Empat faktor manusia jahat di sisi Allah yang berpunca dari tiada tersyuhud dirinya dalam keEsaan Allah, iaitu:
Bersifat Keakuan - Merasai dapat melakukan apa jua urusan tanpa perlu bergantung pada Allah.
Terhijab Hati - Tidak dapat memandang bahawa segala yang ada menunjukkan (dalil) kepada kewujudan Allah.
Makhluk Berkuasa - Melihat diri, makhluk atau apa jua di alam ini mempunyai kuasa dengan tabiat mereka tanpa ada kuasa Allah di sebaliknya.
Salah faham Hal Takdir - Melihat takdir yang baik dari Allah, takdir yang jahat datang dari kuasa Iblis, bukan dari Allah. Ia berlawanan dengan hukum Iman yang mewajibkan beriman pada takdir baik dan buruk dari Allah.
Empat kejahatan ini perlu dihapuskan mengikut perjalanan Ahli Tauhid dengan memfanakan diri dalam Af'al dan Sifat Allah, yakni segala sifat hakikatnya adalah Hak Allah. Dengan cahaya Ihsan, seorang itu dapat menyaksikan (syuhud) diri dan alam dalam Keesaan Allah.
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (QS. Al-Ikhlas: Ayat 1).
No comments:
Post a Comment