Wednesday, February 3, 2016

SIFAT 20 DALAM BISMILLAH

Kenyataan Sifat Dua Puluh Allah Di Dalam Bismillahirahmanirahiim.

1.Bismillah dalam erti ILMU SYARIAT bermaksud "Dengan Nama Allah".
2.Bismillah dalam erti ILMU HAKIKAT bermaksud "Akulah Allah"
3.Bismillah dalam erti ILMU MAKRIFAT bermaksud "Akulah Allah ZAT yang MUTLAK yang menjadikan LANGIT, BUMI dan ISINYA dan Akulah yang Maha MENGETAHUI atas apa yang AKU jadikan."

1. Adapun kalimah BISMILLAH itu dimulakan dengan HURUF ALIF yang TERSEMBUNYI kerana MENYATAKAN RAHSIANYA di dalam ALIF itu maka sebab itu tiada kita dapat melihat HURUF ALIF di dalam BISMILLAH itu. Di mana duduknya ALIF ini disebut sebagai ALIF AZALI ataupun ALIF RAHSIA ZAT yang WAJIBAL WUJUD.

2. Adapun yang dikatakan ALIF RAHSIA itu bertemu antara ALIF dan LAM. Rupa bentuk hurufnya seperti MATA KAIL PANCING. Disinilah RAHSIA Allah hendak MENYATAKAN kebesaran ZATNYA yang menjadikan LANGIT dan BUMI serta ISINYA. Kemudian diberi ALIF-LAM itu BERTITIK di bawah iaitu satu TITIK maka BAHARULAH ALIF-;LAM itu BERBUNYI sebagai BA. Maksud BA itu adalah BAHARU, ertinya BAHARU ALAM ini. Tiap-tiap yang BAHARU itu akan BINASA. TITIK pada BA itulah AWALNYA MUHAMMAD kerana ASAL Muhammad itu daripada NOKTAH yang GHAIB, Yang dinamakan AHYAN SABITAH maka inilah ASAL Nabi kita semua namanya NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

3.A LIF dan BA itu BERTEMU kerana ALIF itu ZAT MUTLAK dan BA itu TEMPAT MENYATAKAN segala ILMU serta KEBESARANNYA pada BA itu.Kemudian disambung dengan HURUF SIN untuk MENYATAKAN RAHSIANYA didalam SIN itu yang bermaksud SIN itu adalah SIR, Makna SIR adalah GHAIB iaitu TIADA DAPAT DILIHAT tetapi hanya orang yang menjalani MAKRIFAH dan yang MENGENAL ilmu rohani sahaja akan dapat MENGETAHUINYA.Kemudian disambung dengan MIM maka berbunyi BISMI. Maksud MIM itu menyatakan akan NAMA ZATNYA yang bernama HU. Semasa inilah diturunkan HURUF ALIF, LAM, LAM, HA iaitu (Allah).Disini BAHARULAH Tuhan menyatakan AKULAH bernama Allah di dalam kalimah BISMILLAH.

Sifat Nafsiah itu bismi. Nafsiah itu ertinya WUJUD. Wujud itu adalah Allah yang mempunyai SIFAT-SIFAT yang WAJIB setiap MUSLIM ketahuinya. Allah Taala itu mempunyai 300 sifat kerana mengambil nama-nama Allah pada kitab TAURAT 300, Kitab ZABUR 300, Kitab INJIL 300, Kitab AL-QURAN 99 dan SATU RAHSIA. Inilah Para Pencinta ILMU PENGETAHUAN DUNIA AKHIRAT mencarinya yang dikatakan "AKU MENGENAL Allah DENGAN Allah". Wajiblah setiap MUSLIM MENTAHAKIKKAN KEIMANAN kepada yang SATU iaitu Allah S.W.T ZAT yang WAJIBAL WUJUD maka inilah SIFAT NAFSIAH iaitu satu sifat WUJUD.

Sifat Salbiah yang masuk kepada Kalimah Allah itu LIMA SIFAT iaitu sifat qidam, sifat baqo, sifat mukhalafatuhu lil hawadis, sifat qiamuhu taala binafsihi dan sifat wahdaniat. Sebab dikatakan SIFAT SALBIAH yang masuk kepada kalimah Allah itu kerana Allah TAALA telah QIDAM (SEDIA) adaNYA.

Firman Allah Taala: ”AKU YANG AWAL TIADA PERMULAAN DAN AKU YANG AKHIR TIADA KESUDAHAN"

Tetapi Setiap HAMBA CIPTAAN ada permulaan dan tiada kesudahan, Allah Taala itu juga LAYSA KAMISLIHI SYAI'UN ertinya TIDAK DAPAT DIUMPAMAKAN dan TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN, maksudnya ialah ZAT Allah itu SENDIRI yang dapat digambarkan hanya yang diciptakannya seperti ALAM dan ISINYA.

No comments:

Post a Comment