Wednesday, February 3, 2016

HAKIKAT SYAHADAT DAN HAKIKAT SOLAT

Sesungguhnya sahadat adalah merupakan rukun islam yang pertama dimana seseorang itu ingin menjadikan islam sebagai cara hidupnya haruslah terlebih dahulu mengucap dua kalimah sahadat i itu:-

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah sahadat maka selama itulah dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam. Dalam pengertian syariat, dua kalimah sahadat itu ialah "aku menaik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku menaik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimah sahadat itu tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau sekurang2nya menyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya sahadat itu sendiri,kita lihat ibu bapa kita melafazkan sahadat maka kita pun turut berbuat demikian, namun begitu tak pernah bertanya kenapa kita harus melafazkanya?

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang lain daripada dua kalimah sahadat. Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita bertanya kenapa LA ILA HA IL LAAllah itu boleh membawa pengertian "tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah" sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah terdapat perkataan tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah (PAK BUDUU HU) tetapi di dalam pentafsiran erti baik bahasa oleh para ulama syariat ada perkataan "tuhan" dan "sembah" dan kenapa pula sahadat tersebut tidak boleh dikatakan begini.

لاربي فاعبدوني الا الله

yang mungkin lebih sesuai untuk diberi erti "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah" tetapi islam tetap mengunakan lafaz sahadat dengan..لااله الاالله yang membawa pengertian kepada tiada yang nyata hanya Allah. لا اله الا الله

TIADA NYATA HANYA ALLAH

Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para alim ulama syariat adalah jauh,tidak menepti daripada matlamat sebenar yang hendak dinyatakan oleh sahadat itu sendiri disamping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam sahadat itu boleh di samakan kepada tuhan dan apakah sebenarnya begitu? Begitu juga apabila kita melafazkan ..محمدارسول الله itu apakah benar membawa satu pengertian kepada "Nabi Muhammad itu persuruh Allah" jika benar begitu kenapa Nabi Adam Alaihimu Sallam bapa sekalian manusia juga mengucap sahadatnya dengan mengkhabarkan sahadatnya itu dengan lafaz Muhammad Rasulullah dan seterusnya Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan rasul2, wali2 Allah sebelum zahir Nabi Muhammad saw mengucap dengan ucapan yang sama atau dalam hal yang lain ada dikalangan kita akan berkata nabi2 sebelum zahirnya Nabi Muhammad mengucap dengan cara lain, jika benar begitu apakah mereka difahamkan bahawa islam itu hanya baru ujud pada zaman Muhammad saw dan benarkah islam tidak pernah ujud sebelumnya,dan jika benar ucapan Muhammad RasuluLlah itu fahaman kepada Nabi Muhammad,kenapa pula Nabi Muhammad juga mengucap seperti kita mengucap sekarang,dan kenapa pula RasuluLlah tidak mengucap begini.

واشهدن لاربى فاعبدوني الا الله واشهدانا رسول الله

yang lebih sesuai membawa kepada pengerian "aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa akulah persuruh Allah”. Pendek kata banyaklah lagi persoalan2 yang harus ditanya oleh kita apabila kita melangkah dan berusaha mencari dan menggali pengertian sahadat yang benar,justeru itu marilah kita membincangkan bersama2 akan hakikat sahadat mengikut pandangan hakikat dan makrifat dan marilah kita sama2 menggali makna hujung jatuh sahadat itu sendiri agar kita sama2 dapat memahaminya dengan mendalam dan dapat pula berpegang dengan pemahaman kita itu.
Adapun kalimah sahadat itu adalah:-

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

dan sesungguhnya اشهدان لااله الاالله adalah dinamakan sahadat tauhid dan

واشهدان محمدارسول الله

adalah pula sahadat rasul.

Sebab kalimah..LAILAHAILLAllah.. dinamakan sahadat tauhid adalah didalam kalimah tersebut kita bersaksi dengan penuh rasa bahawa tiada yang lain hanya Allah semata2 tiada bersekutu baginya dalam segala2 hal dan tiada sesuatu pun yang bercampur aduk denganya kecuali DIA sendiri,oleh itu kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang nyata pada kita hanya Allah semata2,kita nafi tubuh kita dan kita isbatkannya kepada Allah semata2 (diri batin kita).

Adapun kalimah

 واشهدان محمدارسول الله

itu dinamakan sahadat rasul,sebab pada kalimah ini kita melafazkan bersaksi bahawa yang menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalah Muhammad iaitu diri zahir kita,dan dengan melafazkan kalimah tersebut maka berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahawa diri zahir kita tetap akan menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat selama2nya. Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (ruhani), dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (jasmani). Diri batin adalah sebenar2 diri yang menyatakan rahsia tuhan dan untuk menyatakan diri rahsia Allah tersebut adalah diri zahir kita...jadi diri zahir kitalah yang menyatakan rahsia ketuhanan Allah Taala,oleh yang demikian diri zahir kita digelar HAKIKAT RASUL.

APABILA KITA MELAFAZKAN:-

لا اله الا الله

TIADA NYATA HANYA ALLAH

MAKNANYA: tiada nyata hanya Allah....dari sini jelaslah kalimah LAILAHALILLAH itu sudah terang diri batin kita,bila saja kita melafazkan kalimah tersebut dengan jelas kita memperakui dengan sesungguhnya bahawasanya tiada nyata hanya DIAlah Allah yang dikandung oleh tubuh zahir kita.

ADAPUN KALIMAH: MUHAMMADRASUL Allah pula menyatakan diri kasar kita kerana hakikat bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf MUHAMMAD, justeru itu menakala kita melafazkan kalimah. 

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Maka kalimah yang telah dilafazkan itu adalah meliputi pada menyatakan diri batin dan diri zahir kita (ruhani dan jasmani) iaitu kita menyaksikan bahawa yang dikandung oleh diri kasar ini adalah diri rahsia Allah Taala dan diri kasar inilah merupakan sarung, seperti firman Allah yang bermakna :MANUSIA ITU ADALAH RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA”

Allah Taala telah mengurniakan manusia untuk memegang dan bertangungjawab terhadap rahsia yang ditanggung oleh manusia itulah Allah Taala memberi satu penghormatan besar terhadap kejadian manusia, seperti firman-Nya: 

لقدخلقنا الانسان في احسن تقويم

sesungguhnya Aku kurniakan akan manusia itu satu kejadian yang sebaik2nya.

Kejadian manusia adalah satu2 kejadian yang paling rapi,elok tersusun pada zahir dan batin,duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusia sahajalah kejadian Allah yang sanggup memegang rahsianya,sedangkan sebelumnya Allah sendiri pernah menawarkan rahsia ini kepada langit, bulan, bukit untuk menanggungnya tetapi semuanya makhluk kejadian tersebut tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya:- seperti firman Allah yang bermaksud:" sesungguhnya rahsia aku ini pernah aku taruhkan kepada langit, bumi, gunung-ganang tetapi mereka enggan menerimanya kerana takut mengabaikannya, tetapi yang sanggup menerima adalah manusia”. Dari itu apabila kita mengucap akan kalimah

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

maka bererti kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata2 dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyata rahsia Allah semata2. Adapun solat itu adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri,kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah Taala dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata2,tiada satu jua pun yang kita punya kecuali hak Allah semata2,jika diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuah kotak radio yang hidup dengan mengharapkan siaran dari stastion besar semata2,dan perlu di ingat bahawa berfungsinya radio tersebut kerana dapat menerima gelombang siaran dari station besar,yang demikian jika habislah siaran atau rosaknya penerimaan siaran maka sudah tentu kotak radio tersebut akan dibuang menjadi sampah,maka begitulah kita.

Kita akan berguna di sisi Allah jika kita dapat menanggung amanah rahsia itu serta dapat berfungsi dan bertindak mengenal diri kita sendiri,kerana apabila kita berjaya dapat mengenal diri kita,maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diri Allah itu sendiri, firman Allah dalam hadis qudsi:

من عرف نفسه فقد عرف ربه

ertinya,barangsiapa mengenal dirinya maka kenAllah tuhannya.

Oleh itu jika kita tidak mengenal diri kita,maka kita adalah lebih hina daripada sampah di sisi Allah. Adapun solat/solat itu bukanlah sekali ertinya menyembah kerana apabila disebut sembah,maka sudah tentu membawa pengertian bahawa ada yang menyembah dan ada pula yang kena sembah dan tiap tiap yang disembah sudah pasti ada di hadapan yang menyembah.

Justeru itu bagaimana halnya dengan Allah yang bersifat bersalahan dengan benda-benda itu ujud,ujud dihadapan untuk di sembah,dan jikalau Allah di hadapanya maka ertinya Allah bertempat,jika ini iktikad kita maka kafirlah kita jadinya.Lagi pun bagaimana boleh dikatakan solat itu boleh disifatkan menyembah sedangkan manusia itu sendiri pun adalah diri rahsia Allah seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi;

 الانسان سري وانا سره

 "ertinya : manusia itu adalah rahsiaKu dan diri Akulah rahsianya”.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa solat itu sebenarnya adalah satu istiadat menyaksikan diri sendiri dan sesungguhnya diri kita itu adalah kepunyaan Allah semata-mata.Dan sugia di ingatkan bahawa keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah sekali kita boleh beriktikad bahawa Allah SubhanahuwatAllah itu duduk di dalam diri kita,jika kita beranggapan bergitu maka kafirlah jadinya dan keadaan yang diterangkan di atas juga bukan sekali-kali boleh beriktikad bahawa diri batin kita (ROH) itu tuhan dan bertuhankan diri,maka berbuat demikian kafir pula jadinya.

Perlu di ingatkan bahawa kita adalah sebagai kotak radio yang menerima gelombang radio dan rahsia radio,maka untuk menyatakan rahsia radio tersebut adalah station yang memancar siaranya ke kotak radio,maka berbunyilah radio seperti mana asalnya di station besar.Bergitu dengan Allah,Dia memuji diriNya dengan diri rahsiaNya yang dikandung oleh manusia.Seperti firman Allah didalam Hadis Qudsi yang bermaksud:

AKU SUKA MENGENAL DIRIKU SENDIRI,
LALU AKU JADIKAN MAKHLUK INI,
LALU AKU PERKENALKAN DIRI AKU,
KEPADA MEREKA DAN LALU MEREKA,
PUN MENGENAL AKU.

Bermula yang dimaksudkan dengan makhluk di dalam hadis qudsi di atas adalah manusia. Adapun yang dikatakan solat itu berdiri menyaksikan diri kerana semasa solat kita wajib berkata:

"اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله ". 

ertinya bersaksilah aku bahawa tiada yang nyata kecuali Allah (diri batin) dan bersaksilah aku bahawa Muhammad (diri zahir) itu adalah penyaksian Allah (diri batin).

Di sini terang dan jelaslah bahawa kalimah penting itu di lafazkan oleh kita bagi tujuan supaya menilik diri kita dengan matahati kita,bahawa akulah yang membawa rahsia Allah,dan kita menilik dengan mata zahir dan batin kita bahawa kita adalah Allah semata-mata tiada sesuatu pada kita hanya Allah semata-mata. Ucapan penyaksian ini bukanlah sahaja dilafazkan oleh lidah malahan dikatakan bersama oleh semua anggota zahir dan batin kita,masing-masing serentak berdiri menyaksikan diri ini adalah Allah semata-mata, (بالحق الاالله )

Maka di saat melafazkan sahadah tersebut maka gementarlah seluruh tubuh jiwa raga orang arifin billah,maka disaat itu terasalah oleh mereka satu kelazatan yang amat sangat,tiada bahasa yang boleh diterangkan di sini kecuali diketahuilah sendiri oleh mereka yang mengalami dan sampai pula ke martabatnya.

Untuk menegaskan hal di atas Allah SubhanahuwatAllah telah berfirman di dalam Al-Quran:

إنماالموءمنون الذين إذاذكرالله وجلت قلوبهم وإذاتليت عليهم ابته زادتهم ايماناوعلى ربهم يتوكلون 

ertinya" sesungguhnya bagi mereka yang beriman apabila sahaja disebut Allah nescaya gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya bertambah iman mereka kepada Allah mereka bertawakal.

Adapun اشهدان لااله الاالله ertinya bersaksilah aku tiada yang nyata hanya Allah,iaitu bersaksilah aku dengan telingaku, mataku, otakku, kulitku, dagingku, kakiku, dan seluruh tubuhku yang zahir dan batin aku,tiada yang nyata kecuali Allah jua.Aku melihat dan mendengar dengan penglihatan Allah dan pendengaran Allah,tiada aku merasa Allah lah merasa, tiada aku berkehendak, Allah lah yang berkehendak, tidak aku berkuasa, Allah lah yang berkuasa…tidak....tidak...tidakkkk... HANYA Allah SEMATA-MATA.

Seperti firman Allah; 

فاءينما تولوا فثم وجه الله …”

Dimana sahaja kamu berhadap di situlah wajah Allah”.

Cara ini adalah dengan kita menafikan diri kita yang zahir ini dan mengisbatkan diri kita yang batin (Allah).

No comments:

Post a Comment