Thursday, August 11, 2016

TUNDUKKANLAH KEAKUANMU, DENGAN BERSUHBAH

SUHBAH (pendampingan dgn Orang Soleh) akan memberi kesan kpd akhlak serta perjalanan hidup seseorg. Jika lihat di zaman kegelapan jahiliah, Para Sahabat r.a tidak mencapai kedudukan yg terpuji, kecuali setelah mereka bersuhbah dgn Rasulullah saw serta duduk bersama Baginda saw. Begitulah juga dengan Para Tabien, mereka telah mendahului orang lain dalam memilih kemuliaan setelah bertemu dan mengikuti Para Sahabat Rasulullah saw. Dari sudut lain, manusia tidak sunyi dpd penyakit hati. 

Melalui diri sendiri, penyakit yg tersembunyi seperti Ujub, Riya’, Nifaq, Hasad, Ego, Sombong, Bakhil dan sebagainya tidak disedari. Bahkan kadang2 manusia menyangka bahawa dia adalah manusia yg paling sempurna akhlaknya dan paling teguh Agamanya, sedangkan dia sebenarnya adalah org yang jahil murakkab dan berada dlm kesesatan yg nyata. Firman Allah swt: “Katakanlah: Apakah (kamu ingin) Kami khabarkan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu org2 yang telah sia-sia perbuatannya dlm kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baik.” ( Al-Kahf :103-104 )

Seseorang manusia tidak mungkin mampu untuk melihat keaiban wajahnya sendiri, kecuali dengan cermin yang bersih dan rata yang mampu memperlihatkan gambaran sebenar keadaannya. Begitu juga seseorang Mukmin, dia semestinya mempunyai saudara Mukmin yang ikhlas, jujur dalam memberi nasihat. 

Dia berkawan dengannya serta sentiasa mendampinginya, lalu kawan tadi memperlihatkan kepadanya keaiban diri dan memberitahu tentang penyakit2 hati yang tersembunyi sama ada dengan kata2 ataupun hal. Di antara cermin ada yang tidak rata dan bertompok2 yang akan mengubah kecantikan bentuk wajah. Beginilah keadaan kawan2 di antara mereka ada yang tidak memperlihatkan kepadamu tentang hakikat dirimu yang sebenar. 

Dia memujimu sehingga kamu menyangka diri kamu sempurna lalu hatimu dipenuhi dgn Tipu Daya dan Ujub. Apabila kamu berada dalam satu tempat maka bersahabatlah dengan golongan terpilih (berakhlak tinggi) diantara mereka. Jangan kamu berkawan dgn org yg rosak lalu kamu akan rosak binasa bersama mereka. Tentang seseorg, janganlah kamu bertanya dgn (tuannya) ttpi tanyalah kpd kawannya. Kerana semua org yg berkawan pasti mengikut dan terpengaruh dgn kawannya. 

Firman Allah swt:  “Wahai org2 yg beriman! Bertaqwalah kamu kpd Allah dan hendaklah kamu bersama org2 yg benar." (At-Taubah:119). Sabda Rasulullah saw: Diriwayatkan oleh Abu Ya’la, daripada Ibnu Abbas r.a katanya: “Dikatakan kpd Rasulullah saw: Wahai Rasulullah saw! Kawan kami (yang kami duduk bersamanya) yang mana satukah yg paling baik?” Jawab Baginda saw: “Org yg apabila kamu melihat kepadanya boleh mengingatkan kamu kpd Allah swt, percakapannya menambahkan ilmumu serta amalannya mengingatkan kamu kpd akhirat”

Abu Hamid Al-Ghazali ra. Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra berkata: “Menyertai Ahli Sufi adalah fardhu ain kerana seseorang itu tidak sunyi daripada keaiban dan penyakit, kecuali Anbiya alaihimussalam. Beliau berkata: “Pada mulanya aku mengingkari keadaan org2 soleh serta kedudukan Org Arifin sehinggalah aku bersuhbah dgn Syeikhku iaitu Yusuf An-Nassaj. Beliau sentiasa menggilapku dgn mujahadah sehingga aku memperolehi warid, lalu aku melihat Allah swt di dlm tidur. 

Allah berkata kepadaku: “Wahai Abu Hamid! Tinggalkan kesibukan hatimu dan bersuhbahlah dgn kaum yg Aku jadikan mereka di bumiKu sebagai tempat Aku memandang. Mereka adalah org yg menjual dunia dan akhirat demi cintaKu”. Aku berkata: “Demi keagunganMu – aku tidak akan mengecapinya – jika Engkau tidak memberikan diriku dgn ketenangan berbaik sangka terhadap mereka." Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku telah lakukan perkara tersebut. Pemutus di antara kamu dan mereka ialah kesibukanmu mencintai dunia. Maka keluarlah daripadanya dengan pilihanmu sendiri sebelum kamu keluar dalam keadaan terhina. Sesungguhnya telahKu limpahkan Cahaya dari samping QudusKu.”

Tiba-tiba dalam keadaan gembira aku terjaga dari tidur. Selepas itu aku pergi berjumpa dengan Syeikhku, lalu aku ceritakan mimpiku, beliau tersenyum sambil berkata: “Wahai Abu Hamid! Ini adalah bentangan kami yang lahir pada permulaannya, bahkan sekiranya kamu bersuhbah denganku nescaya basirahmu akan memperolehi pertolongan dan bantuan. Wallahua’lam. (Ust Iqbal).

No comments:

Post a Comment