Lima kali sehari semalam, pada masa yang telah ditentukan, solat diwajibkan kepada sekalian Muslim yang baligh dan berkuasa. Ini diperintahkan oleh Allah: “Kerjakan solat dengan tetap dan akan solat yang terlebih penting”. (Surah al-Baqaraah, ayat 238). Solat menurut peraturan Agama (rukun solat) terdiri dpd berdiri, membaca Quran, rukuk, sujud, duduk, membaca dgn kedengaran beberapa doa. Pergerakan dan perbuatan ini melibatkan bahagian2 tubuh, pembacaan diucap dan didengar melibatkan pancaindera dan deria, adalah solat diri zahir. Kerana tindakan diri zahir ini dilakukan berulang2, acapkali, di dlm setiap 5 waktu sehari, bahagian pertama menurut perintah Allah "Dirikan solat", adalah lebih dari satu.
Bahagian kedua perintah Allah "terutamanya solat pertengahan" merujuk kepada SOLAT HATI, kerana hati berada di tengah2 pada kejadian manusia. Tujuan solat ini adalah mendapatkan kesejahteraan pada hati. Hati berada di tengah2, antara kanan dengan kiri, antara hadapan dengan belakang, antara atas dengan bawah, antara kebaikan dengan keburukan. Hati adalah pusat, titik pengimbang, penengah. Nabi s.a.w bersabda: “Hati anak Adam berada di antara 2 jari Yang Maha Penyayang. Dia balikkan ke arah mana yang Dia kehendaki”. Dua jari Allah adalah Sifat Kekerasan-Nya yang berkuasa menghukum dan Sifat Keindahan-Nya dan Pengasih-Nya yang memberi Rahmat dan Nikmat. Solat sebenar adalah Solat Hati. Jika hati lalai dpd solat maka solat zahir tidak akan teratur. Bila ini terjadi kesejahteraan dan kedamaian diri zahir yang diharapkan diperolehi dpd solat zahir itu tidak diperolehi. Sebab itu Nabi s.a.w bersabda: “Amalan solat mungkin dengan hati yang diam”.
Solat adalah penyerahan yang dicipta kepada Pencipta. Ia adalah pertemuan di antara hamba dengan Tuannya. Tempat pertemuan itu ialah Hati. Jika hati tertutup, lalai dan mati, begitu juga maksud solat itu, tidak ada kebaikan yang sampai kepada diri zahir daripada solat yang demikian, kerana hati adalah intipati atau hakikat atau zat bagi jasad, semua yang lain bergantung kepadanya. Nabi s.a.w bersabda: "Ada sekeping daging di dalam tubuh manusia, jika ia baik maka baiklah semua anggota tetapi jika ia jahat maka jahat pula anggota. Ketahuilah, itulah Hati”. Solat yang diperintahkan oleh Agama (Syariat) dilakukan pada waktu tertentu, 5 kali sehari semalam. Sebaiknya dilakukan di dalam Masjid secara berhemah, menghadap Ka'abah, mengikut Imam yang tidak munafik dan tidak ria'.
Masa utk bersolat batin tidak mengira masa dan tidak berkesudahan, bagi kehidupan ini dan juga akhirat. Masjid bagi solat ini ialah Hati. Jemaahnya ialah bakat2 kerohanian, yg mengingat dan mengucapkan nama2 Allah Yang Esa di dalam bahasa alam batin. Imam solat ini ialah kehendak yg tidak dapat disekat, arah kiblatnya ialah keesaan Allah, yang di mana2, dan Keabadian-Nya dan Keindahan-Nya. Hati yang sejati adalah yang boleh melakukan solat yang demikian. Hati yang seperti ini tidak tidur dan tidak mati. Hati dan roh yang demikian berada di dalam solat yang berterusan, dan manusia yang memiliki hati yang demikian, samada dia dalam jaga atau tidur, sentiasa berbuat kebaktian.
Solat batin yang dilakukan oleh Hati adalah keseluruhan kehidupannya. Tiada lagi bunyi bacaan, berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Pembimbingnya, Imam solat itu adalah Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda berkata-kata dengan Allah Yang Maha Tinggi: “Engkau yang kami sembah dan Engkau jualah yang kami minta pertolongan” (Surah al Fatihah, ayat 4). Ayat suci ini ditafsirkan sebagai tanda manusia sempurna, yang melewati atau melepasi dari menjadi kosong, hilang kepada segala kebendaan, kepada suasana keesaan. Hati yang sempurna demikian menerima rahmat yang besar daripada Ilahi. Satu daripada rahmat itu dinyatakan oleh Nabi saw: “Nabi-Nabi dan yang dikasihi Allah meneruskan ibadat mereka di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di dalam rumah mereka ketika mereka hidup di dalam dunia”
Dalam lain perkataan kehidupan abadi hati meneruskan penyerahan kepada Allah Yang Maha Tinggi. Bila solat tubuh badan dan solat diri batin berpadu, solat itu lengkap, sempurna. Ganjarannya besar. Ia membawa seseorang secara kerohanian kpd kehampiran dengan Allah, dan secara zahir kpd peringkat yang paling tinggi mampu dicapai. Dalam alam kenyataan mereka menjadi hamba Allah yg taat. Suasana dalaman pula mereka adalah orang arif yang memperolehi Makrifat sebenar tentang Allah. Jika solat zahir tidak bersatu dengan solat batin, ia adalah kekurangan. Ganjarannya hanyalah pada pangkat atau kedudukan, tidak membawa seseorang hampir dengan Allah. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment