Friday, July 15, 2016

NAFSU AMARAH

Sesungguhnya penyakit kekotoran hati inilah sebenarnya yg membuahkan sifat perlakuan Mazmumah yg bersultan di mata dan beraja di hati. Adapun sifat Mazmumah yg dimaksudkan ialah sifat2 perlakuan yang benar2 dikeji oleh Allah dan RasulNya, seperti perbuatan dengki, khianat, takabur, angkuh, irihati, riak, ujub dan sebagainya. Pendek kata seluruh perlakuan nafsu amarah adalah mengarahkan manusia kpd suatu yang dimurkai oleh Allah dan RasulNya. Sebab itulah Allah swt telah menegaskan dgn firmanNya: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali org2 yg telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Yusuf:53).

Dan firmanNya lagi: “(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)” (Al-Qiyaamah:5). Didlm perlakuan harian, manusia yg dikuasai oleh amarah akan bertindak mengikut suka mrk tanpa mengambilkira persoalan hubungkait diri mrk dgn Allah swt, tanpa berpandukan garis2 norma yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Mereka sebenarnya bertuhankan nafsu jahat, merajakan amarah dlm diri mereka. 

Hakikat inilah yg difirmankan oleh Allah swt dlm Al-Quran: “Dgn yg demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap org yg menjadikan hawa nafsunya: tuhan yg dipatuhinya dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatan nya? Maka siapakah lagi yg dapat memberi hidayah petunjuk kpdnya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai org2 yg ingkar) tidak ingat dan insaf?” (Al-Jaatsiyah:23).

Dalam meneruskan hidup seharian orang yang dikuasai oleh amarah mereka merasai segala perbuatan mereka adalah baik-baik belaka, tidak ada yang jahat meskipun mereka telah melakukan perbuatan yang keji dan maksiat. Mereka sebenarnya tidak sedar yang mereka telah melakukan jenayah kepada Allah swt dan RasulNya. 

Sesungguhnya pada peringkat amarah ini, seseorang manusia tanpa sedar dirinya itu telah dikuasai oleh iblis dan syaitan. Seluruh dirinya telah ditakluk oleh musuh Allah itu, matanya telah dikuasai oleh syaitan, telinganya telah dikuasi oleh syaitan, otaknya telah dikuasai oleh syaitan, fikirannya telah dikuasai oleh syaitan, hatinya telah dikuasai oleh syaitan. Pendek kata seluruh perlakuan yang terhasil dari dirinya adalh didorong oleh syaitan. Di peringkat ini fikiran mereka kusut, pegangan hidupnya hanyut dan hatinya jarang sekali mengingati Allah. Perlakuan mereka lupa pada hukum Allah dan RasulNya.

“Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah dengan kejahatan yang dilakukan, maka itulah orang mukmin” (HR: Ibnu Majah). Sesungguhnya bagi jiwa2 amarah ini, tidak pernah pun timbul di hati mereka rasa bersalah apb mrk melakukan sesuatu maksiat, malahan mereka sering berpuas hati dan berbangga pula dgn perangai perlakuan mereka. Adalah menjadi tabii mereka, apb mereka menerima nikmat kesenangan, mrk tidak pernah bersyukur, mrk tidak pernah puas dgn nikmat yg ada padanya, mereka tidak pernah merasa cukup dgn sesuatu yg diterimanya. Sikap tamak dan haloba utk mengusai sesuatu tidak habis2 melanda diri mrk malahan sikap ini dihiasi pula dgn perasaan angkuh, sombong serta merasai dirinya serba cukup. “Ketahuilah bahawa manusia itu melampau batas kerana dia melihat dirinya serba cukup” (Al-‘Alaq: 6-7)

Dlm konteks penerimaan ilmu, org2 bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu kalam. Akan ttpi pelajaran yg paling disukai oleh mereka adalah ilmu yg lebih mementingkan persoalan lahiriah utk kehidupan duniawi. Mereka tidak begitu berminat utk menuntut ilmu yg berkaitan persoalan dgn kerohanian, yg berhubung rapat dgn kehidupan akhirat. Sesungguhnya pada peringkat amarah ini, seseorang itu sama sekali tidak akan berpeluang menerima ilmu ghaib dan juga ilmu syahadah, selagi hatinya kotor dan tidak disabunkan dgn pembersihan zikirullah yg mempunyai wasilah bai’ah dgn Rasulullah saw.

Lantaran itu dlm usaha membebaskan diri dari kegelapan dan tersisih dari Allah swt maka seseorang itu hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah saw (jalan tasauf) dgn menerima tunjuk ajar dari ahli zikir iaitu seorg guru yg mursyid yg dapat memberikan petua2 yg menyucikan diri dan penyucian jiwa yg mempunyai perhubungan mata rantai dgn Baginda saw. Perlu ditegaskan bahawasanya dgn cara berzikir sahajalah hati seseorg manusia itu akan suci dan jiwa manusia itu akan menjadi bersih. 

Hakikat inilah yg ditegaskan oleh Allah dlm firmanNya: “Org yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn berzikir kpd Allah swt. Ingatlah hanya dgn berzikir kpd Allah shjlah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28). Seperkara lagi yang perlu diterangkan, bagi seseorang yang masih dikuasi amarah, amalan zikir yang mereka buat, biasanya hanya akan melewa-lewa di bibir mulut semata-mata, ianya tidak sekali-kali sampai kelubuk hati orang yang berkenaan. Justeru itu, zikir yang dilakukan oleh golongan amarah tidak akan berupaya untuk menghancurkan lapisan ketulan darah ghaib yang menjadi hijab menutupi pancaran nur qalbun dari bahagaian lampu makrifat di hati sanubari seseorang itu. Firman Allah swt: “...........Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak akan terkandung di dalam hatinya..............” (Ali’Imran: 167)

Didalam membincangkan gejala2 amarah ini juga, harus kita semua sedar bahawa dewasa ini amarah sedang menguasai di mana2 sahaja kumpulan manusia. Amarah yg dirajakan juga menjadi punca kepada kegelapan hati setiap umat. Malahan kuman2 amarah boleh menghinggapi tubuh sesiapa sahaja. Amarah tidak mengenal sesiapa sama ada ia jahat atau baik atau ia jahil atau alim. Sesungguhnya kelemahan amarah hanya satu iaitu apabila berhadapan dgn golongan ahli zikri yg tidak berpisah dgn Allah swt. 

Sesungguhnya syaitan yang menjadi dalang amarah tidak dapat berkuasa ke atas golongan ahli zikir sepertimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah saw: “Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah SWT maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa maka syaitan itu menelan hatinya.” (HR Ibnu Abid-Dun-Ya). 

Dengan zikir kepada Allah SWT maka hati sentiasa dekat dan tetap pada Allah swt. Disamping Allahlah sendiri akan melindunginya dari angkara syaitan sepertimana yang dibayangkan oleh sabda Rasulullah swt menerusi sebuah hadis qudsi: “Aku ada bersamaKu ketika dia mengingatiKu dan bergerak kedua bibirnya (untuk berzikir kepada Aku).  (HR: Abu Daud). Dengan demikian akan terlepaslah mereka dan terhindar diri mereka dari terjerumus kelembah golongan manusia yang disifatkan oleh Allah Taala di dalam firmanNya: “Mereka telah dikuasai (diperintahi) oleh syaitan lalu dia melupakan mereka (dari mengingat Allah) mereka itulah golongan (pengikut) syaitan. Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu merugikan” (Al-Mujaadalah: 19).

Lantaran itu jelaslah bahawa Allah SWT tidak sekali-kali tidak mengiktirafkan ahli kitab dan ahli ilmu yang tidak disertai dengan amalam zikrullah yg mempunyai wasilah bai’ah dgn Junjungan Agung Muhammad saw. Sesungguhnya dengan gabungan amalan ilmu dan zikrullah yg digerak secara serentak sahajlah yg mampu menghasilkan sifat ketakwaan dan meningkatkan nafu serta membuangkan amarah di dalam jiwa seseorang. Sepertimana firman Allah swt: “… Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisiKu ialah mereka yang paling taqwa…” (Al-Hujurat: 13).

No comments:

Post a Comment