Tuesday, August 2, 2016

RASA (AL GHAZALI)

Seorg pemikir, bagaimanapun, tidak dapat dilepaskan dari konteks sosio-budaya. Hasil2 pemikiran, dlm kenyataaannya, tidaklah lahir dgn sendirinya, ttpi sentiasa mempunyai kaitan sejarah dgn pemikiran yg berkembang sebelumnya dan mempunyai hubungan dgn pemikiran yg ada pada zamannya. Tanggapan ini berlaku juga pada Al Ghazali. 


Kaitan sejarah pemikirannya dgn pemikiran cara pendahuluannya dinyatakan sendiri dalam 'Al Munqidz Min Al Dhalal' dan diperoleh melalui isyaratnya didalam 'Tahafut al Falasifat'. Utk mengetahui hubungan pemikiran Al Ghazali dgn pemikiran yg berkembang pada zamannya, perlu diketahui pemikiran waktu itu dan sikapnya terhadap kenyataan tersebut. Al Ghazali hidup ketika pemikiran di dunia Islam berada pada tingkat perkembangannya yang tinggi. Pemikiran2 tidak berhenti sbg hasil olah budi individual, ttpi berkembang menjadi aliran2 dgn metode dan sistemnya masing2.

Tingkat perkembangan ini memperlihatkan wujudnya dalam tingkat keragaman yang tinggi. Al Syahrani (w.548 H), pemikir yang sezaman dengan Al Ghazali, menggambarkan betapa banyaknya aliran pemikiran di dunia Islam pada waktu itu. Setiap aliran, menurut Al Ghazali, mengklaim kebenaran pada dirinya, yang dengan sendirinya menempatkan aliran yang lain pada kedudukan yang tidak benar. Pandangan umum ketika itu tentang kebenaran, kelihatannya cenderung bersifat monolitik, yang sebenarnya mempunyai akar dalam sejarah pemikiran masa lampau. 

Pandangan umum ini dikuatkan oleh pernyataan yang diyakini sebagai ucapan yang berasal dari Nabi Muhammad Saw, yang menggambarkan bahawa ummat Islam akan terpecah ke dalam tujuh puluh tiga golongan, seluruhnya sesat dari kebenaran, kecuali satu golongan. Golongan atau aliran yang satu inilah yang benar, dan akhirnya simbol untuk itu menjadi ranjang rebutan. Setiap pendukung aliran menganggap bahawa alirannyalah yang dimaksud oleh hadis tersebut sebagai aliran yang benar.

Usaha Al Ghazali dalam hal ini menjelaskan bahawa Al qur'an telah mengandung ukuran2 tentang kebenaran, dan manusia telah dianugerahi alat untuk berfikir, menggunakan ukuran2 tersebut ... adalah untuk membuktikan bahawa manusia tidak memerlukan imam2 yang maksum lagi sesudah Nabi, sebagai sumber kebenaran. Kesimpulan tentang batinnya ialah bahawa sistem pemahaman ini tidak memenuhi harapannya, kerana batin memerlukan daya manusia untuk menemukan kebenaran. Disini taqlid menjadi hal yg sangat penting, namun taqlid membawa kerawanan dan pertentangan. 

Pada Ilmu Kalam, ia melihat kemandulan metodologi, kalau yg hendak dicari adalah hakikat2 sebab ilmu ini tidak dipersiapkan untuk itu. Pada falsafah, ia melihat ketidaklengkapan metodologi sehingga melahirkan kesilapan, sebab falsafah hanya menggunakan akal semata. Pada batinnya ia melihat kekeliruan, kerana dengan konsep 'al ta'lim', peranan pengalaman, pengamatan, dan akal manusia sbg alat-alat menemukan sendiri kebenaran dgn Kitab Suci sebagai pedoman, diabaikan, sehingga pengetahuan tidak diperolehi manusia dgn sendirinya.

Dalam Tasawwuf, cara yg ditempuh untuk menemukan hakikat, menurut Al Ghazali, terdiri atas dua tahap, iaitu: ilmu dan amal. Ilmu yang dimaksud disini adalah pengetahuan tentang konsep dan langkah2 yg harus ditempuh didalam Tasawwuf, seperti zuhd, faqr, tawakkul, mahabbat, makrifat, dan sebagainya. Selain itu diharuskan pula mengetahui syariat, ilmu `aqliyyat dan keimanan yg kuat terhadap tiga dasar keimanan. 

Yang dimaksud dengan amal adalah mengalami secara langsung konsep dan langkah yang harus di lalui tadi. Ilmu dan amal harus menyatu. Kelihatannya, ia menganggap bahawa pada sistem pemahaman lainnya ada keterpisahan antara ilmu dan amal, khususnya pada falsafah dan Ilmu Kalam. Kesan ini terlihat pada penyataan Al Ghazali bahawa Para Sufi adalah 'arbab al ahwal' (org2 yang memilki pengalaman langsung) bukan 'ash hab al aqwal' (org2 yg hanya berbicara). Dalam tasawuf pencarian hakikat tidak akan tercapai dgn pengetahuan saja, tetapi selain itu, harus dgn pengalaman langsung.

Dalam usahanya memasuki tahap amal, Al ghazali dihadapkan kepada keharusan memilih salah satu dari dua kemungkinan : memasuki pengalaman Tasawwuf dengan konsikunsi meninggalkan kedudukan dan segala keperluan kehidupan yang telah dimiliki, atau mempertahankan kedudukan dan keperluan tersebut dgn konsikunsi tidak memasuki pengalaman Tasawwuf.  Menurut pengakuannya, ia mengalami kesulitan bahkan tidak dapat menentukan pilihan, sehingga ia menderita sakit selama enam bulan. 

Penyelesaian yang ditempuh dalam hal ini, sama dengan penyelesaian yg dilakukan ketika ia mengalami puncak kesangsian sebelumnya, iaitu pasrah dan mengakui kelemahannya. Jalan keluar datang dgn sedirinya. Tuhan memberi kemudahan kepadanya utk memilih kemudahan kepadanya, utk memilih jalan Tasawwuf dan meninggalkan kedudukan dan keperluan kehidupan yang dimilikinya. Ia pun mengembara dengan cara hidup Sufi selama lebih kurang sepuluh tahun, dari tahun 489 H sampai dgn tahun 499 H. 

Menurut pengakuannya, dalam pengalaman Tasawwuf itu, ia memperoleh secara langsung (Al kasyf) ilmu-ilmu yg tidak terhingga, meskipun ia tidak menunjukkan secara tegas ilmu yg diperoleh itu. Kesimpulannya, dengan cara Tasawwuf lah pengalaman secara langsung tentang hakikat itu dapat dicapai. Sufilah yang lebih dekat kepada Tuhan, akhlak merekalah yang lebih bersih, cara hidup merekalah yang lebih benar, gerak dan diam mereka lahir dari jiwa yang disinari 'nur al nubuwat'.

Ketika ia mengaji Tasawwuf, pada dasarnya ia tidak menghadapi persoalan tentang kebenaran sumber pengetahuan yang digunakan Tasawwuf, sebab sebelumnya ia telah yakin adanya intuisi (al zauq) sebagai sumber pengetahuan diatas akal. Yang menjadi persoalan adalah menyelesaikan konflik batin antara memasuki pengalaman Tasawwuf dan mempertahankan kedudukan dan keperluan kehidupan duniawinya. Yang menarik perhatian dari proses pencariannya adalah bahawa, ia kelihatannya mempunyai sikap dasar yang tetap, iaitu memandang segala sesuatu sentiasa dalam hubungannya dengan Tuhan. 

Ketika ia mengalami puncak kesangsian akibat ketidak mampuannya membuktikan wujud sumber pengetahuan diatas akal, setelah ia meragukan indera dan akal, penyelesaian yang di tempuh nya adalah mengakui kelemahannya dan pasrah kepada Tuhan. Situasi ini juga pernah dialami Nabi Yusuf ketika nafsunya sudah mulai goyah oleh rayuan dan kecantikan wajah Siti Zulaiha, beliau mengakui ketidakmampuannya menerima godaan nafsunya ('innan nafsa lammaratun bissu') dan situasi yang sangat mencekam batinnya itu ditulis dalam QS. Yusuf: 24 “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu, andaikata dia tidak melihat burhan dari Tuhannya, demikian agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian, sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba kami yang ikhlas (berserah diri)”. 

Nabi Yusuf terbebas dari konflik batinnya dikeranakan Allah telah mencabut rasa nafsunya yang bergejolak, dia mengaku tidak kuat melawan nafsunya kemudian ia berserah diri kepada Allah. Saat itulah Tuhan memberikan ilmu kasyaf berupa burhan (hidayah) sehingga sifat keji dan mungkar lenyap dalam hatinya. Bukan kerana usaha mencegah dari perbuatan itu, akan tetapi kerana tuntunan dan inayah dari Allah Swt.

Ihya' Ulumuddin , merupakan rangkaian pengalaman batinnya Al Ghazali, bukan hasil dari pemikiran dan gagasannya, oleh kerana itu kita tidak dapat melakukan amalan seperti yang di tulis Al Ghazali kecuali turut memasuki jalan rohani secara benar, apalagi hanya diseminarkan dan menjadi kajian2 ditempat2 mewah. Seperti apa yang pernah saya sajikan pada setiap artikel, ialah menempuh jalan spiritual dengan sangat sederhana dan ikhlas. 

Kalau jalan ini ditempuh dengan rela maka semua yang tercantum dalam ajaran Islam sedikit demi sedikit akan memasuki dunia batin kita dan tuntunan itu akan terus mengalir, seperti kesabaran ketawakalan, kekhusyu'an, dan keimanan yang sangat kuat. Ternyata Al Ghazali membuktikan sendiri, bahawa memang Allah-lah yang mampu mencabut kekejian dan kemungkaran didalam hati manusia (kalian tidak akan pernah bersih selama-lamanya, akan tetapi Allah-lah yang akan membersihkan hatimu dari pebuatan keji dan mungkar. (Lihat QS Maryam; 21)

Konsep Al qur'an ini sebenarnya sangat sederhana, hanya dengan berserah diri kepada Allah maka Allah akan membuka hati kita memberikan kefahaman dgn jalan ilham, iaitu ilham kebaikan, ilham kekhusyu'an, dan ilham keimanan, serta perbuatan2 yg baik (demi jiwa dan kesempurnaanya maka Allah mengilhamkan jalan kejahatan dan jalan kebaikan (QS.Asy syams 7-8). Sampai kini kita masih mendapat ilham kejahatan kerana kejahatan dan kekejian serta ketidak kekusyu'an mengalir dalam batin kita tanpa ada yang mampu menghalaunya termasuk kita (mudah2an tidak). 

Perlu diketahui bahawa Al Ghazali sebelum menjadi Sufi, adalah seorang Guru Besar di Universiti Nizamiyah, pemikir, filosof, ahli kalam, ahli fikih dan ilmu-ilmu yg lainnya, justru kerana ilmu2 itu tidak memberikan manfaat terhadap batinnya, maka beliau memutuskan mengamalkan dgn jalan meninggalkan seluruh aktivitinya untuk beribadah kepada Allah (uzlah). Setelah berhasil, beliau menulis kitab besar yang di beri nama Ihya Ulumuddin, Al Ghazali, pernah melakukan uzlah selama 120 hari, pada saat itulah beliau mendapatkan ilmu kasyf yang terkenal itu. Demikian-lah kira-kira cerita Al ghazali, agar menjadi perhatian, bahawa ilmu yang banyak belum tentu memberikan manfaat jika jiwa belum menggantungkan secara penuh hanya kepada Allah. 

Suatu ketika ada seorang jamaah saya (seorang ustaz yg telah mendalami ilmu agama di pelbagai tempat), menghubungi saya melalui telefon mengabarkan putrinya sakit kuat sekaligus minta tolong untuk di do'akan agar sakitnya menjadi sembuh, kelihatannya ia panik dan cemas, saya hanya berkata singkat: "jauh mana antara jarak anda kerumah saya dengan Allah yang maha dekat lagi Maha Penyembuh?" dia nampak terkejut dengan jawapan saya, kemudian dia sedar, dan tidak berselang lama sekitar dua jam, dia telefon lagi untuk mengabarkan bahawa anaknya sudah sembuh dari sakitnya. Rupanya ia mengadu kepada Allah atas sakit anaknya tersebut ia berdo'a sendiri dengan serius dan Allah menjawab do’anya. Demikianlah contoh bahawa Agama itu bukan disandang untuk aksi akan tetapi untuk diamalkan!

No comments:

Post a Comment