Saiyidatina Fatimah rha dilahirkan pada malam Jumaat pada 20 Jamidilakhir 605 Masehi. Kira2 5 tahun sebelum kerasulan Rasulullah saw. Fatimah merupakan puteri bongsu Rasulullah saw hasil perkahwinan dgn Khadijah binti Khuwalid (isteri pertama Baginda).
Banyak sekali gelaran yg diberikan kpd Fatimah di sepanjang hidupnya kerana kemuliaannya. Diantaranya Siddiqah (yg paling jujur), Al-Mubarakah (yg membawa berkat), Zakiyyah (bersih, indah, harum), Mansurah (yg suka menolong), Ummu Abiha (ibu kpd ayahnya), Al-Haniah (yg sgt lemah lembut), Haura’ (bidadari), Badha’atun Nabi (sebahagian dpd Rasulullah saw), Sayyidatun Nisa’ (penghulu seluruh wanita) dll. Namun gelaran yg paling disebut adalah Az-Zahra, Az-Zahrah atau Zaharah yg bermaksud bunga mekar harum, cahaya gemilang, bintang bersinar atau seumpamanya.
Doa (jampi) berbunyi begini. “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, ZAT MANDI FATIMAH MANDI, MANDI DI PANCUR RASULULLAH, ALLAH MENCUCI MUHAMMAD MENCUCI, BADAN DAN NYAWAKU, SERI NAIK KE DAHIKU, CAHAYA TUMPAH KE MUKAKU, BERKAT AKU MEMAKAI DOA SITI FATIMAH, LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH, ANTI ZAHARAH IBNI ANTAL FATIMAH”.
Diamalkan utk wanita, tidak sesuai utk lelaki. Jika lelaki mengamalkannya akan kelihatan lebih keperempuanan berbanding maskulin.
Cara amalannya.
(1). Bacakan sekali setiap kali sebelum mandi.
(2). Bacakan satu kali setiap kali sebelum mandi haid (hadas).
(3). Bacakan satukali setiap kali sebelum mandi bunga di rumah atau di spa.
No comments:
Post a Comment