Bila durian mula luruh suatu masa dulu, ayah menghimpun buah durian yg baik beberapa hari lalu dibuat kenduri. Bila ditanya, kenapa tak jual dulu kerana buah ini tentu mahal sebab awal musim, ayah hanya berkata, "Apa yang nak diberi kepada Allah, sepatutnya yang terbaik, yg paling kita sayang”. Mari kita fikir sikit hal ini. Bila bersedekah, kebanyakan orang akan memberi yang lebihan, mencari duit syiling untuk tabung masjid, mencari note seringgit untuk pemungut derma. Ada lebih duit, baru bagi. Hakikatnya apa yg disedekahkan, apa yg dibelanja di jalan Allah itulah yg kekal menjadi milik kita di akhirat, manakala yg dibelanja untuk diri di dunia ini tidak ada nilai pada sisi Allah, akan menjadi najis atau mereput ditinggalkan akhirnya. Jadi mengapa sedekah jariah menunggu ada lebih baru bagi..
Sebaikmana makanan, ke lubang tandas juga sudahnya, secantik mana kereta, kekedai botol juga suatu hari, sehebat mana rumah, akan buruk juga pada pandangan mata suatu masa nanti. Tetapi sekecil mana sedekah jariah akan tetap besar ganjarannya pada sisi Allah dan kekal. Tetapi mengapa banyak orang menghabiskan banyak belanja ke arah dunia berbanding untuk diberi ke jalan Allah, memberi yg lebihan shj, sedangkan yg isi,yg baik dibelanja utk diri. Tidakkah kita insan yg teruk bila yg diberi kpd Allah adalah yg lebihan sahaja, bukan yg utama. Kerapkali juga sesuatu yg dah tidak habis dimakan, tak habis diguna baru nak disedekahkan. Buah buahan yg tak boleh terjual atau harga terlalu murah, barulah nak disedekah. Lauk kenduri dah tak habis baru diusung ke surau, ke rumah anak yatim, sekolah tahfiz nak disedekah, masa awal bukan main kawal lauk, letak orang cedokkan. Lauk pauk di rumah yg tak habis dimakan baru nak dihulur pada jiran tetangga.
Tidakkah terasa ibarat kita memberi sesuatu yg telah tidak habis kpd Allah? setelah perut tidak ada ruang untuk diisi. Orang Melayu dahulu yg ada dusun buah, akan berkenduri buah sulong dahulu sebelum dijual, pesawah akan berkenduri beras baru bila menuai untuk menunjukkan rasa syukur dan mendahulukan Allah dlm semua perkara. Tetapi kita menunggu di hujung, bila rak habis baru nak diberi sebagai sedekah jariah. Bagi kain baju terpakai sebagai sedekah itu baik pada maksud tidak mahu membazir. Tetapi mengapa tak juga beri pakaian baru sbg sedekah untuk bukti bahawa kita juga boleh bersedekah yg baru terutama kpd yg yatim, yg miskin, yg ditimpa bencana. Memberi kpd mereka juga ibarat memberi kpd Allah kerana Allah yg suruh membantu golongan ini.
Ditinjau dari aspek umur pula, ketika muda, gagah, seluruh masa dan tenaga dikerah untuk bekerja, untuk diri, untuk merebut dunia, bila usia lanjut barulah sisa hidup yg ada nak dikerah kpd Allah, setelah lutut menggeletar, tubuh tidak berdaya. Congaklah berapa banyak masa kita bekerja berbanding masa beribadat dlm hidup. Itu jika ditinjau pada umur usia, tetapi jika ditinjau pada sehari dlm hidup pun, masa yg diberi kpd ibadat untuk Allah adalah masa yg dipenghujung, bukan yg terbaik. Apa tidaknya, bila solat penghujung waktu, seolah memberi sisa waktu utk ibadat kpd Allah sedangkan masa yg terbaik adalah diawal waktu. Apa yg saya nak sebut disini ialah kita lebih banyak mendahulukan diri dari Allah. Usia kita banyak dihabis utk mengumpul harta, berhibur, bersuka berbanding ibadat, bila dah tak berdaya baru ingat Allah. Masa beribadat bukan yg terbaik diberi kpd Allah.
Apa yg kita beri balik kpd Allah dari rezeki yg kita dapat adalah bukan yg terbaik, tetapi yg lebihan, yg semiaq-semiaq ibarat jika daging, yg diberi kpd Allah lendiran shj bukan daging merah. Ramai yg memberi barangan sedekah pakaian terpakai kpd saya, dimasukkan dlm plastik hitam utk isi sampah, sedangkan ini sedekah jariah, suatu ibadat utk disembah kpd Allah, berbanding bila mereka buat hantaran meminang, bukan main dulang bereben, berlapik kain satin, sedangkan itu pemberian kpd manusia. Sepatutnya segala yg terbaik diberi kpd Allah. Wallahu a’lam. (Tulisan: Cgu Abd Ghani Haron).
2). JANGAN CEPAT TERPESONA DENGAN UJIAN YANG TERSIRAT
”Himmah (hasrat) seorang salik takkan berhenti ketika tersingkap baginya tirai rohani (terjadinya kasyaf), melainkan suara-suara hakikat (hawaatif al-haqiiqah) akan berseru padanya, ’Apa yang engkau cari masih ada didepanmu!’ Tidak pula terlihat keindahan alam, melainkan hakikatnya akan menyeru padamu, ’Kami hanyalah batu ujian (fitnah), maka janganlah engkau kufur”. (Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam).
3). Wahai saudaraku, mengertikah engkau apakah yg dimaksudkan dengan QANAAH? Qanaah adalah merasa puas atas pemberiaan yang sudah diterimanya. Puas dengan memperbanyak bersyukur dan menghindari sifat rakus. Itulah yang disebut qanaah. Berhentinya keinginan terhadap apa yang sudah diberikan kepadamu, dan tidak ada lagi keinginan untuk meminta tambahan lagi, maka itulah sikap orang arif (makrifat). (Sheikh Abdul Qadir Al Jilani).
No comments:
Post a Comment