Thursday, August 11, 2016

MARILAH MENJADI AHLI ZIKIR

"Siapakah orang yang berakal? Mereka ialah orang yang berzikir kepada Allah s.w.t ketika berdiri, duduk, dan baring. Keadaan tiga simbol ini kepada setiap keadaan, dan tidak terhad kepada tiga posisi ini sahaja, contohnya orang yang membongkok. 

Keadaan tiga ini simbol bahwasanya setiap saat orang berakal sentiasa ingat pada Allah s.w.t”. “Ada dua tafsiran makna perkataan 'yazkurunallah, yakni ‘mereka alah org2 yg berzikir. Antara ciri-ciri org yg berakal ialah Org yg berzikir. Dan orang yang berzikir itu solat kerana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran nul Kareem yang bermaksud; “Tunaikan solat untuk ingat aku.”

“Dan antara Zikir yang dimaksudkan ialah zikir2 yg warid dan juga tujuan dpd zikir itu dijadikannya zikir. Contohnya: tasbih, tahlil, tahmid, takbir, Quran dan semuanya zikir. Jenis zikir ada banyak tapi objektifnya satu iaitu mengingati yang disebut. Bila sebut ‘Subhanallah’, seseorang akan ingat kepada kesucian Allah. Bila sebut ‘La ila ha illallah’, seseorang akan ingat kepada Ketuhanan Allah”. 

“Bila sebut ‘Allahu Akbar’, seseorg akan ingat kepada Kebesaran dan Keagungan Allah s.w.t dan seterusnya. Maka, org2 yg berakal ialah org yg menjaga solat dan zikirnya, iaitu zikir lisan, dan zikir dlm hati. Apa bezanya zikir lisan dan zikir dlm hati? Zikir lisan ialah apa yg disebut dan zikir hati ialah penghayatan di hati dan tafakur dgn apa yg dizikirkan dgn lisan.” (Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid).

No comments:

Post a Comment