Monday, April 11, 2016

ANTARA 7 PERKARA MATI DALAM KEADAAN HUSNUL KHOTIMAH

1. Mati sebagai seorang syahid - Jangan kamu sangka orang yang mati syahid itu mati padahal mereka hidup. Syahid yang paling baik ialah Syahid dunia & akhirat, kedua syahid akhirat, dan ketiga syahid dunia.

2. Mati dalam keadaan tidak menyusahkan orang.

3. Mati dalam keadaan 'jismun salim' yakni mati dalam keadaan anggota badan yang sempurna.

4. Mati di tempat yang baik - Mati di dalam masjid ketika melakukan ibadah, mati di Makkah @ Madinah.

5. Sedang membuat benda/ perkara yang baik - Orang yang mati di dalam keadaan solat walaupun pertama kali dia melakukan solat, maka esoknya dia dibangunkan oleh ALlah SWT di akhirat seperti orang yang solat penuh di seumur hidupnya.

6. Mati pada ketika saat dan ketika yang baik - Orang yang mati pada hari jumaat, dan ditanam pada hari jumaat akan terlepas seksa kubur.

7. Mati dapat menyebut kalimah ' Laa Ilaha Illallah’ - Siapa yang mati diakhir kalamnya 'Laa Ilaha Illallah' maka dia akan masuk syurga.

2). MENGENALI WANGI AROMA PARA WALI

Sayyidina Yahya bin Mu’adz Ar-Razi mengatakan, “Wali adalah wewangian Allah di bumi. Tidak ada yang mampu mengenali aromanya kecuali orang-orang yang bergelar ash-shiddiqûn.” 

اَلْوَلِيُّ رَيْحَانُ اللهِ تَعَالَى فِيْ أَرْضِهِ، يَشُمُهُ الصِّدِّيْقُوْنَ

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, “Bagi ash-shiddiqûn, aroma wangi sang wali akan tercium hingga lubuk hatinya. Aroma itu lantas menimbulkan gairah rindu mereka pada Tuhannya. Sehingga, ibadahnya semakin meningkat menurut kadar dan derajat akhlak dan kefanaan mereka. Ini kerana, makin tinggi qurbah-nya makin bertambah pula fananya. 

Dan, wali adalah orang yang ada dalam keadaan fana dan selalu musyahadah kepada Allah. Bahkan, dirinya tidak punya kemampuan memilih dan tidak ada “tempat” yang tenang baginya selain Allah. Mereka adalah orang-orang yang diperkuat dengan karamah, tetapi mereka sendiri “tertutup” dari karamah karena tidak diberi izin untuk menjelaskannya. Sebab menjelaskan rahsia ketuhanan adalah kufur”. (Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Sirrul Asrar, terjmh KH Zezen ZA Bazul Asyhab, wakil talqin Tarikat Qadiriyah- Naqsyabandiyah (TQN) Suralaya -Tn. Hj. Ir Alias Hashim Asy Syattari)

3). DIAM DAN LAPAR

Dua ibadah yang orang paling susah nak buat ialah diam dan lapar. Ibadah ini paling mudah sekali, tapi orang susah nak lapar dan susah nak diam. Ini ibadat yang tiada rukun dan tiada modal. Yang kena keluar modal kau rajin buat. Makan kena keluar modal, tapi kau sanggup. Bercakap pun kena keluar modal perkataan, tapi kau sanggup. Diam, kau tak sanggup. Ibadat paling senang, tak payah hafal apa-apa pun. Sepatah pun kau jangan cakap, kau diam saja. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata-kata yang baik, atau diam”. Kalau diam, tak ada berbual-bual, tak ada nak rancak bercerita. Alim-ulama kita, mereka itu tak ada berbual-bual. Mereka itu cuma cakap yang baik atau kalau tiada apa nak cakap, mereka diam. Siapa yang rapat dengan mereka tahulah bahawa begitulah sifat mereka.

Habib Jaafar bin Ahmad Alaydrus, bapa kepada Habib Ali Alaydrus, salah satu sifatnya ialah diam. Sepatah pun dia tak bercakap. Tetamu datang, dia salam tapi diam. Tetamu datang, tetamu balik, dia diam. Bukan dia tak ada kawan untuk berbual. Ada, ada orang datang rumahnya, tapi dia diam. (Wali ini memang kadang-kadang sifat mereka nampak pelik pada kita). Sepanjang hari dia boleh diam. Tapi dia boleh berhenti dari sifat diamnya itu dalam keadaaan tertentu. Contohnya, jika ada orang istimewa seperti Habib Salim As-Syatiri yang datang. Dia akan terus ucap “Ahlan wa sahlan”, diajak masuk dan dia berqasidah dan bercerita. Kenapa begitu? Kerana cakapnya dengan orang itu lebih bernilai daripada diam. Tapi dengan orang lain, nilai diam itu lebih baik baginya, maka dia diam. (Syeikh Abu Zaki As-Singafuri).

4). NILAI SOLAT

Barangsiapa membiasakan dirinya dalam melewatkan/menangguhkan solat, maka dia akan tertangguh dalam semua urusan hidupnya. Perkahwinan, kerjaya, zuriat, kesihatan, kesempurnaan dan taufiq daripada Allah.  Hasan al-Basri berkata: Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu? Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)? Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya. “Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat tepat pada waktunya".

No comments:

Post a Comment