Bismiallahhirahmannirrahim
عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِىِّ قَالَ :
(كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ . قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ : رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ . فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ : مَنِ الْمُتَكَلِّمُ ؟ قَالَ : أَنَا . قَالَ : رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا ، أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُُ ) رواه البخاري (799) .
“Daripada Rifa’ah bin Rafi’ az-Zuraqi yang menerangkan bahwa: Pada suatu hari kami solat di belakang Rasulullah s.a.w . Ketika berdiri (I’tidal) sesudah ruku’ baginda s.a.w mengucapkan,
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Salah seorang yang makmum menyusul ucapan beliau itu dengan berdoa:
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Setelah solat, Rasulullah s.a.w bertanya: ‘Siapa tadi yang berdoa?’. Orang yang tersebut menjawab : " Saya, ya Rasulallah”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku melihat lebih dari 30 malaikat berebut-rebut ingin mencatat doa itu lebih dulu”. (HR. Bukhari:799)
INTISARI KEFAHAMAN HADIS:
1) Bukan semua perkara baru (bidaah) tercela. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan: “Hadis tersebut dijadikan dalil untuk membolehkan membaca suatu zikir yang tidak diberi contoh oleh Nabi s.a.w (ghair ma’tsur) dalam solat jika ternyata zikir tersebut tidak bertentangan dengan zikir yang ma’tsur yang ditunjukkan langsung oleh Nabi Muhammad s.a.w . (Fathul Bari:Il:287).
2) Harus (boleh) makmum mengeraskan suara selama tidak mengganggu orang yang ada berdekatan dengannya. (Fathul Bari:Il:287).
3) Rasulullah s.a.w sengaja bertanya "siapa yang tadi yang berdoa?" Kerana ingin para sahabat yang lain ikut mengamalkan doa tersebut.
4) Harusnya berinisiatif dalam berdoa sama ada dengan menambah lafaz lafaz doa tertentu pada doa yang ma'tsur atau berdoa dengan lafaz-lafaz yang tidak ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w
5) Doa dengan bahasa arab tidak membatalkan solat sekalipun lafaz-lafaz doa itu tidak dari doa-doa yang ma'tsur.
6) Ada amalan yang didasari dari perbuatan para sahabat dan ia bukanlah bidaah yang tercela selama mana masih menepati ruh syariat.
Contoh amalan lain ialah :
i) Solat Sunat selepas berwuduk yang selalu dilakukan oleh Saidina Bilal. (Fathul Bari jilid 111/276).
ii) Solat sunat mutlak apabila mendengar berita kematian kerana menzahirkan kesabaran atas musibah. Ia dilakukan oleh Saidina Khabbab ibn al-Arat. (Fathul Bari jilid 8/313). (Ustz Mohd Hazri al-Bindany).
No comments:
Post a Comment