Wednesday, January 4, 2012

JAMPI PENUTUP MULUT ANJING (DOA KHITMIR)


Doanya berbunyi begini. 

“BISMILLAH HIRRAHMANNIRRAHIM, ASSALAMUALIKUM HAI YAA KHITMIR! AKU TAHU ASAL MULAMU MENJADI ANJING, ANJING DUDUK DI PINTU GUA, KHITMIR NAMAMU ANJING, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”. 

Didalam doa ini terdapat perkataan khitmir. Siapakah khitmir? Ia adalah seekor anjing yg diceritakan dlm Al-Quran bersama2 dgn Ashabul Kahfi. Seekor anjing bernama Qitmir (atau Khitmir) dikisahkan menemani Ashabul Kahfi bersembunyi di dlm gua. Dikisahkan suatu ketika datang sejumlah pendeta Yahudi menemui khalifah Umar Al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib. Para pendeta itu meminta Umar dan Ali menjelaskan tentang sejumlah org yg pada zaman dahulu telah ditidurkan selama 309 tahun kemudian dijagakan kembali oleh Allah. “Bagaimana hikayat tentang mereka itu?” ucap seorang pendeta. 

Ali bin Abi Thalib pun mula bercerita. Nabi saw mengisahkan kejadian itu berlaku di negeri Romawi di sebuah kota bernama Tharsus (ketika ini disebut Tarse), wilayah yg terletak di Turki ketika ini. Negeri ini dipimpin oleh seorang raja zalim yg mengaku dirinya adalah Tuhan. Ada 6 org pemuda menjadi para menterinya namun ketika raja tersebut meminta semua rakyat utk tunduk menyembahnya, keenam2 pemuda itu memilih utk pergi melarikan diri. Dlm perjalanan melarikan diri, mereka bertemu dgn seorang pengembala kambing. Mendengar cerita mereka berenam, si penggembala merasa tersentuh sehingga memutuskan utk ikut serta. Jadilah mereka bertujuh. Sebelum berangkat si penggembala telah diikuti oelh seekor anjing. Melihat sianjing sedang mengikuti, keenam2 pemuda tadi menjadi terkeejut dan meminta penggembala utk menghalaunya. 

Mereka khuatir rahsia akan terbongkar nantinya kerana itu, si anjing memerhati mereka berenam lalu duduk di atas 2 kaki belakang, mengeliat dan dgn izin Allah pandai mengucapkan kata-kata dgn lancar dan jelas sekali “Hai org2, mengapakah kalian hendak mengusirku padahal aku ini bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan tiada sekutu apa pun selain Dia. Biarlah aku menjaga kalian dari musuh dan dgn berbuat demikian aku telah mendekatkan diriku kpd Allah swt”. Anjing bernama Kithmir itu pun dibenarkan mengikut serta. Kesemua mereka pun menyusuri naik ke sebuah bukit dan memasukki gua yg ada di situ. 

Kemudian dgn kuasa Allah, mereka bertujuh tersebut telah tertidur selama bertahun2 di dlm gua itu. Anjing yg bernama Qitmir itu telah menjaga mereka dgn setia tanpa berganjak sehinggalah ke akhir hayatnya. Berbagai riwayat tentangnya dan sebahagian ulama berpendapat, Qitmir akan dijadikan pemuda dan akan dimasukkan ke dlm syurga oleh Allah swt. 

Cara melakukan amalan ini adalah spt ini. 

(1). Sekiranya di kawasan kediaman atau perumahan terdapat banyak anjing yg garang, bacakan jampi sebanyak 3x sebelum keluar rumah, insyaAllah akan terhindar dpd gangguan serangan anjing2 yg garang itu. 

(2). Jika sedang beraktiviti di luar tiba2 didatangi oleh anjing2 yg garang mengganggu, bacalah 3x jampi tersebut dan tiupkan ke arah anjing tersebut dari jauh, insyaAllah akan diam anjing2 tersebut menjadi tunduk menjauhkan diri. Tidak lagi menganggu. 

(3). Jika di sekitar rumah kita sering didatangi anjing2 liar, bacakan jampi tadi sebanyak 3x dan bayangkan terbina sebuah pagar ghaib di sekitarnya (halaman rumah kita) isnyaAllah anjing2 itu tidak akan merapat. 

(4). Jika ada anjing2 yg selalu melolong2 di halaman di tengah2 malam, mengganggu ketenangan, bacakan 3x jampi tadi dan niatkan ditutup Allah mulut mereka itu, insyaAllah mudah2an lolongan mereka akan berhenti.

No comments:

Post a Comment