Wednesday, April 20, 2016

KEBAIKAN TIDAK AKAN DIPEROLEHI KECUALI MELALUI JALAN TAKWA

Jadilah seorang yang baik, dan carilah kebaikan walau kaya atau miskin. Kebaikan adalah suatu anugerah ilahi, kebaikan tidak akan diperolehi kecuali melalui jalan Takwa. Oleh yang demikian percayalah, kita tidak akan tertarik dengan seseorang kerana hartanya yang banyak, pangkat atau kecantikannya atau namanya akan tetapi kita akan tertarik kerana dia seorang yang baik. Maka jelaslah bahawa pangkat dan status itu bukan suatu ukuran untuk kita menilai diri seseorang. Sebaliknya yang dinilai ialah kebaikkan yang ada padanya, semuanya akan terpancar hasil dari istiqamah dirinya beramal mendekatkan hati kpd Allah SWT, ukurannya ialah kekuatan rohani (jiwa) seseorang bukan hanya ilmu yg tinggi semata-mata.

Allah, DIA-lah Tuhan yg menggengam hati kita, agar nurani, jiwa dan sanubari kita, hanya mengingati-Nya. Tidak ada perkara yg berlaku di luar (kita memiliki rumah besar, pangkat, anak ramai) kecuali dengan izin Allah. Tidak ada satu benda atau satu perkara pun di luar sana, yang boleh menentukan untung nasib dalam hidup kita. Oleh itu, carilah kekayaan ataupun kesenangan, atau kita berada pada tahap kita skrg dan yang pasti kita inginkan kebahagian dalam hidup, bahagia tidak semestinya kita kaya atau kita miskin, kebahagian ialah ketenangan, ketenangan dlm segala urusan hidup, ketenangan dalam ibadah kpd Allah, manisnya ibadah bila kita tenang.

Jika kita tidak melaksanakan tugas sebagai hamba Allah, kita tidak akan tenang. Sebagai khalifah Allah, jika kita tidak mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah, hingga kita sentiasa berada dlm kemurkaan Allah, kita juga berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang. Marilah kita cuba memperbetulkan niat, cuba memperbaiki diri untuk menjadi Hamba Allah yg bersyukur. Seterusnya mendapat ketenangan dan kebaikan di dunia dan kebaikan di negeri Akhirat.

No comments:

Post a Comment