Sewaktu baginda Rasulullah saw gering, terlontar satu soalan pada Jibril a.s, ”Wahai Jibril, adakah kau akan turun ke bumi setelah aku tiada?”, "Masih lagi Ya Rasulullah, aku turun ke bumi utk mengambil 10 Mutiara hidup peninggalan mu. Lalu Baginda s.a.w bertanya kembali, “Mutiara apakah yang kau akan ambil?
Jibril a.s. menjawab:
Mutiara Pertama yang akan ku ambil dari muka bumi ini adalah barakah.
(الأَوَّلُ) أَرْفَعُ البَرَكَةَ مِنَ الأَرْضِا”
Mutiara Kedua yang akan ku ambil dari bumi adalah rasa cinta dari hati manusia.
( وَالثََّانىِ) أَرْفَعُ المَحَبَّةَ مِنْ قُلُوْبِ الخَلْقِ
Mutiara Ketiga yang akan ku ambil dari bumi ini adalah rasa kasih sayang diantara keluarga (rasa kasih sayang antara keluarga semakin menipis).
(وَالثََّالِثُ) أَرْفَعُ الشُّفْقَةَ مِنْ قُلُوْبِ الأَقاَرِبِ
Mutiara ke Empat yang akan diambil oleh Jibril dari bumi ini adalah keadilan di hati pemimpin.
(وَالرَّابِعُ) أَرْفَعُ العَدْلَ مِنَ الأُمَراَءِ
Mutiara Kelima yang akan ku ambil dari bumi ini adalah rasa malu dari wanita.
(وَالخاَمِسُ) أَرْفَعُ الحَياَءَ مِنَ النِّساَءِ
Mutiara Ke Enam yang akan ku ambil dari bumi adalah rasa sabar dari orang-orang miskin.
(وَالسَّادِسُ) أَرْفَعُ الصَّبْرَ مِنَ الفُقَراَءِ
Mutiara Ketujuh yang akan ku ambil dari bumi adalah wara dan zuhud dari para ulama.
(وَالسَّابِعُ) أَرْفَعُ الوَرَعَ وَالزُهْدَ مِنَ اْلعُلَماَءِ
Wara' adalah cukup berhati-hati menjaga diri dari yang syuhbat dan yang haram, sedangkan zuhud itu tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika wara' dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya terjejas.
Mutiara Kelapan yang akan ku ambil dari bumi adalah dermawannya orang-orang kaya.
(وَالثََّامِنُ) أَرْفَعُ السَّخاَءَ مِنَ الأَغْنِياَءِ
Mutiara Kesembilan yang akan ku ambil dari bumi adalah Al-Quran.
(وَالتَّاسِعُ) أَرْفَعُ القُرْآنَ
(menghilangkan ruh al-Qur’an itu sendiri sebagai panduan dalam kehidupan)
Dan yang terakhir, mutiara yang akan ku ambil dari bumi adalah iman.
(العاَشِرُ) أَرْفَعُ الإِيْماَنَ
(Ini adalah mutiara paling berharga diantara sembilan mutiara lainnya).
(Kitab Nur al-Abshar, karya asy-Syabalanji).
2). CINTA DAN BENIH KEBAHAGIAAN
Imam Al-Ghazali mengatakan: “Cinta adalah benih kebahagiaan. Cinta kepada Allah dapat ditumbuhkan dan dikembangkan melalui ibadah. Ibadah dan zikir yang terus menerus akan mencerminkan tingkat pengendalian dan pengekangan nafsu badan. Ini tidak bererti ia harus memusnahkan seluruh nafsu badan, kerana jika begitu maka ras manusia akan musnah. Namun, pemuas hasrat tubuh itu harus dikawal secara ketat. Dan, kerana manusia bukanlah hakim yang terbaik untuk menghukum diri sendiri, maka ia harus merundingkan penetapan kawalan batasan-batasan itu kepada pembimbing rohani, yakni para Nabi. Hukum yang mereka tetapkan berdasarkan wahyu Allah yang harus ditaati. Orang yang melanggar bererti telah menganiaya dirinya sendiri. Ramai orang mengaku mencintai Allah, tetapi kecintaannya sama sekali tak teruji. Untuk menguji rasa cintamu, perhatikanlah kemana kau akan condong ketika perintah-perintah Allah datang bertepatan dengan hasrat keduniawianmu? Orang yang mengaku mencintai Allah, namun tetap membangkang kepada-Nya, bererti pengakuannya itu dusta belaka”. (Imam Al-Ghazali, kitab Kimiya As-Sa’adah).
3). DUNIA BUKAN SEGALANYA
Aduhai, betapa celakanya engkau jika kau sangka dunia ini telah menjadi segala-galanya. Tidak, sahabat. Di sini, di tempat bernama dunia ini, tidak ada yang segala-galanya. Hanya manusia yang tak percaya keabadian akhirat yang akan menjadikan dunia ini segala-galanya. Ingatlah, dunia yang kau lihat gemerlap ini hanya sekadar bayangan wujud. Hanya setitis air. Hanya senafas kehidupan. Hanya beberapa tahun. Dan setelah itu, engkau akan memasuki gerbang keabadian. (Tn Hj Ir. Alias Hashim: Syarah Kitab Hikam).
4). HAKIKAT PUASA DAN RAYA INSAN MUKMIN
Dunia ini seluruhnya adalah bulan puasanya orang-orang yang bertaqwa, sedang hari rayanya adalah hari pertemuan dengan Rabb-Nya. Dan sesungguhnya sebagian besar puasa di siang harinya telah lewat dan hari raya pertemuannya telah dekat (Lahaiful Ma’arif, hal.43). (Tn Hj Ir. Alias Hashim: Syarah Kitab Hikam).
5). SUCIKAN HATIMU
Wahai orang yang menghadapkan hatinya kepada pengaruh cengkaman alam benda yang palsu ini (aghyar)! Sucikanlah hatimu dengan air istighfar. Campurkanlah ia pada kali yang ketujuh untuk menyucikan najis ini dengan tanah tazallul (tunduk patuh) dan inkisar (lebur hati / rasa rendah diri). Janganlah anda menghadapkan hatimu kepada yang lain melainkan kepada Dia saja. Janganlah anda jatuhkan kehinaan dan inkisarmu (rasa rendah dirimu) itu kecuali di hadapan-Nya saja. (Tn Hj Ir. Alias Hashim: Syarah Kitab Hikam).
6). LATIHAN YG DILALUI SI SALIK
Ketika menjalani latihan kerohanian secara Tarekat Tasawuf, si salik ditarbiyah rohaninya agar bersegera syuhud kepada Allah dan menyibuk hatinya dengan Allah dan bermujahadah... kehidupannya perlu disibukkan dengan Allah, dipenuhi dengan amal ibadat seperti solat, puasa, berzikir dan lain-lain Semua amalan tersebut dilakukan bukan bertujuan untuk mengejar syurga semata tetapi ditarbiyah agar hati semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan mendekatkan diri kepada-Nya. Hanya untuk Allah tanpa sekutu. Tanpa berharap sesuatu selain-Nya, tujuannya hanya Allah. Amalan seperti inilah yang membuka pintu hati untuk berpeluang mengalami haal-haal yang membawa kepada hasil yang diharapkan iaitu makrifatullah dan Marhabah( Cinta) serta fana daripada selain Allah dan memperolehi Hakikat Tauhid Murni lagi hakiki. (Tn Hj Ir. Alias Hashim: Syarah Kitab Hikam).
assalamualaikum tuan..mohon maaf sekiranya permintaan saya mencarikkan adab..ingin bertanya baerkaitan hadith jibril dan 10 mutiara yang diambil...bagi menjawab pertanyaan jemaah yang bertanya mengenai hadith ini yang diriwayat drpd imam syabalanji di dalam kitabnya...apakah hadith ini termasuk dalam hadith hasan atau lainnya...mohon pencerahan...
ReplyDelete