Wednesday, March 12, 2014

MADAD YA RASULULLAH SAW, SYIRIK?

Hanya kerana ucapan “Madad Ya Rasulullah”. Puak yang mengaku sebagai “Pembela Sunnah” menghukum ajaran Para Ahli Sufi adalah sama dengan Syiah. Berhati-hati jangan terlalu tergesa-gesa menghukum hanya kerana kita tidak bersetuju dengan ajaran SUFI. Ruh Rasulullah SAW Sentiasa Hadir.

Ketahuilah, Bahawa ruh Baginda Rasulullah SAW akan selalu hadir dan berada di sisi para pecinta dan para perindunya. Bila-bila dan dimanapun mereka berada. Jika Allah SWT mengizinkan ruh Saiyidina Jaafar bin Abi Thalib terbang dari Syurga menuju Madinah untuk mengirim salam kepada Baginda Rasulullah SAW. Lalu bagaimana dengan Ruh suci Rasulullah SAW sendiri? 

Allah SWT membebaskan ruh-ruh para Nabi untuk bertemu Baginda Rasulullah SAW pada malam Isra' Miraj, maka ruh Sayyidil Wujud Muhammad SAW memiliki kebebasan dan kekuasaan yang lebih dari ruh-ruh lainnya. Hal ini adalah kerana ruh Nabi Muhammad SAW adalah ruh yang paling mulia di alam ini dan ruh paling agung di dunia ini. Bapa segala Ruh, Penghulu Segala Ruh. 

Rasulullah SAW akan selalu hadir di Majlis para pecintanya, Majlis para perindunya, Majlis Selawat, Kerana Baginda SAW sangat mencintai dan merindui umatnya jauh melebihi rasa cinta dan rindu mereka padanya. Allahu Akbar!!! Sebab itu kenalah difahami bahawa hubungan Rasulullah saw dengan umat yang mencintai Baginda akan terus berlaku sepanjang zaman. 

Pernah dalam satu masa ketika Sayyidi Syeikh Soleh El-Ja'afari Radhiallahu 'anhu sedang menyampaikan kuliahnya di Masjid Al-Azhar, tiba-tiba bersuara seorang lelaki bertanyakan tentang istilah 'madad' yang biasa diungkapkan oleh ahli Tarikat Ahmadiah, katanya, “Ya syeikh! telah menegah oleh guruku tentang berkata "Madad ya Rasulullah!!". 

Lalu jawab Syeikh Solleh El-Ja’afari, “Apa makna madad yang engkau faham? Ketika engkau pergi kepada seorang yang 'alim dan berkata engkau di hadapannya “madad" maksudnya "ajarkan aku". 

Ketika engkau berkata kepada seorang wali, “madad!!" maksudnya engkau meminta kepada wali itu doakan kebaikan. Ketika engkau berkata juga, "Madad Ya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam"; maksudnya engkau meminta ampun "wahai pesuruh Allah". 

Kesimpulannya kalimah madad sepatutnya mesti mengetahui kepada mereka yang kita tujukan, samada wali atau orang 'alim atau Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam dan kepada siapa yang kita tujukan.  Maka hendaklah kita faham wahai saudaraku tentang makna madad yang sebenarnya. Ia bukan satu kalimah yang syirik, padahal madad adalah harus dengan bahawasanya kita faham maksud asalnya.

Kita berkata Madad Ya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam, maksudnya kita pohonkan dan panjatkan dengan shafa'at dan memohon ampun daripada Rasulullah Sollahu 'alaihi wasllam. Dan perkara ini adalah harus. Jangan terlalu cepat menghukum.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment