Selain Masjid Biru, Aya Sofya adalah "Land Mark” bagi negara turki, Bangunan ini dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia.
"Aya Sofya” asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan "Maharaja Byzantine Justinian". Ia direka oleh dua orang arkitek, "Isidore"dari Miletus dan "Anthemius" dari Tralles. Aya Sofya menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun.
Pada tahun 1453, selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan.
Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh Mustafa Kemal Ataturk, Presiden Turki.
Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model pada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.
Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.
Dinding dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama Sultan Muhammad Al-fatih.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment