Sunday, July 3, 2016

BILA DIBUKA JALAN MAKRIFAT

Apabila Tuhan membukakan bagimu jalan untuk makrifat, maka jangan hiraukan tentang Tuhan membuka kan bagimu jalan utk makrifat, maka jangan hiraukan tentang amalmu yg masih sedikit kerana Allah swt tidak membuka jalan tadi melainkan Dia berkehendak memperkenalkan diriNya kepada kamu. Kalam2 Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam ttg pengertian amal, Qada' dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yg semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yg datangnya dpd hamba dan betapa besar pula apa yg dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yg terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kpd amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t ng wajib disyukuri. Org yg terdidik spt ini tidak lagi membuat tuntutan kpd Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya utk menerima taufik dan hidayat dpd Allah s.w.t.

Org yg hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kpd hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yg mampu menyampaikan seseorang kpd Allah s.w.t. Tidak ada jalan utk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘diri-Nya’. Penemuan kpd hakikat bahawa tidak ada jalan yg terhulur kpd gerbang makrifat merupakan puncak yg dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yg dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kpd ilmu dan amal org lain. 

Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kpd Allah s.w.t. Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat2 kpd Allah s.w.t. Ada org yg mengetuk pintu gerbang makrifat dgn doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kpd berputus asa. Ada pula org yg berpegang dengan janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalanNya kpd hambaNya yg berjuang pada jalanNya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak utk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janji-Nya. Dia menggunakan kekuatan amalannya utk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.

Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t. Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.

Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kpd dua. Jalan pertama dinamakan jalan org yg mencari dan jalan kedua dinamakan jalan org yg dicari. Org yg mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat2 yg tercela dan berusaha mengikiskannya dpd dirinya. Kemudian diisikan dgn sifat2 yg terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yg diredai Allah.

Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya: “Dan org2 yg berusaha dgn bersungguh2 kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan2 Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta org2 yg berusaha membaiki amalannya. (Ayat 69:Surah al-‘Ankabut)

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dgn sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kpd Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yg telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya). (Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )

Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.

Golongan org yg dicari menempuh jalan yg berbeza dpd golongan yg mencari. Org yg dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu. Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. 

Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t. Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.

Abu Hurairah r.a menceritakan yg beliau r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yg maksudnya: Allah berfirman: “ Apabila Aku menguji hambaKu yg beriman kemudian dia tidak mengeluh kpd pengunjung2nya maka Aku lepaskan dia dari belenggu-Ku dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang dahulu dan dia boleh memperbaharui amalnya sebab yang lalu telah diampuni semua”.

Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kpd kedudukan kerohanian yg telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yg menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment