Wednesday, March 12, 2014

POKOK TITIAN SIRATUL MUSTAQIM

Kalau kalian ingin tahu pokok apakah ini, Inilah dia pokok Sa’adan. Mengapa saya post mengenai pokok ini? Kerana saya cuma ingin berkongsi, Inilah pokok yang pernah disebutkan oleh Rasullullah Sallahu Alayhi Wa'sallam yang diumpama-kan seperti Titian Sirat.

Pokok ini hanya gambaran permukaan titian sirat yang mempunyai duri duri tajam dan Sesungguhnya Hanya Allah lah yang Maha Mengetahui. Di titian sirat kelak, Kita berkaki ayam bukan pakai safety boot, Jadi cuba bayangkan bagaimana diri kita melalui titian ini. 

Titian sirat yang gelap gelita dipenuhi besi-besi kawat tajam yang berduri. Titian yang teramat licin lagi menggelincirkan. Titian yang lebih halus daripada rambut. Titian yang dibawahnya terdapat api neraka jahanam yang sedang menyambar. 

Jika difikir secara logik akal, secara zahirnya tiada siapapun yang akan dapat melintasinya.  Hanyalah yang memiliki Cahaya Keimanan yang dapat melihat dan membantu melintasi Titian ini. Ada yang melintasi sepantas kilat, ada yang sepantas kuda, ada yang melintas dengan kelajuan berjalan dan ada juga yang merangkak. 

Pernah suatu ketika para sahabat bertanya kepada Rasullullah SAW mengenai titian sirat, “Kemudian didatangkan jambatan lalu dibentangkan di atas permukaan neraka Jahannam. Kami (para Sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana (bentuk) jambatan itu?”. Jawab baginda, “Licin (lagi) mengelincirkan. Di atasnya terdapat besi-besi pengait dan kawat berduri yang hujungnya bengkok, ia bagaikan pohon berduri di Nejd, dikenal dengan pohon Sa’dan”. (Muttafaqun ‘alaih).

"Dan dibentangkanlah jambatan Jahanam. Akulah orang pertama yang melintasinya. Doa para rasul pada saat itu, “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah”. Pada Sirat itu, terdapat pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan. Pernahkah kalian melihatnya?” Para Sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah. Maka ia seperti duri pohon Sa’dan. Tiada yang mengetahui ukuran besarnya kecuali Allah.  Maka ia mencangkuk manusia sesuai dengan amalan mereka”. (HR. Bukhari)

Ya Allah permudahkanlah kami untuk melintasi titian sirat yang di bawahnya terdapat neraka jahanam. Selamatkanlah para ibu bapa kami, para keluarga kami dan para saudara seagama kami.  Allahumma Aamiin

Tengku Daeng mawelle

No comments:

Post a Comment