Wednesday, August 3, 2016

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN BERZIKIR KEPADA ALLAH SWT

Firman Allah: أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap (tenang, tenteram).” (Ar-Ra’d : 28)

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اذْكُرُواْ اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzab : 33 - 41)

Bagi amalan zikrullah itu terdapat buah2 dan natijah2nya yang murni yang pasti akan dirasai oleh sesiapa yang tekun beramal dengannya dengan penuh adab dan hati yang hadir [tidak lalai], dan natijahnya yg paling kurang ialah pasti org tersebut akan dapat merasai kemanisan dan kelazatan [rohani] di dlm dirinya, iaitu suatu kenikmatan dan kelazatan yang akan menyebabkan dirinya tidak lagi memandang [tidak lagi mengendahkan] kepada kelazatan2 keduniaan yang dirasainya sebelum itu, dan buahnya yang paling tinggi ialah bilamana ahli zikir tersebut akan menjadi “fana" dengan “Zat yg diingati” [Allah] dan fana’ dari segala sesuatu yg lain dari Allah.

Firman Allah:   إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَبِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“…Sesungguhnya Allah mengasihi org2 yg banyak bertaubat dan mengasihi org2 yg mensucikan diri.”  (Al-Baqarah : 222)

Dan barangsiapa yang duduk dalam keadaan suci, tenang dan bersunyi2an [seorg diri] sambil menghadap kiblat kemudian berzikir kpd Allah dgn hati yang hadir dan meraikan segala adab2 yg dikehendaki pasti akan melihat kesan2 yg nyata pada hatinya [ekoran dari zikir yg diamalkan]. Dan sekiranya dia berkekalan di dlm melakukan yg demikian pasti cahaya2 al-qurb [cahaya2 yg menghampirkan dirinya dgn Allah] akan bersinar di dalam dirinya dan akan tersingkaplah kepada dirinya pelbagai rahsia2 alam ghaib.

Dan seutama2 zikir ialah zikir yang melibatkan [penghayatan dan kesedaran] hati dan pengucapan lidah, dan penghayatan hati ketika berzikir bermaksud hati menghayati sepenuhnya segala pengertian-pengertian zikir yang diucapkan oleh lidah. Dan yang paling utama bagi sesiapa yang berzikir kepada Allah - dlm aspek merendahkan suara ataupun menyaringkan suara - ialah melakukan apa yg didapatinya paling memberikan kesan dan maslahah kpd hatinya, maka sesungguhnya zikir merupakan wirid yang berterusan [yang perlu dilakukan di dalam semua keadaan dan setiap masa] maka hendaklah engkau bersungguh-sungguh mempastikan bahawa lidahmu sentiasa basah kerana berzikir di dalam semua keadaan kecuali pada masa-masa tertentu yang tidak dapat digabungkan antara amalan zikrullah dan amalan-amalan ibadat yang lain, maka pada masa-masa tesebut ibadat-ibadat yang lain itu merupakan zikrullah dengan pengertiannya yang umum. 

Dan wajib ke atas engkau memelihara segala zikir-zikir dan doa-doa yang ma’thur, yang perlu dibaca dan diamalkan selepas sembahyang fardu lima waktu, zikir di waktu pagi dan petang, zikir sebelum tidur dan zikir-zikir lain yang telah ditentukan masa2 pembacaannya [melalui perbuatan Nabi saw]. Maka Nabi saw tidaklah mensyariatkan kesemua zikir2 tersebut kepada umatnya melainkan kerana zikir-zikir tersebut akan menjadi “sebab” yg akan mendatangkan kebaikan kpd kehidupan mereka dan akan menyelamatkan mereka dari pelbagai kejahatan dan keburukan [yang boleh menimpa hidup mereka] di dalam masa2 yang dilalui itu; maka barang siapa yang lalai [tidak mengambil kisah] untuk mengamalkan zikir2 Nabi saw tersebut kemudian dirinya tertimpa dengan perkara2 yang tidak baik atau terhalang untuk mencapai sesuatu yang dicintainya maka janganlah dia mencerca [menyalahkan] melainkan dirinya sendiri. (Kalam Imam Abdullah Al Haddad, Ulama Sufi).

No comments:

Post a Comment