1). Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.
Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari. Gelarnya adalah Amirul Mukminin fil Hadits yang artinya Pembesar Kaum Mukminin dalam ilmu hadits. Beliau mengarang kitab yang seluruhnya berisi hadits-hadits shahih. Beliau wafat pada tahun 256 H.
Diriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf Al Fibrari, ia berkata, “Aku mendengar Najm bin Fadhil, seorang ahlul ilmi berkata, “Aku bermimpi melihat Nabi saw keluar dari kota Masiti, sedangkan Muhammad bin Ismail Al Bukhari berada di belakangnya, dimana bila Nabi saw melangkahkan kakinya, Al Bukhari pun melakukan hal yang sama dan meletakkan kakinya di atas langkah Nabi saw dan mengikuti bekas langkahnya.”
Diriwayatkan dari Muhammad bin Muhammad bin Makki, ia berkata, “Aku mendengar Abdul Wahid bin Adam Ath-Thawwisi berkata, Aku mimpi bertemu Rasulullah saw dan sekelompok sahabatnya, beliau sedang berhenti di suatu tempat, maka aku mengucapkan salam dan beliau menjawabnya. Aku bertanya, “Kenapa engkau berhenti, Ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Aku menunggu Muhammad bin Ismail Al Bukhari.” Dan setelah beberapa hari datang berita kepadaku tentang wafatnya Al Bukhari. Setelah aku perhatikan, ia wafat pada waktu aku mimpi bertemu Rasululah Saw”
2). Mimpi Utsman bin Affan ra.
Beliau adalah Khalifah Rasyidin, Pemimpin Kaum Muslimin yang mendapat petunjuk yang ketiga. beliau memiliki gelar zun Nurain kerana menikahi dua putri Nabi saw yang salah satunya setelah yang lain meninggal. Beliau wafat pada tahun 35 H.
Diriwayatkan dari Ummu Hilal binti Waki, dari seorang istri Utsman, ia berkata, "Suatu kaum akan membunuhku."Maka aku berkata, "Tidak, wahai Amirul Mukminin."Kemudian beliau berkata, "Sesungguhnya aku bertemu Rasulullah saw, Abu Bakar dan Umar di dalam mimpi. Maka mereka berkata, "Berbukalah bersama kami malam ini."atau mereka mengatakan, "Sesungguhnya kamu akan berbuka bersama kami malam ini."
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam, ia berkata, "Aku datang kepada Utsman untuk menyalaminya, sedangkan ia dalam keadaan dikepung. Aku masuk menemuinya, maka ia berkata, "Selamat datang wahai saudaraku. Aku melihat Rasulullah saw tadi malam di pintu kecil ini. Ia berkata, "Pintu kecil itu ada di dalam rumah."Maka beliau (nabi) berkata, "Wahai Utsman, apakah mereka telah mengepungmu?"Aku menjawab, “Ya." Beliau bertanya lagi, "Apakah mereka telah membuatmu haus?” Aku menjawab, “Ya." Maka beliau menuangkan cawan besar yang berisi air, kemudian aku meminumnya sampai kenyang, sampai-sampai aku merasakan dinginnya di antara dada dan pundakku dan beliau Saw berkata, "Jika kamu mau, berbukalah di rumah kami.” Maka aku memilih berbuka di rumah beliau maka kata Abdullah bin Salam, Utsman dibunuh pada hari itu.
(Thabaqat Ibnu Saad dan Tarikh, Ibnu Asakir).
3). Mimpi Umar bin Khattab ra.
Beliau adalah Pemimpin Kaum Muslimin setelah Sayyidina Abu Bakar Shiddiq wafat. Gelarnya adalah Al Faruq yang artinya pembeda antara yang haq dan yang bathil. Beliau wafat pada tahun 23 H.
Diriwayatkan dari Umar bin Hamzah bin Abdullah, dari pamannya, Salim dari bapaknya, Umar berkata, "Aku melihat Rasulullah saw di dalam mimpi, dimana aku melihat beliau sedangkan beliau tidak memandangku. Maka aku berkata, "Ya Rasulullah, kenapa aku?” Beliau bersabda, "Bukankah kamu yang mencium istrimu pada saat kamu berpuasa?!” Maka aku berkata, "Demi Yang Mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak akan mencium istriku lagi setelah ini saat aku berpuasa.” (Al Mahalli, Ibnu Hazm).
4). Mimpi Ali bin Abi Thalib ra.
Beliau adalah adik sepupu Rasulullah saw sekaligus menantunya dan termasuk orang yang pertama masuk islam dari kalangan anak-anak. Beliau adalah Khalifah setelah terbunuhnya Utsman bin Affan. Julukannya adalah Abu Turab. Beliau wafat pada tahun 40 H setelah beberapa hari terluka kerana tikaman Ibnu Muljam.
Muhammad Saad menceritakan sebuah riwayat dari Ali ra Ali berkata, “Sesungguhnya aku pada malam itu (yaitu saat Ibnu Muljam membunuhnya pada pagi harinya) membangunkan keluargaku, kedua mataku menguasaiku hingga aku tertidur saat aku duduk. Maka aku melihat Rasulullah saw Dan aku bertanya, “Ya Rasulullah, kenapa aku menemukan di antara ummatmu orang-oran yang bengkok dan suka bertengkar?” Rasulullah saw berkata, “Doakanlah atas mereka.” Maka aku berdoa, "Ya Allah, gantikanlah perlakuan mereka terhadapku dengan yang lebih baik bagiku. Dan gantikanlah yang lebih buruk untuk mereka.” (Thabaqatul Kubra dan Al Manaamat, Ibnu Abi Dunya).
5). Mimpi Hasan bin Ali r.hum.
Beliau adalah cucu Rasulullah saw serta pemuda para ahli syurga. Beliau wafat sebagai syahid.
Diriwayatkan oleh Filfilah Al Jafi, ia berkata, “Aku mendengar Hasan bin Ali ra berkata, “Aku melihat Nabi saw bergelantung di atas Arsy dan aku melihat Abu Bakar ra memegang kedua pinggang Nabi saw serta melihat Umar ra memegang kedua pinggang Abu Bakar ra dan juga melihat Utsman ra memegang pinggang Umar ra serta melihat darah bercucuran dari langit ke bumi.” Maka Hasan menceritakan mimpi ini pada orang di sekelilingnya (kaum syiah), maka mereka bertanya, “Tidakkah kau melihat Ali?” Hasan menjawab, “Tidak seorang pun yang paling suka aku melihatnya memegang kedua pinggang Nabi saw daripada Ali. Akan tetapi ini adalah sebuah mimpi.”
Dari Ishak bin Rabi, ia berkata, “Ketika kami sedang di sisi Hasan, tiba-tiba datang seorang laki-laki seraya berkata, “Wahai Abu Said, sesungguhnya semalam aku melihat Nabi saw di dalam mimpi. Nabi saw berada di tengah-tengah Murjiah Bani Salim dalam khalayak ramai dan diatasnya jubah musim dingin, kemudian dikatakan kepadanya, “Wahai Rasulullah saw, Hasan akan datang. Beliau bersabda, “Katakanlah kepadanya, beritakanlah kabar gembira, kemudian beritakanlah kabar gembira, kemudian beritakanlah kabar gembira” Maka mata Hasan bercucuran air mata dan ia bersabda, “Semoga Allah menetapkan matamu. Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka ia sungguh telah melihatku dan syaitan tidak dapat menyerupaiku.” (HR Thabrani dan Al Manaamat, Ibnu Abi Dunya).
6). Mimpi Husein bin Ali r.hum.
Suatu hari Husein bin Ali ra sedang duduk di depan rumahnya sambil memeluk pedangnya. Ketika ia menundukkan kepalanya, saudarinya, Zainab binti Ali mendengar suara teriakan. Ia mendekati saudaranya, seraya berkata, "Wahai saudaraku, tidakkah kamu mendengar suara keributan telah mendekat?” Maka Husein mengangkat kepalanya dan berkata, "Sesungguhnya aku melihat Rasulullah saw di dalam mimpiku dimana beliau berkata padaku, “Sesungguhnya kamu menuju kepada kami.” Maka saudarinya itu menjadi bersedih dan berkata, "Alangkah celaka aku!” Maka Husein berkata, "Kamu tidak celaka, wahai saudariku, tempatkanlah kasih sayangmu dengan Allah Yang Maha Pemurah.” Tak lama, Husein gugur di padang Karbala. Seluruh keluarganya habis terbantai, kecuali seorang anaknya yang bernama Ali yang berhasil diselamatkan oleh Zainab.
7). Mimpi Abu Musa Al Asyari r.a.
Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw dari suku Tamim. Beliau juga seorang ahli fikih dan qiraat. Diriwayatkan oleh Abu Musa, beliau berkata, “Aku melihat Rasulullah di dalam mimpi sedang berada di atas gunung. Di sampingnya Abu Bakar. Dan beliau (Rasulullah) sedang mengisyaratkan Umar untuk datang kepadanya.” Maka aku mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun dan ternyata benar, Amirul Mukminin Umar bin Khattab wafat!” Ia (Abu Musa) ditanya, “Tidakkah kamu menulisnya (mimpi) itu kepada Umar?” Maka Abu Musa berkata, “Tidak selayaknya aku mengucapkan berbela sungkawa kepada Umar (kerana Umar akan bertemu Rasulullah saw).” (Ar Riyadhun Nudhrah fi Manaqibil Asyrah).
8). Mimpi Huzaimah bin Tsabit r.a.
Beliau adalah seorang sahabat Rasulllah Saw. Ia diistimewakan kerana kesaksiannya setara dengan kesaksian dua orang. Beliau termasuk di dalam pasukan Ali dan memperoleh kemuliaan syahid saat perang Shiffin. Diriwayatkan oleh Utsman bin Sahl bin Hanif dan Khuzaimah bin Tsabit, “Bahawa ia bermimpi mencium dahi Nabi saw Kemudian ia mendatangi Rasulullah saw lalu ia menceritakan mimpinya tersebut. Kemudian Rasulullah saw mempersilahkannya, lalu ia pun mencium dahi Rasul.” (Musnad Imam Ahmad).
9). Mimpi Bilal bin Rabah r.a.
Beliau adalah Muazzin di zaman Rasulullah saw, termasuk golongan sahabat yang ikut dalm perang Badar. Nabi saw telah bersaksi atas penetapannya sebagai ahli syurga. Setelah Rasulullah saw wafat, kerana tak kuat menanggung kesedihan hati akan ingatannya kepada Rasulullah saw, Bilal pindah ke negeri Syam. Bertahun kemudian Bilal melihat Rasulullah saw di dalam mimpinya di negeri Syam. Rasulullah berkata, "Kenapa kamu berlaku tidak ramah, wahai Bilal? Bukankah kini telah datang waktunya bagimu untuk menziarahiku?” Maka Bilal bangun dalam keadaan bersedih dan langsung bergegas menuju kota Madinah. Dia lalu mendatangi makam Rasulullah saw dan disana ia menangis.
Sayyidina Hasan dan Husein datang menghampirinya, kemudian Bilal memeluk keduanya. Maka Sayyidina Hasand an Husein berkata, "Kami sangat menginginkan engkau untuk azan di waktu sahur.” Maka demi takzimnya kepada kedua cucu Rasulullah saw ia naik ke atap masjid. ketika ia menyerukan "Allahu Akbar Allahu Akbar” bergetarlah seluruh kota Madinah. Keluarlah para penduduknya berduyun-duyun ke masjid sambil menangis tersedu-sedu kerana suara Bilal mengingatkan mereka pada kehidupan di zaman Rasul. Dan tidak pernah disaksikan hari yang lebih banyak laki-laki dan wanita menangis daripada hari itu. Seminggu kemudian Bilal wafat (Asadul Ghabah, Ibnu Atsir).
10). Mimpi Abul Mawahib Asy-Syazili rah.
Beliau memiliki nama lengkap Syeikh Muhammad Abul Mawahib Asy-Syazili, murid dari Syeikh Abu Said Ash-Shafrawi. Beliau adalah seorang ulama besar yang pernah mengajar di Universitas Al Azhar, Mesir. Beliau sering bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw.
Beliau pernah menyatakan, “Aku bermimpi melihat Rasulullah saw berada di lantai atas Universitas Al Azhar pada tahun 825H, lalu beliau meletakkan tangannya di dadaku dan bersabda, “Wahai anakku, ghibah itu haram hukumnya. Tidakkah kau mendengar firman Allah SWT, “Janganlah sebahagian kamu membicarakan keburukan (ghibah) sebahagian yang lain.” Sedangkan disampingku ada beberapa orang yang asyik membicarakan keburukan orang. Kemudian beliau bersabda kepadaku, “Jika kamu tak boleh menghindari untuk mendengar orang-orang berghibah, maka bacalah surat Al-Ikhlash, Al-Falaq dan An-Nas, lalu hadiahkanlah pahalanya kepada orang yang di ghibah atau dibicarakan keburukannya itu, kerana (mendengarkan) ghibah dan pahala dari bacaan tersebut berimbang.”
Beliau menyatakan bahawa suatu hari beliau terlibat perdebatan di Universitas Al Azhar dengan seseorang atas pernyataan Qasidah Al Burdah karya Imam Bushiri:
Famablaghul ilmi fihi annahu basyarun
Wa annahu khairu khalqillahi kullihimi
Puncak pengetahuan manusia tentangnya: ia adalah seorang manusia
Tetapi sesungguhnya ia adalah makhluk Allah yang terbaik.
Ia mengatakan kepadaku bahawa pernyataan ini tidak memiliki argumentasi. Aku sanggah pernyataannya dan aku katakan bahawa itu telah didasarkan pada ijma yang tak dapat dibantah. Tapi ia tetap tak mau menerimanya. Lalu setelah itu aku bermimpi melihat Rasulullah saw bersama Abu Bakar dan Umar sedang duduk di samping mimbar Universitas Al Azhar. Beliau bersabda menyambutku, “Selamat datang kekasih kami.” Kemudian beliau menoleh kepada para sahabatnya dan berkata, “Tahukah kalian apa yang telah terjadi hari ini?” “Kami tidak tahu, wahai Rasulullah,” jawab mereka.
“Sesungguhnya si fulan yang celaka meyakini bahawa para malaikat lebih utama dariku.” Mereka menyanggah dengan serentak, “Itu tidak benar, wahai Rasulullah!” Lalu Nabi saw berkata kepada mereka, “Kasihan keadaan si fulan yang celaka itu, ia sebenarnya tidak hidup. Sekalipun hidup, ia hidup dalam keadaan ternista dan terhina. Namanya yang terhina membuatnya sempit dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia meyakini bahawa ijma tidak terjadi pada pengutamaanku di atas semua makhluk. Tidakkah ia tahu, bahawa pengingkaran Mutazilah kepada Ahlussunah tidak dapat merusak kredibilitas ijma?”
Beliau juga pernah berkata, “Aku bermimpi melihat Rasulullah saw dan aku berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, Allah berselawat sepuluh kali kepada orang yang membaca selawat untukmu satu kali. Apakah itu bagi orang yang menghadirkan hati (khusyu) dan perasaannya (tazhim)? Beliau menjawab, “Tidak. Itu berlaku bagi orang yang membaca selawat untukku dalam keadaan lalai. Allah akan memberinya anugerah sebesar dan sebanyak gunung-gunung tinggi, yaitu para malaikat akan berdoa dan memohonkan ampun untuknya. Adapun kalau ia membacanya dengan menghadirkan hati (khusyu) dan penuh rasa hormat (tazhim), maka nilai pahala dari bacaan itu tidak boleh dijabarkan kecuali oleh Allah.”
Beliau berkata lagi, “Aku bermimpi melihat Rasulullah saw. Beliau bersabda kepadaku menjelaskan tentang diri beliau yang mulia, “Aku tidaklah mati. Kematian hanyalah sebuah hijab bagi ketersembunyianku dari orang yang tidak mendapatkan pemahaman dari Allah. Adapun bagi orang yang telah mendapatkan pemahaman dari Allah, maka inilah aku, aku boleh melihatnya dan ia boleh melihatku.”
Beliau menerangkan, “Siapa yang ingin bermimpi Rasulullah saw, hendaklah ia memperbanyak bersalawat kepadanya siang dan malam, bersama cintanya kepada para Imam yang saleh dan para wali. Jika tidak begitu, maka pintu untuk masuk ke dalam mimpi itu akan ditutup, kerana mereka adalah pemimpin manusia, sementara itu Tuhan kita akan murka kerana kemurkaan mereka, demikian pula Rasulullah saw” (Afdhalish Selawat Ala Sayyidis Saadat, Yusuf An-Nabhani).
11). Mimpi Ahmad Ibnul Jalla.
Abu Abdullah Ahmad bin Yahya Al Jalla, asli Baghdad dan pernah tinggal di Ramallah dan Damsyik. Ia termasuk tokoh besar dari kalangan syeikh sufi di Syam. Ia berguru pada Abu Turab, zunnun Al Mishri dan Abu Ubaid Al Bishri serta kepada ayahnya sendiri, Yahya Al Jalla.
Ia berkata, "Pada suatu ketika aku pergi mengembara melintasi gurun dengan bekal yang seadanya. Sampai di kota Madinah, aku telah tidak memiliki apa pun. Aku lalu mendekati makam Rasulullah saw, lalu berkata, “Aku adalah tamu anda, wahai Rasulullah!” Tiba-tiba aku dilanda kantuk sehingga aku tertidur. Saat tertidur itu aku bermimpi bertemu Nabi saw dan beliau memberiku roti. Roti itu kumakan separuhnya, selanjutnya aku bangun. Ternyata separuh roti yang belum kumakan masih ada di tanganku."
12). Mimpi Al Fasawi.
Ia adalah ulama hadits yang bernama Abu Yusuf Yakub bin Sufyan Al Fasawi. Beliau pengarang kitab At-Tarikh dan Al-Masyikhah yang wafat di tahun 277H.
Diriwayatkan dari Muhammad bin Yazid Atthar, aku mendengar Yakub Al Fasawi berkata, “Aku banyak menyalin hadits di malam hari. Kerana kebutuhan makin banyak, dengan terburu-buru aku menulisnya hingga larut malam sehingga mengakibatkan mataku berair dan tak dapat melihat. Hal itu membuatku bersedih, kerana hilangnya ilmu dariku dan aku menjadi terasing dari sekitarku. Aku menangis hingga tertidur. Lalu aku bertemu Rasulullah saw dimana beliau memanggilku, “Wahai Yakub, kenapa kamu menangis?” Akumenjawab, “Ya Rasulullah, penglihatanku hilang, sehingga aku sedih tak boleh menulis sunah-sunahmu lagi dan aku terasing dari sekitarku.”
Beliau bersabda, “Mendekatlah padaku.” Maka aku lalu mendekat kepadanya. Lalu beliau mengusapkan tangannya di atas mataku seakan-akan membacakan atas keduanya. Kemudian aku terbangun dan aku dapat melihat, lalu aku mengambil tulisanku dan duduk di depan lampu untuk meneruskannya.”
No comments:
Post a Comment