Ia adalah sejenis amalan pengasihan berdasarkan gabungan 3 cara berbeza. Mencari jejak, memanggil roh (melalui doa khusus) dan mendatangi mimpi (melalui kemahiran roh iaitu tenaga ketiga dari dalaman diri pengamail itu sendiri). Tidak menggunakan tenaga2 luar spt jin, khadam, saka dsb.
LANGKAH PERTAMA: MENCARI JEJAK. Amalan ini khusus utk pasangan2 yg pernah bercinta (telah berpisah). Juga utk pasangan suami isteri yg mana salah seorangnya hilang tanpa jejak. Juga utk seseorang yg pergi tak mahu kembali. Ia khusus utk mengembalikan seseorang. Mencari jejak yg dimaksudkan adalah mencari sesuatu tinggalan dari org2 yg telah hilang tadi spt pakaian, barangan, surat dsb. Kita harapkan masih tersimpan semangat di dlm nya walau beransur2 memudar hari demi hari. Utk amalan ini pakaianlah yg paling sering dipilih, sebaiknya belum dicuci dan bau badannya masih ada.
LANGKAH KEDUA: MEMANGGIL ROH. Pada langkah pertama tadi, pakaian pasangan yg hilang kita gunakan. Pada langkah kedua ini kita mengasapkan pakaian tersebut dgn menggunakna bahan haruman (kemenyan, gaharu, setanggi, cendana, kafur, salwa, zafron dll atau campuran mana2nya) melalui pembakaran kecil di dlm bekas (dupa). Cara melakukannya spt ini.
(1). Pilihlah malam jumaat utk melakukannya sebaiknya di tengah malam yg tenang atau selepas maghrib.
(2). Siapkan perasapan.
(3). Asapkan pakaian tadi di atasnya sambil membaca doa berikut sebanyak 33x.
Begini bacaannya, “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, HAI ROH… (nama target bin/binti), ENGKAU TERBANG MELAYANG DAPATKAN AKU, PULANGLAH! HAI ROH… (nama target bin/binti), KEMBALILAH KE TEMPATMU YG ASAL, KAU TIDAK KEMBALI ANIAYA LAH DIRIMU, HAI ROH… (nama target bin/binti) PULANGLAH ENGKAU DGN KUDRAT KUASA TUHAN YANG MAHA KUASA, DGN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD DAN SAHABAT2NYA, ABU BAKAR, OMAR, UTHMAN, ALI, DGN KEBENARAN KALIMAH LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”. Ini adalah jampi dan tidak menggunakan sebarang pendamping.
LANGKAH KETIGA: MENDATANGI MIMPI. Ketika kita akan tidur maka akan terbuka 2 jalan.
(1) Kita bermimpi dgn tidur lena atau
(2) Kita menggerakkan roh (1 dpd jenis2 kemahiran roh), sejenis dgn ilmu meraga sukma. Jika kita terus terlena dan bermimpi, kita tiada kawalan terhadap mimpi itu. Kita terbuai buai olehnya. Kemungkinan mendatangi melalui jalan pertama ini tetap juga ada walaupun tipis kerana tidak dapat mengawalnya tadi. Ini bukanlah cara yg dimaksudkan. Cara yg dimaksudkan ialah “menggerakkan roh” (skill atau kemahiran roh kit). Ia boleh dicapai melalui cara ini.
Semasa kita merasa ngantuk, mata menjadi berat, rasa ingin tidur, tetapkan semangat dan fikiran kita bahawa kita dpt mengawalnya. Penentu adalah diri kita sendiri bukan dibuai2 mimpi. Kita berasa separuh sedar di antara tindur dan jaga. Zahir jasad kita telah pun tidur namun nafas spt biasa, tenang sekali. Sedang fikiran kita dapat mengawal pergerakan roh kita nantinya. Kitalah penantu perjalanan kita, itu yg kita mahukan. Tetapkan semangat (keinginan kita), tenang hati dan emosi kita, kita berhajat menemui org tersebut melalui mimpi kita nanti. Semasa awal melatih cara ini biasanya kita tidak dapat mengawal sepenuhnya apa yg bakal kita temui. Hajat kita tetap juga satu iaitu ingin melihatnya dan menemuinya, berbicara, mengetahui isi hatinya dan memujuk agar kembali.
Berlatihlah berulang kali, insyaAllah kita akan menjadi lebih mahir lagi. Malah boleh menjadi semakin maju sehingga terbuka ilmu pengetahuan dan jalan lain pula khusus utk tujuan pengasihan ini. Mulanya kita mencuba kawalan diri tidaklah sempurna. Contohnya tiba2 kita di suatu tempat yg asing. Kita tidak dapat mengawal pada mulanya. Namun hajat kita tetap ingin mencarinya. Ramai org yg kita lihat, tiada nampak wajah org yg kita cari itu. Mungkin kita gagal pada percubaan pertama, teruskan berlatih, akhirnya di di sebuah tempat (kampung atau bandar) yg asing atau yg biasa, akhirnya kita menemuinya juga.
Disitulah bermulanya kejayaan pada langkah ketiga ini (mendatangi mimpi). Ia akan semakin maju selepas itu. Kita telah melihatnya, menghampirinya, bertanya, reaksinya dsb. Terpulang pada keyakinan dan mendalamnya kita memahami kemahiran roh tadi. Jika pertemuan telah terjadi, tetaplah tenang, dibimbangi jika terbawa emosi, kita akan tersentak dan tersedar. Akan terputuslah pertemuan yg singkat itu sedangakn jalan penyelesaian dna pencerahan belum ditemui. Itu yg berlaku kepada kita. Apa pula yg berlaku pada pasangan kita? Jika betul maka perkara yg sama akan berlaku kepada dia iaitu seakan mimpi tadi.
No comments:
Post a Comment