Tuesday, August 2, 2016

CARA MENCAPAI TASAWWUF

Menurut Imam al-Ghazali, setiap maqam agama itu seperti taubat, sabar, syukur, redha, tawakkal dan sebagainya, adalah terdiri dari tiga perkara iaitu Ilmu, Amal dan Hal (Nur). Dengan ketiga-tiga perkara inilah tercapainya kesempurnaan maqam agama itu. Hal atau Nur inilah merupakan intipati ilmu Tasawwuf. Ilmu diperolehi menerusi pengkajian dan pembelajaran dan ilmu itu pula menghendaki pengamalan. 

Amal yang jujur, bersungguh2, istiqamah dan berdasarkan ilmu itulah yang akan membuahkan hal. Oleh itu Tasawwuf dicapai menerusi ilmu dan amal. Perkara ini dapat dilihat pertunjuknya dalam banyak ayat-ayat al-Qur’an, antaranya ialah firman Allah yang bermaksud “dan orang- orang yang bermujahadah pada jalan Kami (Allah), pasti Kami (Allah) akan tunjukkan (hidayat) kepada mereka jalan-jalan Kami (Allah)”, 

Firman Allah yg bermaksud: "Wahai org2 yang beriman, sekiranya kamu bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia (Allah) akan menjadikan utk kamu pemisah (furqan iaitu nur yg memisahkan antara haq dan batil)” dan ayat2 lain lagi. Adapun amal yg menghasilkan Tasawwuf itu ialah amal yg berfungsi membersih dan mentawajjuhkan hati kpd Allah iaitu apa yg diistilahkan sbg mujahadah dan riyadah. Amalan, tata-cara, adab2 serta tunjuk-ajar dlm melaksanakan mujahadah dan riyadah inilah yg dinamakan Tarekat. 

Mengenai amal Tarekat ini, Ulama Tasawwuf menjelaskan bahawa Tarekat itu ialah engkau mengqasad kan hatimu kpdNya. Iaitu bermaksud, Tarekat itu ialah berusaha sedaya upaya mentawajjuh dan menumpukan tumpuan hati kpd Allah menerusi amalan yang dilaksanakan.  Apabila tawajjuh hati mula dicapai dan dirasai serta menjadi semakin kuat dan teguh, ia akan membawa kpd penyaksian batin (mushahadah) terhadap hakikat2 Tauhid iaitu apa yang disebut Hakikat. Mengenai Hakikat ini Ulama Tasawwuf menjelaskan bahawa Hakikat itu ialah engkau menyaksikan-Nya. 

Intipati dari semua amal mujahadah dan riyadah yg membawa kpd tercapainya Tasawwuf itu ialah zikir. Semua amal itu disyariat kan adalah utk melaksanakan zikrullah, iaitu apa yg dimaksudkan dgn amal amal itu ialah zikrullah. Tidak ada jalan utk mendapatkan ahwal dan ma`rifah itu kecuali menerusi zikir.  Zikir sbg amal penting dlm riyadah dan mujahadah ini dapat dilihat kebenarannya dlm banyak pertunjuk Nabi s a.w. kpd Para Sahabat r.a. 

Dalam satu riwayat, Nabi s.a.w. ada menganjurkan Para Sahabat supaya memperbaharui iman. Mereka bertanya ttag cara bagaimana iman itu dapat diperbaharui. Nabi s.a.w. menjelaskan dgn sabda Baginda yg bermaksud: "Perbanyakkan menyebut La ilaha illallah”. Memperbaharui iman itu bukan bermaksud menambah kepercayaan2 baru, ttpi bermaksud memperteguh, memperdalam dan memperhalusi keyakinan sehingga hakikat2 Tauhid yang diimani dapat disaksikan kebenarannya oleh matahati. 

Caranya ialah selalu mengulangi Kalimat Tauhid sehingga ia tertanam teguh dalam hati sanubari. Dalam riwayat yang lain, Nabi s a.w. pernah mentalqinkan kalimat tauhid ini kepada sekumpulan sahabat. Shaddad ibn Aus meriwayatkan bahawa kami berada di sisi Nabi s.a.w. ketika Baginda bersabda: “Angkatkan tangan-tangan kamu, lalu katakanlah La ilaha illallah”. Inilah dasarnya.

No comments:

Post a Comment