Wednesday, April 20, 2016

CARILAH ALLAH

Sebuah hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah berfirman: “Wahai hambaKu carilah Aku, nescaya engkau akan menjumpaiku, kerana seandainya engkau menjumpai-Ku maka engkau telah menjumpai segala-galanya, dan sekiranya engkau kehilangan-Ku, maka engkau kehilangan segala-galanya. Aku mencintaimu melebihi segala-galanya”. (HR Ibnu Rajab dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya)

Tugas kita didunia adalah untuk mencari Allah sehingga menyaksikan-Nya. Inilah yang terkandung didalam makna syahadah(penyaksian) yang kita ulangi setiap hari. Inilah juga rukun agama yang ketiga iaitu al-Ihsan yakni mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah menyaksikannya. Seseorang yang menyaksikan Allah di alam ini dengan hatinya bermakna dia telah berjumpa dengan Allah. Menjumpai-Nya bermakna menjumpai segala-galanya kerana Allah adalah segala-galanya dan terluput dari-Nya bermakna terluput dari segala-galanya kerana Dialah segala-galanya.

Menjumpai Allah bermakna dia telah berjumpa dengan cinta yang hakiki kerana Dia-lah hakikat kecintaan yang sebenarnya. Bercintalah dengan-Nya kerana Dia takkan menghampakan dan mengecewakan sesiapa dalam percintaan-Nya. Didalam perjalanan hati ini, berdampinglah dan carilah pembimbing yang boleh memimpin kita untuk mencari Allah. Kejujuran hati yang benar dalam mencari Allah akan ketemukan kita kepada mursyid yang boleh menunjuk kita kepada-Nya. (Ustaz Iqbal Zain AlJauhari). 

No comments:

Post a Comment