Thursday, August 11, 2016

IKHLAS DALAM IBADAH TIDAK LAGI KERANA SYURGA PAHALA

Imam Asy Syafie ditanya, amalan apa yang paling agung untuk mendekatkan diri kepada Allah, kemudian Imam menangis sambil menjawab: Allah ketika melihat hatimu kemudian dilihatnya bahawa dalam hatimu tidak ada keinginan dunia dan juga akhirat melainkan hanya menginginkan DlA…ALLAH! Dalam Kalam Hikmah ke 8 Imam Ibnu Athaillah Askandary menyatakan: "Apabila Allah membukakan bagi anda jalan untuk mengenal- Nya, maka janganlah anda ambil peduli tentang sedikit amalanmu, kerana Allah SWT tidak membukakan jalan tadi bagimu selain Ia-Nya Allah berkehendak memperkenalkan (ZatNya atau Sifat2Nya) kepadamu. Sesungguhnya berkehendak 'memperkenalkan ZatNya' kepada manusia pilihan adalah merupakan anugerah Allah. 


Segala amal-amalan yang kita lakukan adalah untuk Allah , dan dimanakah fungsi pemberian anda kepada Allah apabila dibandingkan pada apa yang didatangkan Allah atas kita? Kalam Hikmah ini mengandungi pengertian tentang tujuan kita selaku hamba Allah dalam perjalanan kepada Allah dengan mengerjakan amal ibadah sebagai yang dikehendaki dalam ajaran Agama Islam. Maka dijelaskan seperti berikut:

1. Hamba2 Allah yg mengerjakan amal ibadah dgn sebanyak mungkin, tujuannya agar sampai kpd Allah dgn perasaan sepenuh hati dan perasaan mengenal Allah. Apb kita tekun dan sabar mengerjakan amal ibadah, lama-kelamaan, insyaAllah pintu hati kita dibukakan oleh Allah SWT utk mengenal (Makrifat) kpdNya. Makrifat kepada Allah ialah kita merasakan bahawa Allah “ADA” di mana saja kita berada. 

Allah melihat hal keadaan kita. Dan pula perasaan kita yang bercampur dengan aqidah yang mendalam bahawa tidak ada yang berbuat dan berkuasa selain hanya Allah SWT. Di mana sahaja kita berada, Allah selalu bersama kita. Segala perbuatan dan tindak-tanduk kita dilihat oleh Allah.

2. Apabila aqidah dan perasaan kita telah mendalam, kadang2 ada juga waktu2 tertentu amal ibadah yang dilakukan itu berkurangan dikerjakan seperti sebelumnya. Tujuan amal ibadah yg dikerjakan adalah untuk dapat hamper kpd Allah, sedang terbuka jalan seperti yang telah dianugerahkan Allah kepada kita adalah bukti yg nyata, bahawa kita mulai dekat kepadaNya, dan kita akan menjadi sebahagian hamba2 yang dikasihi olehNya. 

Kemungkinan terjadi sedikit amal ibadah yg dikerjakan disebabkan penyakit yang ada pada tubuh badan kita, ttpi apabila Makrifat kita kpd Allah sudah begitu mendalam, maka kita mengetahui dgn rasa yakin bahawa sakit itu lebih baik dari sihat, kerana kita dlm sakit boleh meningkatkan hal keadaan kita untuk lebih dekat kepada Allah daripada sihat, yang mana kita akan jauh dpdNya. Oleh sebab itu, meskipun sedikit amal ibadah yg dikerjakan, tetapi hati terus mendekat kpd Allah, sehingga terbukalah Makrifat kita kpd ZatNya dan Sifat2Nya dlm kita melihat alam makhluk dunia ini.

3. Ketahuilah, bahawa Allah membuka jalan Makrifat untuk dapat kita kenal Dia (Allah), adalah merupakan kehendakNya, semoga dengan kurniaNya kita dapat dekat dengan Allah. Terbuka segala SifatNya dan termakan pengertian AsmaNya dalam hati dan perasaan tubuh jasmaniah kita. Terbuka jalan ini adalah lebih besar nilainya daripada amal ibadah yang banyak, tetapi sunyi atau sedikit sekali Makrifat kita kepada Allah SWT. 

Bandingkan antara nikmat yang maha besar ini dengan amal ibadah yang kita kerjakan. Segala amal ibadah yang kita lakukan dipersembahkan kepada Allah dan dengan kurniaNya, Allah memberikan pula kepada kita nikmat Makrifat dimana kita kenal Allah dalam erti yang lebih luas dan mendalam. Hamba Allah yang soleh mempunyai pendirian, bahawa pemberian si hamba kepada majikan adalah dianggap kecil, apabila dibandingkan dengan pemberian majikan kepada hambaNya.

KESIMPULAN: Selaku hamba Allah, biar amal ibadah kita sedikit, asal saja Makrifah Allah bersemayam di dalam hati dan diri kita. Ini adalah lebih bagus, dpd amal ibadah yang banyak tetapi hati lalai kepada Allah, tidak sejalan antara ibadah yang kita kerjakan dan hati kita sendiri. 

Sebab itu maka Allah mencela dan memandang rendah org2 yg mengerjakan solat tetapi hatinya tidak kepada Allah, sebagaimana firmannya dalam al-Quran Surah Al-Maa’un : 4-6, bermaksud; “Sebab itu celakalah org2 yang solat, di mana mereka lalai dari solatnya. Mereka mengerjakan kebaikan supaya dilihat orang.”

Apabila kita diberikan oleh Allah sebahagian nikmat Makrifat kepadaNya, maka hendaklah selalu kita hadapkan hati kita kepada Allah dalam erti yang luas. Sebab Dialah Yang Maha Berkehendak. Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan lain2 sbgnya dari Sifat2t Allah Yang Maha Agung dan tak terhingga jumlahnya. 

Dgn demikian, Allah akan menambah hamper kita kpdNya dan mementingkan kita dlm segala hal yg kita hadapi. Oleh kerana itu maka hamba2 Allah yg Arif kpdNya kadang2 kita lihat amal lahiriah mereka sedikit, tetapi rupanya yg sedikit itu nilainya adalah lebih besar di sisi Allah SWT. 

Inilah sebabnya hamba2 Allah yg soleh, tidak putus2 dari mulut mereka dengan Kalimat; bermaksud: “Wahai Tuhanku! Engkaulah yg aku tuju dan keredhaan Engkaulah yang aku cari.” Mudah2an Allah SWT memberikan kepada kita nikmat Makrifat kepadaNya. Amiin. (Ust Iqbal).

No comments:

Post a Comment