Bab Aqidah Jangan Buat Main, Jangan Pandang Ringan, Takda Istilah Berlapang Dada Atau Nak Permudahkan. Kebanyakan Orang Awam Sekarang Lebih Cenderung Memilih Pendakwah Yang Femes Di Kaca TV Sebagai Rujukan, Tak Ramai Yang Jadikan Tok Guru Pondok Sebagai Rujukan. Perkara Ni Sepatutnya Menjadi Kerisauan Pada Kita Ummat Islam, Apatah Lagi Kita Sekarang Berada Di Penghujung Zaman. Sedar Tak Sedar Dah Ramai Ulama Tua Dan Tok Guru Pondok Meninggalkan Kita Seorang Demi Seorang.
Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”. (HR Bukhari No: 98)
Jadi Ambillah Kesempatan Ini Untuk Mengaji Dengan Ulama Dan Tok Guru Pondok Yang Masih Ada Sehingga Hari Ini, Di Tanah Melayu Ini Begitu Ramai Ulama Yang Alim Dan Arif Duduk Di Kampung-Kampung, Sejarah Telah Membuktikan Mereka Ini Bukan Saja Menjadi Rujukan Di Tanah Air Sendiri Malah Menjadi Rujukan Di Mekah Dan Madinah Ketika Dahulu Sebelum Adanya Kerajaan Arab Saudi-Wahabi Yang Membunuh Dan Menghancurkan Makam-makam Para Keluarga Rasulullah S.A.W.
Cuba Check Semula Akidah Kita, Adakah Kita Berpegang Pada Aqidah Yang Benar, Cuba Check Tauhid Kita, Adakah Tauhid Kita Kukuh Ataupun Goyah, Dah-dahlah Berseronok Ini Bukan Masanya Untuk Kita Berseronok Dengan Hiburan Dan Kemewahan, Ajal Kita Pun Bila-bila Saja Sampai, Jadi Sebelum Tiba Ajal Tu Persiapkanlah Apa Yang Patut, Perkukuhkan Apa Yang Patut. Jangan Hanya Fokus Kepada ilmu Fekah Sahaja. Tapi Cuba Seiringkan Ilmu Tauhid Dan Tasawuf Juga. Tauhid Tu Yang Terutamanya, Tanpa Tauhid Amalan Kitapun Jadi Sia-sia.
Ilmu Tauhid Adalah Ilmu Yang Penting, Sangat Penting. Malah Yang Terpenting! Gagal ilmu Tauhid bererti Gagallah Yang Lain-lain. Tapi Dalam Dunia Hari ini, Pelajaran Ilmu Tauhid Semakin Terpinggir. Sebahagian Besar Para Pendakwah Sendiri Mengabaikan ilmu Tauhid. Dengan hanya Ilmu Fekah. Mereka Rasakan ‘Fekah’ itu Sudah Mencukupi.
Apabila Kita Mendengar Percakapan Mereka Ataupun Kita Membaca Tulisan-tulisan Mereka, Barulah Kita Sedar Yang Mereka Bermasalah Dalam Tauhid .Malangnya Mereka Sendiri Tidak Sedar Yang Tauhid Mereka bermasalah. Kalau Tauhid Para Pendakwah Sendiri Banyak Yang Bermasalah, Kita Yang Orang Awam Ini Bagaimana?
Tentulah Lebih Banyak Masalahnya! Sebab Kita Pun Jadikan Mereka Rujukan.
Sebab Itulah Dakwah Rasulullah S.A.W Mula-mula adalah mengajak Meng-Esa-Kan Allah. Rasulullah S.A.W Sangat Menekankan Bab Tauhid. Kalau Korang Belajar Sejarah Kebanyakan Ulama Nusantara Terdahulu Mementingkan Tauhid, Tapi Malangnya Ilmu itu Semakin Dipinggirkan, Mereka Juga Seorang Demi Seorang Meninggalkan Kita, Tapi Yang Lebih Malangnya Kita Sendiri Yang Memandang Ringan Bab Tauhid.
TAUHID
FEKAH
TASAWUF
Jaga Ketiga Ilmu ni, Ambil kesemuanya. Pelajarinya Semuanya. Ianya Adalah Ilmu Wajib Bagi Orang Yang Beragama Islam. Korang Rasa Sebab Apa Ada Para Pendakwah Saling Kutuk Mengutuk, Kecam Mengecam, Masing-masing Rasa Hebat Dan Glamour. Apa Guna Ilmu Segunung Kalau Hati Masih Kotor, Masih Dengki, Masih Ada Sifat Mazmumah. Sebab Itulah Ilmu Tasawuf Itu Penting, Ia Bertujuan Membantu Kita Untuk Membersihkan Hati Kita Yang Kotor.
Saya Juga Masih Mempunyai Hati Yang Penuh Noda Hitam, Saya Juga Masih Mengharap Bimbingan Mursyid Dan Murobbi. Perjuangan Saya Belum Selesai, Tugas Saya Juga Belum Sempurna, Matlamat Saya Untuk Menjadi Mukmin Juga Belum Selesai. Itu Sudah Menjadi Tugas Kita Masing-masing Sebagai Hamba Allah. Ini Perjuangan Kita Bersama Untuk Mengenal Diri Kita Dan Kembali Ke Rahmat Allah Dengan Jiwa Yang Puas, Yang Tenang Dan Diredhai Allah.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment