Wednesday, April 6, 2016

DOA NABI KHIDIR A.S.

يا من لا يشغله سمع عن سمع

yaa man laa yusyghiluhu sam’un ‘an sam’in

يا من لا تغلطه المسائل

yaa man laa tughlithuhul masaa`il

يا من لا يتبرم بإلحاح الملحين

yaa man la yatabarromu bi ilhaahil malhiin

أذقني برد عفوك وحلاوة رحمتك

adziqnii burda ‘afwika wa halaawata rohmatika

“Wahai Zat yang tidak disibukan pendengarannya dengan pendengaran lain. Wahai Zat yang tidak pernah salah memberi kepada banyak orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak pernah bosan mendengar permintaan hamba-Nya yang terus menerus.  Berikanlah aku rasa sejuknya ampunan-Mu dan manisnya rahmat-Mu!”

Ketika Ali bin Abi Thalib sedang thawaf mengelilingi Ka’bah, dia melihat ada seseorang yang sedang bergelanyut di penutup (kiswah) Ka’bah. Ali bin Abi Thalib takjub dan berkata pada orang itu, “Wahai hamba Allah! Doamu itu sungguh dahsyat!” “Apakah kamu sudah pernah mendengarnya?” tanya lelaki itu. “Ya, saya pernah mendengar,” jawab Ali. Lalu, lelaki itu berkata: “Gunakan doa ini di setiap akhir shalat, demi Dzat yang jiwa Khidir ada ditangannya. Kalau kamu punya dosa sebanyak bintang di langit, dan sebanyak kerikil di bumi. Maka, akan diampuni lebih cepat kedipan mata!” (HR Ibn ‘Asyakir). Dalam Fathul Bari disebutkan, “(Lelaki) dia itu sebenarnya Khidir!” (Tn. Hj. Ir Alias Hashim Asy Syattari). 

2). SYAITAN SENTIASA MENUNGGU HATI AHLI KASYAF

"Ketahuilah, sesungguhnya syaitan sentiasa menunggu hati ahli kasyaf sama ada ahli kasyaf itu orang yang tahu & mahir benar tentang tanda-tanda haq & yang batil @ pun tidak tahu demikian. Iblis tetap berkemahuan keras untuk menipu & mengelirukan kerana tahu benar bahawa kadang-kadang adakalanya Allah s.w.t mahu menghina seorang hambanya. (Syaikhul Akbar Ibnu ‘Arabi, Petikan dari buku Membentuk Jiwa Sufi, Tuan Guru Dr. Jahid Sidek al-Khalidi - Ustaz Abu Nasih).

3). SIAPALAH KITA DI HADAPAN ALLAH

Siapalah kita dihadapan Allah mengaku2 dan hidup pun tanpa rasa ada Tuhan dan rasa tidak pun bergantung pada Tuhan. Diperintah ingat kepada-Nya berkira2 dan berdalih ketika sholat pun tetap lalai tanpa ada Allah dihati diakal Allah hanya sebutan di lidah tanpa rasa. Itupun merasa sholeh pula dan mendabik dada serta menghina yg lain kerana merasa mulia. Kenapa dicari kehinaan makhluk lain carilah kehinaan diri sendiri kerana siapalah kita dihadapan Tuhan? berani menghina mazhar Allah walau siapapun mereka dan kita pun tak tahu dan tak pasti lagi kedudukan kita dimana ketika mati di sisi Allah. (Kitab Al Hikam (Tok Pulau Manis) - Tn Hj Ir Alias Hashim Asy Syattari). 

No comments:

Post a Comment