Dan setiap malam-malam Ramadhan itu adalah malam yg khusus, dan setiapnya ada dikhaskan kebaikan tertentu. Di dalamnya ada rahmat Allah dan berkat yg sgt banyak. Dan dalam bulan Ramadhan, ada 3 hari yang lebih agung drpd malam-malam lainnya, iaitu:
1. Malam pertama Ramadhan. Dinamakan oleh baginda Rasulullah SAW “Malam Allah memandang hamba-Nya”. Maka sesiapa yg dipandang oleh Allah s.w.t, maka tiadalah dia akan celaka. Dan perkara ini berulang setiap kali datang Ramadhan. Dan oleh itu perlu bersedia sebelum datang mlm pertama bulan Ramadhan. Bagaimana nak bersedia untuk mendapatkan pandangan Allah s.w.t? Dengan zahir dan batin. Secara zahir adalah dengan mandi dan pakai pakaian yang baik. Secara batin ialah dengan hati yang bersih, tanpa rasa marah, atau penyakit hati yg lain. Kita akan menyambut Ramadhan dengan pakaian yang baik, dan hati yang bersih demi mendapatkan pandangan Allah s.w.t
2. Malam terakhir di bulan Ramadhan. Allah s.w.t memberitakan di malam itu dan sepanjang bulan Ramadhan akan ada orang yg dibebaskan dari api neraka.
3. Hari Jumaat yg terletak pada hari ganjil. Merupakan hari-hari yg sgt maqbul. Adapun Lailatul Qadr ialah malam yg paling agung daripada 3 mlm di atas. Pada mlm ini auliya Allah s.w.t akan terlihat pada mereka perkara yang ghaib. Ada yg melihat cahaya yang terang dari langit, dan ini dikatakan kerana banyaknya malaikat yang turun ke bumi. Begitu juga berkat auliya yg sgt banyak pada mlm itu.
Sabda Nabi SAW - “Siapa yg mendapatkannya lailatul qadar, maka akan mendapatkan kebaikan keseluruhannya. Siapa yg tidak dapat, maka tidak mendapat kebaikan keseluruhannya”. Pd mlm Ramadhan semua 8 pintu syurga dibuka. Dan semua pintu-pintu neraka ditutup. Dan semua pintu langit dibuka. Semua pintu rahmat dibuka. Dan dikatakan org2 yg meninggal dlm bulan Ramadhan akan masuk syurga kerana pintu syurga dibuka, dan pintu neraka ditutup. Maka roh mereka akan masuk ke pintu syurga. Sepertimana kita menjaga harta-benda kita, begitulah kita perlu menjaga puasa dan amalan kita. Dlm siang hari Ramadhan jgn guna mulut untuk perkara yang tidak baik, yg jahat dsb.
Dan menjaga puasa pada siang hari dengan tidak melihat yg haram, contohnya memandang aurat, melakukan perkara yg merosakkan sesuatu dll. Dan kita meminta sentiasa dgn doa:
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻧﻲ ﺍﺳﺎﻟﻚ ﺭﺿﺎﻙ ﻭﺍﻟﺠﻨﺔ ﻭﺍﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﺳﺨﻄﻚ ﻭﺍﻟﻨﺎﺭ
Dan begitu juga dengan selalu minta doa berikut, setiap masa:
ﺍَﻟﻠَّﻬُّﻢَ ﺍِﻧِّﻰ ﺍَﺳﺄَﻟُﻚَ ﺍﻟْﻌَﻔْﻮَ ﻭَﺍﻟْﻌَﺎﻓِﻴَﺔَ ﻭَﺍﻟْﻤُﻌَﺎﻓَﺎﺓَ ﺍﻟﺪَّﺋِﻤَﺔَ ﻓِﻰ ﺍﻟﺪِّﻳْﻦِ ﻭَ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴﺎَ ﻭﺍْﻻﺧِﺮَﺓِ
"Ya Allah, aku memohon dari-Mu ampunan dan kesihatan (zahir dan batin) serta keselamatan dari segala gangguan dalam agama, dunia dan akhirat.”
Perbanyakkan doa itu pada setiap waktu, tempat dan boleh juga sebut doa itu untuk org yang kita kasihi - tambah “li” (bagi) fulan (ibu/bapa/etc).
Bila datang 10 mlm Ramadhan yg terakhir, jika mlm itu mlm Jumaat dan adalah pula hari yg ganjil maka perlu perbanyakkan permintaan terutamanya doa:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧَّﻚَ ﻋَﻔُﻮٌّ ﺗُﺤِﺐُّ ﺍﻟﻌَﻔْﻮَ ﻓَﺎﻋْﻒُ ﻋَﻨِّﻲ
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan (hamba-Mu), maka maafkanlah aku.”
Di bulan Ramadhan jgn kita makan atau minum dengan banyak tapi berpada-padalah, agar hati tenang dengan iman. Makan banyak boleh sakitkan badan. Beginilah insyaAllah kita menjaga Ramadhan kita. Dlm bulan Ramadhan, kita baca Al-Quran. Kalau tak mampu, baca surah Al-Ikhlas setiap masa, ketika berjalan, memandu kereta dsb, kerana itu surah teragung dalam Al-Quran dan selawat kpd Rasulullah SAW dan setiap cahaya iman itu berasal dari Nabi Muhammad SAW. Kelebihan kebaikan drpd ummah itu semua berasal daripada Nabi Muhammad SAW. Sebelum tidur kita berselawat 20x. Setelah solat Subuh dan Asar, selawat 100x. Maka akan datang rahmat dan berkat dari Allah s.w.t kerana Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment