Wednesday, April 13, 2016

ADAB WAJIB MENDAHULUI ILMU

Berkata guru kami : "Adab wajib mendahului ilmu”. Mrk yg mendahulukan ilmu daripada adab akn menjadi orang berilmu  dan menyampaikan ilmu tanpa adab, maka ilmu tersebut akn binasakan dirinya dengan menjadikan ia hina di sisi Allah dan Rasul serta dari kalangan orang-orang yang soleh:

1. Mereka tiada adab dalam perkara yang  khilaf

2. Mereka tiada adab dlm perkara yang mereka jahil

3. Mereka tiada adab dgn para ulama samada Salaf atau khalaf, ulama tua dan ulama masa kini

4. Mereka tiada adab dan mudah menghukum hal yg mereka tiada sahih maklumat

5. Mereka tiada adab dalam melihat sesuatu hal pd banyak sisi dan pendapat agar mereka tiada zalim berkata-kata hingga bawa pada fitnah dan berburuk sangka sesama saudara Islam

6. Mereka tiada adab dalam mengkritik atau menegur suatu hal yang mereka tidak disenangi

7. Mereka tiada adab dalam  menyampaikan ilmu hingga tiada peduli siapa dlm majlis, tujuan majlis atau juga group dlm bentuk diskusi samada dlm fb, wshaap, telegram dll

8. Mrk tiada adab pd ilmu mrk sendiri dgn tiada amalkannya

9. Mrk tiada sandarkan ilmu2 yg disampaikan pd guru2 atau ulama2 atau sesiapa jua yg diambilnya ilmu@kalam2 tetapi menyandarkan hal tersebut pd diri mrk

10. Mrk tiada adab dgn Allah hingga ilmu yg ada pdnya disandarkan pd dirinya, merasai  Alim dan mulia sdangkan dirinya adalah amat jahil lg hina, maka Allah hinakan mrk dgn disuburkan ketakburan dlm jiwa yg membawa diri mrk semakin buruk adab, ditarik kelazatan dan cahaya hati, hina di mata manusia dan makin jauh dgn Allah..

Kemuliaan insan bukan pd ilmu semata2 tetapi juga adab. "Mereka yg milki ilmu yg sedikit tetapi ada adab adalah lebih mulia daripd mrk yg milki byk ilmu tetapi tiada adab."

2). BERSIHKAN HATIMU

Shaykhuna Habib Umar bin Hafidz berkata: “Hati adalah seperti cermin. Ia akan mewujudkan apa saja yang tersimpan di dalam hati seseorang. Jika hati seorang menyimpan perasaan yang bersih maka penampilan orang itu akan menarik perhatian orang lain kerana perilakunya yang terpuji. Kalau hatinya kotor, maka perilaku orang itu bagaikan asap yang gelap. Sehingga budi pekertinya selalu akan condong kepada keburukan”. Allahuma sholi 'ala sayidina muhammad nabiyil umiyi wa 'alihi wa shohbihi wa salim, rawatlah hatimu dengan zikirullah. (Tn. Hj. Ir Alias Hashim Asy-Syattari).

3). SERAHKAN HIDUPMU HANYA KEPADA ALLAH

”Permintaanmu kepada-Nya bererti suatu tuduhan terhadap-Nya. Permintaanmu bagi-Nya (agar Allah mendekatkan dirimu) menunjukkan engkau jauh dari-Nya. Engkau meminta kepada selain-Nya, bererti engkau tidak punya rasa malu kepada-Nya. Dan engkau meminta dari selain-Nya, disebabkan kerana engkau jauh dari-Nya.” (Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam).

4). Andai kalian sulit untuk membezakan antara orang soleh dan orang munafik maka dirikanlah solat dua rakaat pada waktu malam  dan berdoa lah kalian: “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku orang2 soleh , pertemukanlah aku dengan orang yg menunjukkan aku ke jalanMu serta memberiku makanan dan minumanMu, bahkan menghiasi mataku dengan cahaya kedekatan denganMu dan ia boleh menceritakan kepadaku yang nyata ia lihat, bukan sekadar cerita” (Syeikh Abdul Qadir al Jailani).

5). Petikan isi tausiyah Ust Yunus Kamaruddin Al Kholidi, “Ingatlah kita semua. Tinggi macam mana pun kita belajar, hebat macam mana pun kita beramal, panjang mana pun wirid pagi petang siang malam, Quran kita hafaz 36 Juz sebab siap campur iqra' 6 jilid, tapi kalau tidak ada akhlak, kata Imam Syafi'e tak ada makna di sisi Allah s.w.t. Siapa yang menguasai Matematik itu kelebihannya, siapa yang menguasai Quran itu kelebihannya, siapa yang menguasai Hadith maka itu kelebihannya. Tapi semua yang menguasai ini jika tak ada akhlak, tidak ada nilai di sisi Allah Taala”. Tambahan dari Kalam Ayahandaku: “Sesiapa Yang Tiada Adab Maka Tiadalah Ilmunya Baginya”

6). JIKA KAU KECEWA, BERERTI TAK MEMAHAMI

"Hal yang membuatmu kecewa ketika tidak diberi adalah kerana engkau tak memahami hikmah Allah di dalamnya”. (Syekh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam).  Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa jika kau masih merasa kecewa dan sedih kerana tidak diberi oleh-Nya, itu bertanda kau tidak memahami hikmah di balik pemberian Allah. Seandainya Allah memberimu pemahaman, niscaya kau akan menikmati keadaanmu itu. Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau akan sedar bahawa dengan penolakan-Nya itu, Dia ingin membimbingmu menuju pintu-Nya dan membuatmu bergantung kepada-Nya sehingga kau menjadi salah seorang yang dicintai-Nya.

Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan melindunginya dari perkara-perkara duniawi. Kau juga akan memahami bahawa Allah mendorongmu untuk menempuh jalan para Muqarrabiin. Syekh Fudhail pernah berdoa: "Ya Rabb, Engkau buat aku dan keluargaku lapar. Engkau buat aku dan keluargaku telanjang, tak  memiliki pakaian. Engkau lakukan ini hanya untuk hamba-hamba-Mu yang khusus. Lalu, dengan cara apa lagi aku memohon kebaikan ini dari-Mu?” Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau sedar bahawa dunia ini fana dan kenikmatannya akan sirna sehingga kau keluar dari sana dengan membawa bekalmu untuk akhirat kelak. Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau akan menyedari bahawa penolakan Allah itu adalah kurnia dari-Nya. (Syekh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam, syarah oleh Syekh Abdullah Asy-Syarqawi). 

No comments:

Post a Comment