Wednesday, April 13, 2016

ZIKIR PEMBUKA PINTU LANGIT

Menurut Syekh Ibnu Atha'illah, sebagai tanda bahwa sebuah dzikir sampai pada sirr (nurani terdalam pada jiwa yang kelak menjadi tempat cahaya penyaksian) adalah saat pedzikir dan objek dzikirnya lenyap tersembunyi.  Dzikir sirr terwujud ketika seseorang telah terliputi dan tenggelam di dalamnya. Tandanya, apabila engkau meninggalkan dzikir tersebut, ia takkan meninggalkanmu. (Syekh Ibnu Atha’illah dalam Miftah al-Falah wa Misbah al-Arwah). 

2). KEPENTINGAN 'SELF TALK DENGAN AL-QURAN

Mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting? Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Qur'an baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.  Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston. Jadi mengapa di dalam Islam ketika  mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya: Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh. Maka sel2 yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara. Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh Dr Alfred Tomatis dari Perancis. Sementara itu Dr. Al Qadhi  juga menemukan bahwa membaca Al Qur'an dengan bersuara memberikan pengaruh yg luar biasa terhadap sel2 otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

Seterusnya kajian ini membuktikan sel cancer dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja. Ini terbukti dengan hanya membaca Al Qur'an akan memberikan impak yang hebat dlam proses penyembuhan penyakit cancer. Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Qur'an dan disaat yang sama , sel2 sehat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi. (QS Al Isra' : 82.) Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana: SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL2 TUBUH  ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI! (QS 7 : 55, QS 17: 10)

Mengapa solat berjamaah lebih di anjurkan? Ini kerana ada doa yg dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan memgembalikan sistem yang rosak. Mengapa Islam tidak menganjurkan mendengar lagu hingar bingar ? Ini kerana telah dibuktikan bahwa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG

Maka kesimpulannya: Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dgn murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan. Maka bacalah Al Qur'an , kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.

3). BERWASPADA DENGAN PENGAKUAN "AKU"

SEBAIK mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain. Hari ini, ramai orang bersolat di Masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan Solat Sunat, menuntut ilmu..tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan.

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU ("aku" lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan Iblis Laknatullah daripada seorang Hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada Makhluk yang paling HINA sehinggalah ke Hari Kiamat. Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para Malalaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya.

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun Ilmu dan Amalan kita lebih banyak daripada mereka. Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya. Tetapi golongan yang bersifat merasakan diri nya lebih bagus dari org lain ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya. Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini. Peringatan buat diri yang hina ini dan ahli-ahli keluarga serta sahabat yg dikasihi sekalian. (Ustaz Iqbal Zain). 

No comments:

Post a Comment