Friday, January 1, 2010

BILA PENUNGGANG AGAMA MENJADI ANGKUH

Hidup jangan angkuh sangat. Siapa kita untuk menentukan seseorang itu riak atau saja nak menunjuk. Bila terlalu banyak bicara maka terserlah akan kebodohan dirinya dan secara tak sedar kita akan buka aib sendiri dengan terlepas cakap dalam keadaan emosi yang angkuh dan tergopoh-gopoh. 

Lisan seseorang memiliki akal yang timbul dari hati nuraninya. Sehingga jika ingin berbicara tentu terlebih dahulu kembali kepada nuraninya. Sebab tu ada sesetengah percakapan atau penulisan akan menyentuh hati kita bila kita dengar atau baca. Sebab ianya ikhlas dari hati nurani seseorang. 

Tapi lisan seperti itu. Berbeza dengan orang yang bodoh. Yang berbicara apa saja yang ia mahu dengan angkuhnya , sebab akal yang timbul hanya dari mulutnya dan emosinya. Sebab tu Nabi S.A.W galakkan kita untuk banyakkan DIAM dan berkata hanya bila perlu atau penting. 

Sayyidina Umar Ibn Khattab pernah berkata bahwa seseorang yang banyak bicara itu akan berjuang dan menuju pada kematian hatinya. Sehinggalah ketika hati tidak lagi mengenal penyesalan saat kesalahan yang telah diperbuat. Malah dia akan terus perjuangkan dan nafikan kesalahannya itu. Sedangkan ianya telah nyata, "Sudah Terang Lagi Bersuluh"

Jika seseorang bersikap Berhati-hati dalam berkata, tentunya ia tidak akan terjerumus pada kesalahan-kesalahan terus menerus yang dapat memburukkan dirinya dan menconteng arang dimukanya sendiri. Apatah lagi orang yang banyak berbicara untuk menegakkan benang yang basah , pasti lebih akan menampakkan kebodohan sendiri. Namun jika ia buang egonya dan muhasabah diri.

Perkara yang paling tepat sekali untuk dibuat adalah bertaubat dan memohon kepada semua orang dan orang yang dicacinya. Tapi jika dia meneruskan dengan keegoan diri dan rasa malu nak mintak maaf maka dia akan terus menafikan dan perkara itu hanya akan membuat hatinya menjadi lebih keras. 

Ingatlah pada Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, Hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” (HR Bukhari dan Muslim).

*Semua penulisan ini bukan hanya untuk bagi kesedaran orang lain. Melainkan ianya lebih khusus untuk diri ini sebagai peringatan agar sentiasa tidak mengikut emosi dalam berkata sesuatu perkara dan tidak berbicara terlalu banyak perkara yang sia-sia.

TENGKU DAENG MAWELLE

No comments:

Post a Comment