Dalam ajaran Tasawwuf konsep taubat di kembangkan dan mendapat berbagai macam pengertian. Namun yang membezakan antara taubat dalam syariat biasa dengan Maqam Taubat dalam Tasawwuf diperdalam dan dibezakan antara taubatnya orang awam dengan orang khawas. Dalam hal ini Dzu al-Nun an-Mishri mengatakan: “Taubatnya orang-orang awam taubat dari dosa-dosa, taubatnya orang khawas taubat dari ghaflah (lalai mengingat Tuhan)”.
Bagi golongan khawas atau orang yang telah Sufi, yang di pandang dosa adalah ghoflah (lalai mengingat tuhan). Ghaflah itulah dosa yang mematikan. Ghaflah adalah sumber munculnya segala dosa. Dengan demikian taubat adalah merupakan pangkal tolak peralihan dari hidup lama (ghaflah) ke kehidupan baru secara sufi. Yakni hidup selalu ingat Tuhan sepanjang masa.
Kerana taubat menurut Sufi terutama taubat dari ghaflah, maka kesempurnaan taubat menurut ajaran Tasawwuf adalah apabila telah tercapai maqam “attaubatu min taubatihii” yakni mentaubati terhadap kesedaran keberadaan dirinya dan kesedaran akan taubatnya itu sendiri.
No comments:
Post a Comment