menyempatkan diri untuk mencari beberapa dalil berkenaan garam. Berikut ini saya tampilkan pesan/message dari ustz mukhsin ke inbox pribadi saya di myquran.org. Ia menjelaskan perkara ini secara singkat. mudah-mudahan boleh menjadi pelajaran bagi kita semua, amiin. Wa alaikumsalam.

Untuk soal cicip garam memang telah warid di beberapa riwayat,,namun biasanya sumber pengambilannya tidak dijelaskan rinci, namun sekedar membagi apa yang saya ketahui terhadap fadhilah mencicip garam ini,,saya akan berikan sumber pengambilannya sbb:

Dalam syubul iman pada nomor 1150

أخبرنا أبو طاهر الفقيه أنا أبو بكر القطان ثنا أحمد بن يوسف ثنا محمد بن يوسف قال: ذكر سفيان عن عمرو بن ميمون عن طاوس قال يكفي الصدق من الدعاء كما يكفي الطعام من الملح 

“Telah mengkhabarkan Abu Thahir Al-Faqhih mengkhabarkan Abu Bakr Al-Qatthan mengkhabarkan Ahmad bin Yusuf mengkhabarkan Muhammad bin Yusuf berkata ia, “Mengucapkan akan Sufyan daripada Amru bin Maimun daripada Thawus berkata ia, “Adalah kebaikan dalam berdoa begitu juga adalah kebaikan dalam makan (makanan) terletak pada garam.”

Hadit ini juga dikeluarkan oleh.... Ibn Abi Syaibah dalam Musnadnya pada 7/40 daripada Shabat Abu zar dan juga dalam Syubul Iman 2/53-54 daripada Sahabat Muhammad bin Wasi

Dan juga seperti apa yang termaktub dalam Sunan Ibn Majah, hadit Marfu pada bab khusus Garam nomor 3315 

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ ، حَدَّثَنَا 

عِيسَى بْنُ أَبِي عِيسَى ، عَنْ رَجُلٍ ، أُرَاهُ مُوسَى ، عَنْ أَنَسِ 

بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ: سَيِّدُ 

إِدَامِكُمُ الْمِلْحُ.

“Telah mengkhabarkan Hisyam bin Ammar telah mengkhabarkan Marwan bin Muawiyyah telah mengkhabarkan Isa bin abi Isa daripada seorang lelaki (Musa) daripada Anas bin Malik berkata ia telah berkata Rasulullah saw "Penghulu dari segala kuah adalah Garam"

Hadit ini juga termaktub dalam Musnad Abi Yala 3714, Mujam Ibnl Arabi 2254, Mujam Al-Awsath lil Baihaqy 8854, Musnad Syihab 1327 dan lain lagi, untuk darjat nya ialah Dhaif, namun Dhaif yang maqbul, dalam artian boleh ianya diamalkan sebagai FaDhailul Amal sedangkan amalan Sahabat Ali Radiallahu anhu terhadap cicip garam ini, termaktub dalam kitab Syubul Imam lil Imam Baihaqiy pada nomor  5952 sbb:

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا الحسن بن علي بن عفان ثنا زيد بن الحباب ثنا عيسى بن الأشعث عن جويبر عن الضحاك عن النزال بن سبرة عن علي أنه قال من ابتدأ غداءه بالملح أذهب عنه سبعين نوعا من البلاء 

“Telah mengkhabarkan Abu Abdillah al-Hafiz telah menceritakan Abul Abbas Muhammad bin Yaqub telah menceritakan Hasan bin Ali bin Affan telah mengkhabarkan Zaid bin Habab telah mengkhabarkan Isa bin Asat daripada Zuibar daripada Dhahhak dari An-nuzul bin Syirah dari Imam Ali sesungguhnya ia menyatakan, "Barangsiapa makan dimulai dengan garam, Allah akan menghilangkan tujuh puluh jenis penyakit dari dirinya”. Darjat hadit juga Dhaif, namun ianya juga maqbul boleh diamalkan untuk penggerak dalam beramal.

No comments:

Post a Comment