Ulamak berkata ilmu untuk mengenali Rasulullah s.a.w terbahagi kepada 5:
1. Ilmu Sirah: Berkenaan khabar dan cerita kehidupan baginda SAW siang dan malam dari beliau lahir hingga wafat.
2. Ilmu Syamail: Berkenaan sifat-sifat dan ciri-ciri keperibadian baginda SAW dari sudut zahir dan batin serta nasab dan nama-namanya.
3. Ilmu Fadha'il: Berkenaan kelebihan-kelebihan Nabi SAW, perbandingan dan perbezaan antara Nabi SAW dan para anbiya' lainnya.
4. Ilmu Dalail: Berkenaan tanda-tanda dan bukti kenabian Nabi SAW, seperti mukjizat-mukjizat baginda SAW dll.
5. Ilmu Khasais: Berkenaan khususiyah dan keistimewaan baginda SAW dari sudut Tafdhiliyah (tidak disyariatkan kepada umat) atau Tasyri'iyah (disyariatkan kepada umat) dan sama ada pada baginda SAW atau pada umatnya.
2). BELAJAR ILMU MENGIKUT TAHAP
Nasihat yang berguna daripada Murobbi Ustaz Muhadir Hj Joll buat kita semua. Jika kita mempelajari sesuatu ilmu seumpamanya dalam ilmu Tasawuf, hendaklah mengikut tahap sempama seseorang yang hanya memakai kain pelikat dan berbaju Melayu tanpa ada peralatan untuk menyelam terjun ke dalam laut yang begitu dalam untuk mengutip mutiara, sudah pasti dia akan lemas dan mengalami kecederaan berbanding dengan mereka yang terjun ke laut dalam, lengkap dengan segala peralatannya seumpama gas udara, pakaian khas untuk menyelamnya, maka orang ini akan dapat mengutip mutiara di dalam dasar laut yang begitu dalam”. (Ustaz Mohd Hanif Mohd Salleh).
3). HUKUM MEMBACA AL-FATIHAH PADA SI MATI
Hukum Membaca Surah al Fatihah Kepada Orang Islam Yang Meninggal Dunia Sunat apabila mendengar kematian atau mendengar musibah menyebut InnaliLlahi wa inna ilaihi roji'uun. Namun adakah tidak boleh membaca surah al Fatihah dan menghadiahkannya kepada simati apabila mendengar perkhabaran kematian mengenainya? Jawapan: Oleh Dr Abd Malik Abd Rahman as Sa'adi (Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, pakar feqh di Iraq)
Tidak terdapat satu dalil yang khusus yang membolehkannya dibaca untuk orang-orang yang telah mati melainkan ketika solat jenazah. Namun begitu, ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai satu keistimewaan yang khusus kerana : Ia adalah 'Fatihah al Kitab' (Pembukaan al Quran), As Sab'u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat.
Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua’lam. Setiap yang telah diperkatakan tadi juga boleh dikategorikan termasuk di dalam kaedah : "Buatlah kebaikan, semoga kamu berjaya” Namun begitu, walaupun kami berpendapat perkara yang telah berlalu tadi bukanlah satu yang bid'ah di dalam agama, tetapi patut juga kamu ketahui bahawa ia dikira sebagai bid’ah.
SEKIRANYA kamu melakukannya, kemudian menghubungkannya secara terus kepada Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan mengatakan RasuluLlah s.a.w pernah melakukan yang demikian atau berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Lakukan seperti berikut.." kerana itu adalah satu pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w. TETAPI kita melakukannya berdasarkan satu keizinan yang umum, kerana itu kita tidak mengaitkannya dengan masa atau tempat atau sifat atau cara tertentu bagi keizinan tersebut. Wallahua’lam. (Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq).
No comments:
Post a Comment