Wednesday, January 4, 2012

AMALAN AGAR MENJADI RAJIN TAK MASUK AKAL


Bacaan amalan ini berbunyi begini 

“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, ALLAHU LATHIFUM BI’IBADIH, YARZUQU WAI YASYAA’ WAHUWAL QAWIYUL ‘AZIZ” (Allah Yang Maha Lembut kpd hambaNya, Dia memberi rezeki kpd sesiapa yg Dia kehendakki dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Berkuasa (QS As-Syura:19). 

Cara mengamalkannya 

(1). Bacakan sebanyak 11x bada solat fardu.

(2). Bacakan 33x bada solat tahajjud setiap malam. 

(3). Amalan ini harus dilakukan bersama dgn adab tidur meliputi ketetapan dan pantang larang tentangnya. 

Adab tidur yg harus diikuti utk menjayakan amalan ini adalah spt berikut 

(a). Tetapkan masa tidur sebaiknya jam 10 mlm hingga 4 pagi, ini adalah tempoh tidur terbaik setiap malam memandangkan proses menyembuhkan diri berlaku paling baik dan berkesan. Kita akan bangun dgn penuh ceria dgn tubuh badan yg sihat. 

(b). Pantang larang: Terdapat 5 larangan ttg tidur yg harus diikuti. 

(i). Dilarang tidur selepas solat subuh hingga matahari terbit. 

(ii). Dilarang tidur selepas solat asar hingga terbenam matahari. 

(iii). Dilarang tidur antara solat maghrib dan isyak. 

(iv). Dilarang tidur sepanjang hari. 

(v). DIlarang tidur sejurus selepas makan. 

Kesan2 amalam ini diantaranya spt berikut. 

(1). Pengamalnya menjadi rajin yg luarbiasa. 

(2). Rezeki menjadi mudah bagi pengamalnya dan ia boleh dtg dlm pelbagai rupa, nyata mahupun ghaib. 

(3). Disenangi dan disayangi banyak org.

No comments:

Post a Comment