Thursday, July 14, 2016

SEBESAR-BESAR NIKMAT DARI ALLAH

Apabila kamu pada zahirnya dihiaskan dengan taat kepada perintahNya dan dikurniakan pada batin kamu menyerah bulat2 kepada Allah swt, yg demikian adalah sebesar2 nikmat buat kamu. Hamba Allah yang sejati adalah yang menggunakan segala daya dan upayanya untuk mentaati Allah s.w.t, menurut segala perintah-Nya tanpa hujah, tanpa tangguh, tanpa ragu-ragu dan pada masa yang sama hatinya yakin sungguh2 kepada ketuhanan Allah s.w.t yang memelihara, menjaga, melindungi, menguruskan segala sesuatu dengan cara yang paling baik. 

Mentaati perintah Allah s.w.t dgn memelihara sempadan Syariat dinamakan Takwa, dan keyakinan hati terhadap ketuhanan Allah s.w.t yg memelihara serta mengatur, dinamakan Iman.  Gandingan Iman dan Takwa melahirkan Sifat Ubudiyah yang sejati. Beriman tanpa bertakwa atau beramal adalah kejahilan. Beramal tanpa beriman adalah munafik. Iman dan takwa merupakan dua belah sayap yang saling bantu membantu agar insan dapat terbang menuju Tuhan. Jika hanya satu sayap sahaja yang ada seseorang itu hanya berpusing-pusing di bumi. Walaupun jauh jarak yang telah dipusingnya namun, dia tetap berada di bumi, tidak terbang ke alam tinggi.

Seseorang yg menggabungkan Iman dan Takwa adalah org yg bersesuaian zahirnya dgn batinnya atau harmoni kedudukan Syariat dan Hakikatnya. Amalan zahirnya sesuai dengan tuntutan syarak dan batinnya menghadap kepada Allah s.w.t. Orang yang bersesuaian Iman dan Takwanya, zahir dan batinnya, Syariat dan Hakikatnya, jasmani dan rohaninya, sebenarnya mendapat sebesar-besar nikmat daripada Allah s.w.t. Dia terlepas dpd sifat munafik. Dia berada pada Tarekat (jalan) yang benar. Apabila seseorang menganut Agama Islam dia dinamakan Muslim. Muslim menerima Syariat Islam sbg cara hidupnya. Dia memahami dan mengakui akan kebaikan dan kebenaran peraturan yang ditetapkan oleh Syariat Islam. 

Kemudian dia beriman dgn sesungguhnya kpd Allah s.w.t. Kedudukannya naik dpd Muslim kepada Mukmin. Mukmin mempunyai keyakinan yang teguh terhadap Allah s.w.t dan dia tidak ragu-ragu utk menyerahkan seluruh kehidupannya kpd Tuhan. Dia yakin Allah s.w.t sahaja yg mengatur kehidupannya. Org Mukmin mematuhi Syariat bukan kerana kebaikan dan kebenaran Syariat itu semata-mata, ttpi adalah kerana Allah s.w.t. Dia melihat Syariat sebagai peraturan Allah s.w.t dan sebagai hamba dia wajib akur kpd peraturan tersebut. 

Ketaatan kepada Syariat yg didorong oleh Iman yg teguh membentuk Sifat Takwa. Org yg bertakwa naik dari tahap Mukmin kepada tahap Muttaqin. Makam Muttaqin adalah makam keteguhan beramal dengan Syariat Islam dan ketetapan hati bersandar kepada Allah s.w.t. Keteguhan dan ketetapan hati dalam Makam Muttaqin menjadi tangga untuk mencapai Makam Muqarrabin iaitu orang yang hampir dengan Allah s.w.t. Orang yang paling hampir dengan Tuhan adalah orang yang paling bertakwa iaitu orang yang paling teguh kedudukannya pada Makam Muttaqin. 

Makam Muttaqin bukan sahaja menjadi tangga untuk mencapai Makam Muqarrabin bahkan ia juga menjadi tapak untuk naik kepada Makam Ariffin. Sepanjang perjalanan dari Makam Muslim kepada Makam Ariffin, iman dan amal menjadi kenderaan. Perpindahan dari satu makam kepada makam yang lain memperlihatkan keteguhan dan ketetapan amal dan iman. Sekiranya Allah s.w.t berkehendak mengurniakan kepada hamba-Nya kedudukan yang baik pada sisi-Nya maka hamba tersebut dikurniakan keteguhan dalam melakukan ketaatan kepada-Nya dan diperkuatkan imannya. Hamba yang memperolehi kurniaan begini menjadi hamba yang gemar beribadat, beramal salih dan kuat pula bertawakal kepada Allah s.w.t. Inilah hamba Allah s.w.t yang berjaya. 

No comments:

Post a Comment