Maka siapa saja yang telah di liputi Hakikat Ketuhanan sehingga tidak lagi melihat daripada Alam baru, Alam rupa dan Alam wujud diri ini, maka dikatakanlah ia telah fana' dari Alam Cipta. Fana' bererti hilangnya sifat-sifat buruk (maksiat lahir dan maksiat batin) dan kekalnya sifat-sifat terpuji (mahmudah). Bahawa fana' itu : lenyapnya segala-galanya, lenyap af’alnya/ perbuatannya (fanun fil af’al), lenyap sifatnya (fanun fis-sifat), lenyap dirinya (faanun fiz-dzat).
Oleh kerana inilah ada di kalangan ahli-hali tasawwuf berkata: “Tasawwuf itu : mereka yang telah memahami hakikat fana' dari dirinya dan baqa' dengan ALLAH kerana kehadiran hati mereka bersama Allah”. Sahabat Rasulullah yang banyak memperkatakan tentang ‘fana’ iyalah Sayyidina Ali, salah seorang sahabat Rasulullah yang terdekat yang di i'tiraf oleh Rasulullah sebagai ‘Pintu Gedung Ilmu’. Sayyidina Ali sering memperkatakan tentang fana. Antaranya : “Di dalam fana'ku, leburlah kefanaanku, tetapi di dalam kefana'an itulah bahkan aku mendapatkan Al-Haq”.
Demikianlah ‘fana; ditanggapi oleh para kaum sufi secara baik, bahkan fana itulah merupakan pintu kepada mereka yang ingin menemukan Allah (Liqo' Allah) bagi yang benar-benar mempunyai keinginan dan keimanan yang kuat untuk bertemu dengan Allah (Salik). Firman Allah yang bermaksud: “Maka barangsiapa yang ingin akan menemukan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalan Sholeh dan janganlah ia mempersekutukan siapapun dalam beribadat kepada Allah" (Surat Al-Kahfi).
Untuk mencapai liqa' Allah dalam ayat yang tersebut di atas, ada dua kewajiban yang mesti dilaksanakan iaitu pertamanya mengerjakan amalan sholeh dengan menghilangkan semua sifat-sifat yang tercela dan menetapkan dengan sifat-sifat yang terpuji yaitu Takhali dan Tahali. Keduanya meniadakan/ menafikan segala sesuatu termasuk dirinya sehingga yang benar-benar wujud/isbat hanya Allah semata-mata dalam beribadat. Itulah ertinya memfana'kan diri. (Ir. Alias Hashim Asy-Syattariyyah).
No comments:
Post a Comment