Wednesday, August 3, 2016

PENGAJARAN DARI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Pengajaran yang besar juga daripada Israk dan Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah saw. telah ditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya. Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali seperti sedia kala.

Rasulullah saw juga melihat seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang hidup di dunia ini, agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat. Selain itu, Perintah Solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting di dalam kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat begitu istimewa dibandingkan dengan kewajipan yang lain seperti Puasa, Zakat dan Haji. Ini kerana kewajipan Solat diterima langsung oleh Nabi saw. daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan Malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan Solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan Solat juga amalan yang paling awal dihisab di Hari Akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment