Friday, July 15, 2016

MEMAHAMI KONSEP REZEKI YANG BERKAT

Pada satu masa dulu ada seorang lelaki tua, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi agak terganggu sedikit kerana setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Setiap hari rezeki yang dia perolehi adalah sebuku roti je.  Pada suatu hari, Nabi Musa lalu tempat orang tua tersebut. Org tua itu pun terfikir peluang yang terbaik untuk minta Nabi Musa tanyakan kepada Allah swt tentang rezekinya. Dia pun beri salam Nabi Musa A.S, dan dengan teragak-agak dia bertanya. Nanti Tuan tolong tanyakan Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya. Dari dulu sampai skrg, saya dapat sebuku roti setiap hari. 

Saya berhajat utk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih dpd tu? Jika tuan bertanya kpdNya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih” Nabi Musa pun setuju, kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kpd org tua ini memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayatnya. Nabi Musa pun sampaikan kpd org tua itu apa yg dia diberitahu. Org tua itu berasa sungguh gembira, terpancar kegembiraan. Nabi Musa terkejut dgn tindak balas org tua itu lalu Nabi Musa a.s bertanya ttg kegemaran lantas lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yg perlu dibimbang kan. Sekurang2nya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dia kembali utk solat dan ibadahnya. 

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadah dia kepada Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan. Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula menimbun sehingga ia menjadi satu timbunan besar. 

Pada satu pagi, ada penggembala lalu di kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan. Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua itu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Sebagai tanda berterima kasih kpd org tua itu, pengembala itu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan. Masa berlalu bertahun2 dan apb Nabi Musa A.S. lalu lagi kawasan ong tua tu. Dgn kagum beliau mendapati tempat org tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman. Ada pokok2 buah2an tumbuh berhampiran dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ. Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa a.s mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik org tua yang sama. 

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yg ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa a.s pergi untuk mengetahui apa yg terjadi. "Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis namun dia memiliki begitu banyak lagi ..” Rupanya satu buku roti adalah rezeki yg telah ditulis utk org tua tu. Pokok2 buah2an, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH sebab penerimaan terhadap apa yg telah tertulis utk kehidupan dia dgn penuh redha dan syukur serta keberkatan sedekah yg dilakukannya. Semua itu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah swt. Dan juga hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kpd mensyukuri dan menikmati apa yg dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yg dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sgt kecil.

Melimpah nya barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan sifat pemurah nya dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada. Jadi Rezeki memang ditakdirkan tetapi keberkatan datang apabila kita bertaqwa kepada Allah swt, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah swt di atas segala-galanya.

No comments:

Post a Comment