Friday, January 1, 2010

TANGISANKU BUAT USTAZ EBIT LIEW

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan ummat Islam. 

Aku bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Tapi dalam masa yang sama aku merasa sedih dan malu pada diri ini, sebab ada seorang insan cina muallaf yang buat begitu banyak pengorbanan untuk agama Allah berbanding aku, Lebih sedih lagi bila aku melihat sesetengah bangsaku sendiri beragama Islam yang bergelar ustaz atau pendakwah atau dan lain-lainnya mengata dan mengumpat insan cina muallaf yang tidak bersalah ini. 

Jika dibandingkan dengan aku yang hidup berpuluh-puluh tahun sebagai orang Islam, insan cina muallaf ini lebih banyak berdakwah, mengajar agama Allah, menyebarkan agama Allah, mengajak orang bersyahadah, membantu orang tak kira agama dan bangsa. Beliau bersedekah sana sini, turun di bawah jambatan, berjalan di lorong-lorong di tengah malam, masuk ke kawasan kotor, masuk ke tempat maknyah, masuk pondok usang dan meredah air lumpur semata-mata demi agama Allah. 

Nak tahu tak apa yang dia ucapkan setiap kali terjumpa orang yang hidupnya daif, "Maafkan saya pacik, Maafkan saya abang, Maafkan saya kak, Maafkan saya adik sebab baru jumpa pacik, macik, dan adik semua, Saya tak tahu nak jawab apa kat Allah nanti, Apa saya nak jawab kat Allah nanti." Setiap kali saya dengar insan cina muallaf ini berkata seperti ini, Saya rasa sebak, dan bertanya soalan yang sama pada diri saya, Apa aku nak jawab kat Allah nanti kalau Allah tanya aku apa yang aku fah buat untuk Islam selama aku hidup berpuluh-puluh tahun. 

Dakwah insan cina muallaf ini sangat halus, lembut dan penuh kasih sayang, Dia tak kira siapa dan tak kesah kotor macam manapun luaran seseorang, Busuk macam manapun dia mesti akan peluk. Dia pernah dihalau dari masjid ataukampung di sesetengah tempat oleh sesetengah ustaz sebab nak beri ceramah secara percuma. Dia pernah ditampar oleh beberapa orang sebab kejutkan bangun subuh, Dia pernah dicaci maki dengan teruk oleh kalangan Pendakwah yang lain. Tapi tahu tak apa dia balas semua perbuatan ni?

Dia menangis, Dia mengaku salah dia, dia mintak maaf kat semua orang, Maafkan saya, Saya tak pandai saya cuma seorang cina muallaf yang masih belajar tentang Islam. Saya baru lepas tengok video luahan dia kat youtube tadi, Jelas kelihatan sebak ! dia sedih dia tak tahu kenapa orang benci dia. Tapi dia tetap mintak maaf dan doakan semua yang kutuk dia. Saya tak pernah dengar dia mencarut dan maki balik orang yang kutuk dia. 

Cara pendekatan dia pada semua orang sangat lembut, Sebab itulah orang mudah menerima dia, Sebab itulah setiap kali kanak-kanak nampak dia, semua berlari nak peluk dan ikut dia. Korang boleh dengar sendiri apa yang selalu keluar dari mulut dia ketika berjumpa dengan orang , Masyallah, Allahuakbar, Allah sayang awak, Allah sayang kita semua, Jaga solat ye, Jaga hati ibu ayah ye, Cubalah untuk bersedekah ye. Belajar rajin-rajin ye. Nanti dah besar jadi pendakwah ye, jadi ustaz. 

Tapi hairan masih ramai ustaz-ustaz yang kutuk insan ini, Sedangkan di mata saya, Apa yang saya nampak pada beliau hanyalah kebaikan. Bila saya tengok wajah dia pun jadi tenang. Insan ini mempunyai hati yang begitu mulia dan bersih, Allah Maha Baik dia berikan Hidayah kepada insan, Allah bukakan pintu kebaikan buatnya, Allah permudahkan urusannnya, Sesekali Allah uji dia dengan kemalangan, Office dia kena rompak, Orang orang kutuk dia, Tapi Masyallah insan ini sentiasa bersabar dan bersangka baik pada Allah. Malah dia berniat jika ada pahala untuk kesabarannya dia niatkan semua pahala itu bagi kat mak dia. 

Saya rasa cukuplah setakat ni, Jika saya terus menulis kebaikan mengenai insan cina muallaf ini takkan cukup waktu sehari, Siapa agaknya insan cina muallaf yang begitu besar jiwanya ini? Siapa lagi kalau bukan, "Ustaz Ebit Liew”.

Saya doakan semoga ustaz terus berdakwah dan menyebarkan kebaikan, Jangan berkecil dan bersedih hati ustaz, Jika ada yang mencacimu, saya dan ummat Islam yang lain sentiasa menyokong dan mendoakan kebaikan dan kesihatan ustaz bersama keluarga. Saya dan semua orang bersyukur Allah kurniakan untuk kami ustaz yang begitu baik hati dan suka menolong orang lain. Hanya Allah lah yang dapat membalas segala jasa kebaikan untuk segalanya yang ustaz lakukan untuk agama Allah. 

"Keep strong ustaz kami sentiasa menyokong ustaz, Jalan terus usah endahkan langau yang datang menggangu. Doakan juga untuk kami ye ustaz.”

Kami semua sayangkan ustaz Ebit liew. Maafkan kami tidak dapat berjuang dan berdakwah bersama ustaz, Maafkan kami sebab tiada disisi ustaz ketika ustaz perlukan bantuan, Maafkan kami juga sebab ada dikalangan kami yang mencaci ustaz.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment