Friday, July 15, 2016

APABILA KAMU HILANG MINAT

Apb kamu berasa hilang minat kamu kpd makhluk, maka ketahuilah bahawa akan dibukakan kpd kamu pintu pintu utk berjinak2 dgn Allah s.w.t.  Kehidupan ini pada zahirnya dikawal oleh hukum sbb musabab. Hukum sbb musabab berjalan melalui makhluk, maka kelihatanlah tindakan makhluk mencorakkan berbagai2 keadaan dan peristiwa. Kehidupan ini adalah umpama sebuah keretapi. 

Pengalaman yg diharungi oleh seseorg menjadi batang2 besi sambung menyambung membentuk landasan dan memaksa keretapi bergerak mengikut arah yg terbentuk. Keretapi tersebut bergerak mengheret gerabak2 yang muatannya adalah berbagai2 anasir yang berkumpul dalam sistem sebab musabab, terdiri dpd berbagai2 jenis makhluk, memakai berbagai2i rupa dan nama. Semakin banyak sistem sbb musabab yg dikumpul kan semakin banyak juga makhluk yg mengenderai keretapi. 

Jika bahan yg dibawa terlalu banyak enjin keretapi tidak terdaya menarik gerabak2 yg penuh dgn muatan itu. Keadaan ini memaksa keretapi berhenti krn kehabisan tenaga. Tatkala itu semua bahan2 yg dimuatkan ke dlm gerabak keretapi perlu dinilai semula. Hasil dpd penilaian semula akan didapati banyak dpd muatannya adalah bahan yg tidak berguna. Sebahagiannya adalah sampah sarap dan sebahagian lagi benda2 sisa buangan yg kotor dan menjijikkan. Banyak juga sisa toksid yg memudaratkan. 

Sesiapa yg membuat penilaian semula terhadap bhn2 yg dimuatkan ke dlm gerabak keretapinya pasti akan menggelengkan kepalanya, melihat kebodohan dirinya sendiri mengangkut, mengheret dan menjaga benda2 yg tidak berguna, kotor, menjijik kan dan memudaratkan. Lalu dia membuat keputusan utk melepaskan gerabak2 yg diisi dgn bahan2 yg demikian. Gerabak2 tersebut dicantumkan oleh penyambung2. Penyambung perlu dibuang utk melepaskan gerabak berkenaan. Penyambung yg perlu dibuang adalah yg dipanggil kasihkan dunia, panjang angan2, menurut kan syahwat, gemar kpd kemasyhuran, hasad dengki, dendam dan lain-lain yg seumpamanya. 

Dia sudah sedar bahawa penyambung2 tersebutlah yang memaksanya membawa beban yang berat menyebabkan kuasa enjinnya digunakan dengan sia-sia. Bila semua penyambung berkenaan sudah dilepaskan maka terpisahlah semua gerabak yang diisi dgn bahan2 yg tidak berguna tadi. Keretapinya pun dapat meneruskan perjalanan dengan selesa. Ketika di dalam suasana asbab, ahli asbab yang menghadapi makhluk yang bertindak dalam sistem sebab musabab akan mengadakan sebab musabab juga untuk melepaskan dirinya dari sebab musabab yang menguasainya. 

Kadang2 sebab musabab yang mendatang mengatasi kekuatan sebab musabab yang diciptanya. Dalam perkara ini, yang mendatang dapat mengalahkannya. Ini menyebabkan jiwanya berasa tertekan. Bila tekanan itu menjadi sangat kuat dan dia tidak berdaya menahannya, dia akan memberontak dengan melawan sistem sebab musabab itu sendiri, termasuklah makhluk yang terlibat dalam arus sebab musabab.

Perlawanan yg dilakukannya bukanlah mengadakan sbb musabab yg lebih kuat, tetapi dia menentang dgn cara membebaskan dirinya dari sebab musabab, iaitu dia melepaskan rantai kekuasan makhluk terhadap dirinya. Dia menanggalkan asbab dan digantikannya dgn tajrid. Dlm suasana asbab hati menghadap kpd makhluk dan sibuk melayani kerenah makhluk yg mendatanginya. Bila hati melangkah kepada suasana tajrid ia akan menghadap kepada Tuhan dan tidak mengambil berat tentang kerenah makhluk. 

Hati hanya mempunyai satu muka. Jika ia menghadap kpd makhluk ia membelakangi Tuhan dan jika ia menghadap kepada Tuhan ia membelakangi makhluk.  Apabila Allah s.w.t berkehendak memberi taufik dan hidayat kepada hambaNya, hati hamba itu dipalingkan kepadaNya. Hati yg menghadap kepada Allah s.w.t akan merasakan jalinan kemesraan dgnNya. Hati menyukai apa yg Allah s.w.t sukai. Ia gemar melakukan amal ibadat kerana Allah s.w.t sukakannya. Ia sanggup melakukan amal ibadat dgn banyak semata-mata krn mahu menggembirakan Allah s.w.t. Tidak ada niat utk dunia atau akhirat. Segala2nya kerana Allah s.w.t. 

Suasana hati yang begini dinamakan 'uns', iaitu hati berasa jinak dengan Allah s.w.t. 'Uns' adalah sebahagian daripada pengalaman hakikat. Ia memberi tenaga kepada rohani agar kuat menempuh dugaan yang hebat dan gemar melakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh. 'Uns' menjadi tenaga yang membawa cinta-kasih yang mendalam terhadap Allah s.w.t. Cinta-kasih menjadi tangga untuk mencapai muraqabah. 

Muraqabah (bebas hati dari pengaruh makhluk) menjadi tangga untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi, di mana hati nurani disinari oleh Nur Ilahi Yang Maha Suci membuka Cinta Hakiki yang tidak terbatas kepada zat Yang Maha Esa. Tanda seseorang itu dibukakan kepadanya pintu 'uns' yang boleh membawa kepada pintu-pintu lain adalah orang yang berkenaan tidak berminat untuk melayani kerenah makhluk. Dia lebih suka bersendirian dgn khalwatnya. Kegiatannya adalah mengingati Allah s.w.t sepanjang masa, ketika duduk, berdiri dan berbaring. Dalam suasana yg demikian terbukalah kepadanya pintu hikmah untuk menyaksikan kebesaran Allah s.w.t pada sekalian kejadian-Nya.

Al-Quran menceritakan hubungan hati yg menghadap kpd Allah s.w.t dan banyak mengingatiNya sehingga terbuka pintu tafakur utk mengenali Allah s.w.t: “(Iaitu) org2 yg menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda2 ini dgn sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari azab neraka”. (Ayat 191:Surah Ali ‘Imran). 

Hati yg sudah berpaling kpd Allah s.w.t dipalingkan dpd tipu daya syaitan. “Sesungguhnya org2 yg bertakwa, apb mrk disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mrk ingat (kpd ajaran Allah), maka dgn itu mereka nampak (jln yg benar). (QS al-A’raaf:201). Begitulah, apb Allah s.w.t mahu menolong hambaNya, dijinakkan hati hamba itu agar menghadap kpdNya dan dipeliharaNya hati itu dpd musuh2nya.

No comments:

Post a Comment