Sesungguhnya setiap buah-buahan disyurga memiliki 70 macam rasa dalam setiap gigitan , yang mana seluruh anggota tubuh merasakan nikmatnya (bukan hanya lidah) dan setiap gigitan selanjutnya lebih nikmat dari gigitan sebelumnya.
Dikatakan bahawa syurga tanahnya subur, pohonnya tumbuh dari ucapan zikrullah. Satu subhanallah yang kita ucapkan akan menumbuhkan satu pohon, yang besar pohon tersebut apabila ada kuda tercepat yang berlari selama 40 tahun maka belum selesailah kuda tersebut mengitarinya. Rumah ahli syurga adalah istana-istana yang terbuat dari batu jamrud dan permata hijau. lantainya terbuat dari emas.
Di dalamnya terdapat ranjang-ranjang, gelas serta piring yang terbuat dari emas. Ahli syurga akan dilayani oleh pelayan-pelayan syurga yang muda lagi tampan. Mereka siap melayani ahli syurga dengan suka rela. Minuman ahli syurga adalah susu, madu, arak yang tidak memabukkan. Minuman syurga terasa lebih manis dari madu, lebih jernih dari air dunia, lebih dingin dari es. Setiap meneguknya maka tidak akan haus selama-lamanya. Makanan ahli syurga adalah daging burung yang nikmat.
Kenikmatan makanan syurga adalah sekali gigitan terasa nikmat, maka setiap gigitan berikutnya akan terasa lebih nikmat dari gigitan sebelumnya. Semakin dimakan maka semakin nikmatlah makanan syurga. Makanan syurga tidak menjadi kotoran seperti makanan di dunia. Makanan syurga akan menjadi keringat yang baunya wangi.
Di syurga penuh dengan buah-buahan yang Allah Swt janjikan. Semua penduduk syurga bebas menikmati makanan dan minuman serta buah-buahan yang ada di syurga. Penduduk syurga tidak akan merasakan sakit sedikitpun. Pendek kata tidak ada kesusahan yang menimpa ahli syurga. Syurga adalah tempat melampiaskan nafsu syahwat. Bidadari-bidadari syurga terlihat cantik yang kecantikannya tidak pernah terbayangkan oleh penduduk bumi. Dikatakan jika ujung jari bidadari syurga dinampakkan ke muka bumi, maka matahari akan menjadi redup. Setiap bidadari syurga mempunyai pelayan-pelayan.
Jumlah pelayan bidadari syurga adalah 70,000 di sebelah kanan dan 70,000 di sebelah kiri. Jika satu orang pelayan bidadari syurga turun ke bumi, maka semua laki-laki di dunia akan berebut untuk mendapatkannya. Setiap bidadari memiliki 70 lapis pakaian sutra dan 70 macam warna yang tembus pandang hingga ke tulang sumsumnya. Bidadari syurga diperuntukkan kepada setiap laki-laki ahli syurga yang didunia adalah ahli dalam taat dan beribadah kepada Allah Swt Setiap laki-laki syurga menginginkan untuk berhubungan dengan bidadari syurga maka kenikmatannya akan terasa 2,5 juta kali lebih nikmat dari kenikmatan hubungan suami istri di dunia.
Ahli syurga tidak ada yang tua, semua berusia muda. Berpakaian hijau dari sutera. Suara ahli syurga semerdu suara Nabi Daud a.s. Ketampanan ahli syurga seperti Nabi Yusuf a.s.. Akhlak penduduk syurga adalah sebagaimana akhlak Rasulullah saw. Musik di syurga adalah gesekan daun-daun pohon yang suaranya jauh lebih indah dari musik yang paling indah yang pernah ada di dunia. Begitulah kira-kira sebahagian kecil kenikmatan yang akan dirasakan oleh ahli syurga. Wallaahu alam.
No comments:
Post a Comment